Sabtu, 11 Mei 2013

PARIS, PERANCIS(FRANCE) DAY 1.

Hai....Assalamualaikum semua....hmmm lega PRU13 telah tamat tahniah kepada sesiapa yang menang dan kepada sesiapa yang kalah tu jangan putus asa ada masa lagi 4@5 tahun boleh buat persediaan dari sekarang....adatlah tu bila ada pertandingan mesti ada yang kalah dan menang....Dont Quit...Keep It Up....
Hari tu 5/5/13(Ahad) semasa PRU13 tu akak kene bertugas tu yang tak de masa nak update blog ni. Ni dah lega dan ada masa sikit lah utk beblog...
Ok lah lanjutan drp trip akak hari tu ke Europe tu pada 20/3/2013 akak bertolak dgn coach(bas) ke France. Nak tau hari ni adalah Hari Jadi akak, memang dok sibuk dan sioq beholiday sampai hari jadi sendiri pun dah tak ingat....adoi....
Pagi tu dari hotel YHA London kami semua bertolak dgn menaiki 2 buah teksi ke Canada Water sbb bas tgu kat situ. Kami amik egen Expat Explore utk tour ke Europe 7 days...negara2 yang akan kami lawati spt Perancis, Germany, Switzerland, Holland dan Belgium. Ni agensi tu punya website expatexplore.com
Lebihkurang 5 minit kami sampai ke Canada Water bas telah sedia menunggu. Ramai pelancong dari India, Singapura, Filipina, Sweden, Afrika dan byk lagi akak dah tak igt dah. Faktor umur la ni....mudah lupa...he he he...Pemandu pelancong dia nama Paula...siap tanya nama pada kami dan tanda dlm list dia. Very friendly....kami di beri minuman free pagi tu coffee panas....minum je la...ada juga group kami yang tak mau minum sbb takut asyik nak buang air la pulak nti. Perjalanan kan jauh lagi....lebih kurang 8jam sampai ke Paris.

Hentian rehat




Setelah bertolak lebihkurang setengah jam kami berhenti dihentian rehat yang pertama utk membuang apa yang patut sebelum bas kami akan masuk ke Eurotunnel iaitu dari Folkestone, England ke Calais Perancis. Korang nak tahu Eurotunnel ni adalah "SEVEN WONDERS OF MODERN WORLD". Tunnel yang menghubungkan England dan Perancis yang memakan masa hanya 35 minit sahaja. Tunnel bawah laut beb...yang panjangnya 50.5km(31.4m) dan 250 kaki dalam(75m) under the sea. Tengoklah gambar di bawah ni bas kami telah masuk ke dlm tunnel ini. Dalam tunnel ni pun ada disediakan tandas. Jika boring dalam bas boleh turun jalan2 kat bawah tu utk ke tandas je le....itu je tempat yg ada utk melepak. Bila dah masuk kat tunnel ni jgn fikir yang bukan2 relex je dan tenang. Kene sabar utk terus keluar di Perancis nanti.
Dah nak masuk tunnel
Dah masuk tunnel@dlm tunnel








Dah sampai Perancis......sgt2 teruja.....

Bas kami berhenti lagi dihentian rehat kedua untuk minum. Kami mkn bekai dan jajan yg dibawa dan turun beli air dan membuang apa yg patut. Makanan dihentian rehat ni tidak dijamin halal ok. Jadi kami beli air je....Disini tandas belum kene bayar lg. Ada satu tempat tak silap akak di Holland atau Switzerland tandas kene bayar 1Euro.




Semua pakat beli ayaq sorg sebotoi.
Jom layan gambaq2.....

 

 

 

 

 





Tempat shopping LV 7 tingkat.
Arc De  Triomphe
 Kat Paris mmg byk pintu gerbang mcm ni ditgh2 kota. Bahaya sikit kalau nak amik gambo kene duduk di tgh2 divider jalanraya yg sibuk tu....hi ngeri....kami tak turun pun amik gambar dari atas bas je. Sejarahnya Arc De Triomphe ni merupakan monumen yang terkenal di kota Paris. Monumen ini di bina atas arahan Napoleon Bonaparte yg bertujuan utk memperingati bala tenteranya. Terletak di bukit Chaillot di ujung barat wilayah Champs Elysees. Monument ini merupakan mercu tanda Kota Paris.

  

 

 
Akhirnya hari pertama di Perancis bas kami berhenti sekejap utk amik gambaq kat Eiffel Tower ni. Pertama kali akak jejakan kaki di Paris ni dan dpt tgk menara yg dibuat drp besi ni sungguh uniq. Eiffel Tower merupakan monumen yg dicantumkan besi besi menjadi menara yg boleh dikatakan besi ajaib di dunia. Terdapat dalam sejarah 7 keajaipan dunia salah satunya adalah menara Eiffel di Paris. Sapa2 yg dtg Paris tak pi melawat Eiffel Tower ni ibarat makan nasi tak berkuah....ha...ha...ha The City Of Love.....

 

 






 
Malam tu akak sungguh terkejut kerana ada pengumuman drp Paula. Rupa2nya surprice party depa buat untuk akak dengan Aisha iaitu seorg lagi budak 7tahun dari Afrika yg birthday dia sama dengan akak. Igt kot depa bg potong kek rupa2nya sepotong apple dicucukkan bunga api di atasnya......patutlah akak ni punya la hembus nak bagi padam api tu rupa2 nya pakai gas tak padam2...dan akhirnya padam sendiri lah....seronok juga saat2 begini ada org igt birthday kita walaupun jauh diperantauan. Dalam FB pun ramai kengkawan dah wish terima kasih je la akak dapat ucapkan kerana tahun ni sambut birthday yang ke 49tahun kat Paris gitu....adoi....class tak kak ton....kebetulan je...hati punya la seronok tak terkata.....nak kata apa lg cakap omputih pun akak tak tau just say thank you je la....

 

Sungguh terharu....
 
Birthday apple and bunga api utk suprice birthday wishes diberi dgn puding caramel.
Ditengah-tengah bandar Paris sewaktu malam.
 Moulin Rouge di tgh2 kota Paris ni adalah stesen metro. Mmg ramai sgt org bergambaq kat sini depa kata ada laluan angin di bawahnya. Paula pun ckp omputih tak faham sgt lebihkurang cam tu lah no....Malam tu kami dibawa oleh Paula Expat berjalan kaki paling jauh untuk balik ke hotel Ibis Budget Hotels (Paris Porte d'Rubervilliers) setelah berjalan kaki lebih kurang 4km sampailah kami di hotel ni untuk bermalam. Hotel akak terletak di Aubervilliers. Esok acara bebas kami kene jalan sendiri kat Paris ni. Sok kami nak pi Eiffel Tower lagi sbb tak puas dan kami dah beli tiket untuk naik cruise merentasi Sungai Seine. Kami juga nak pi shopping kat La Fayyatte Galeries......tunggu....nti akak sambung lagi esok ok.....terima kasih, TQ sebab baca blog akak yg tak sebeberapa ni.....bye.....

Hotel Ibis Budgets.
Dari tingkap hotel
to be continue........
Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

© MY JOURNEY | Design By MaiGraphikDesign