Jumaat, 8 Februari 2013

CARA CARA BUAT TEMPOYAK.

Assalamualaikum....hari ni akak nak ajar korang macamana nak buat tempoyak??? Citer pasal tempoyak ni kan sebenarnya akak dulu mmg tak makan tempoyak. Durian tu makan le...Al kisahnya bila akak dah nikah dgn org Bota....hm apa lagi my hubby asyik suruh masak tempoyak je...jadi akak amik keputusan buat la tempoyak sendiri....kalau tempoyak yang jual kat kedai tu akak tak makan. Akak mula la amik petua daripada mak mertua macamana nak buat tempoyak masam ni? Mak mertua pun bagi tips tips yang boleh diambil kira. Akak pun cuba lah buat...jadi la...
 
 

Isi durian yang elok.
 Kalau kita buat sendiri tempoyak ni kita boleh pilih isi durian yang elok-elok je. Isi yang tak elok tu kita leh buang jgn amik. Baru lah tempoyak kita ada UMMMPH...macam teh la pulak...Mula-mula kita perisi isi durian asingkan dari bijinya. Hari tu my hubby paling suka bila dengar akak nak buat tempoyak...apa lagi dia pun pi beli buah durian sejaras....jenuhla akak dok perisi biji durian tu...naik lengoh tangan dan jari-jari akak....
Biji durian yang telah diperisi....byk kan?
  Lepas asingkan biji dan isi durian tu gaulkan dgn garam. Agak-agak le...kemudian dimasukkan dalam bekas yang kedap udara dan dibiarkan diluar peti ais 3 malam berturut-turut. Hah baru la tempoyak tu masam...Lepas tu mak mertua cakap lagi buang air yang bertakung dalam bekas tu agar tempoyak tahan lebih lama...Bila dah betul betul masam baru lah simpan tempoyak tadi dalam freezer. Tahan 2, 3 tahun kalau letak kat freezer tu. Akak dah cuba memang betul cakap ibu mertua ku itu.... 


 Tempoyak ni memang leh buat macam2. Buat tempoyak masak campur dengan ikan bilis. Buat sambal colek dan buat masak tempoyak ikan bocat....huh sedap....Masak tempoyak ikan patin campur dengan toge kasor pun best juga... cube lah buat dan masak akak dah cuba memang best sangat...ok hingga jumpa lagi di lain entry..... Selamat Mencuba!
Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

© MY JOURNEY | Design By MaiGraphikDesign