Ahad, 19 Mei 2013

BONJOUR PARIS, PERANCIS(FRANCE) DAY 2

Assalamualaikum semua, Hari ke 2 di Paris......pagi-pagi lagi akak dan group dah bersiap kerana hari ni acara bebas kami jadi kene kuar jenjalan sendirian bhd. Kami semua hari ni sarapan kat hotel je makan le apa yg patut dan boleh dimakan. Akak mkn roti je cicah air kopi....hmm sdp juga di negara org ni sbb takut lapaq nti kalu tak mkn.




Lepas sarapan pagi kami semua kuar jalan kaki ke stesen bas. Hari ni kami akan pergi ke Eiffel Tower lagi sbb nak naik cruise dekat situ di jeti Beteaux Parisiens. 




Tengah akak jalan jalan tu terdengar satu suara yang sgt jelas "kakak beli beli key chain 8....5Euro".....murah...murah...". Wah bila akak toleh je nampak org kulit hitam ni yang jual pandainya dia cakap melayu....akak pun tergoda la juga dgn replika Eiffel Tower yang dijualnya jadi akak beli lah sikit untuk souvenir dan kenangan. Macam2 warna ada silver. gold dan warna tembaga. Ramainya penjual kebanyakannya orang kulit hitam yang jual. Tiada org kulit putih pun yg menjual benda tu.


Jom layan gambaq lagi....





Dominos pizza pun ada....utk delivery


Stesen Keretapi di Paris

Senibina disekitar kota Paris amat menakjubkan dan membangkitkan nostalgia di zaman revolusi Perancis semasa dahulu. Senibinanya yang halus dan unik. Sungguh indah mata memandangnya. Bangunan bersejarah inilah yang menjadi mercu tanda di tengah-tengah kota Paris.
Opera Garnier

Eglise De La Madeleine



Terdapat juga gerai jualan di tepi jalan ke Eiffel tower tu....tetapi amat mahal.
Ini lah jeti utk kami naik cruise 
Pagi tu setelah puas berjalan jauh dan berposing kami pun sampai di Jeti Bateaux Parisiens. Tiket cruise kami dah beli online cuma kat situ pi redeem tiket je. Satu tiket 10Euro seorg. Masa kami pi tu musim cuti sekolah la kot....ramai budak2 sekolah yang dtg dari England untuk melawat Paris. Apa lagi terus kami berposing dgn budak2 yang berumur 11, 12 dan 13 tahun. Comey comey blako....









Di atas cruise ada tour guide yang bercerita ttg sejarah Paris dan bangunan2 yg bersejarah di Paris. Kita boleh amik earphone di kerusi kita dan dengar. Ada 2 bahasa satu bahasa Perancis satu lg bahasa Inggeris. Pengalaman menyusuri Seine River ini sambil menghayati keindahan Eiffel Tower yg tingginya 320m serta mempunyai 1710 anak tangga juga diistiharkan sebagai tujuh keajaiban dunia dan bangunan2 lama yg bersejarah berlatar belakangkan panorama indah bersulamkan kota lama dan moden sudah pasti menjadi kenangan yang terindah dalam diri akak dan kawan yang lainnya yang terselit disanubari masing2 bila lah dpt lg dtg dan naik cruise begini. Pengembaraan dalam cruise ini memakan masa lebih kurang 1jam lebih dgn menyusuri Sungai Seine dan melalui bawah jambatan. Adalah dimaklumkan terdapat lebihkurang 36 jambatan yang merentasi Sg Seine ini yang panjangnya 776km. Semasa dalam cruise kita dapat menikmati monumen bersejarah seperti muzium, gereja tua, menara jam, bangunan lama, arca pemimpin masa lalu dan rumah serta apartmen yg bercirikan seni bina klasik Perancis. Tak heran lah jika orang mengenali Paris sebuah Kota Cinta yang tidak akan pupus dek zaman. 










Seusai menaiki cruise kami pergi cari makan di Kota Paris yang mana kami jumpa satu kedai org Turkey yg halal serta ada menyediakan tempat solat lagi. Kami mkn dan solat di situ. Harganya boleh tahan antara 8Euro dan 9Euro je.





Puas meronda kami pergi ke Galeries La Fayatte sebuah gedung membeli belah yang terkenal di Paris. Tapi mak ai punya la mahainya.....ye le barang2nya semua berjenama mewah. Kami tengok dan berposing je le....akak ada la beli minyak wangi yang botol kecik2 tu....boleh ler boleh tahan harganya....jadi le tuk buat kenangan....jgn idak....
Galeries Lafayette Pictures

Masa kat sini lah Mak De hilang malam tu. Kami semua dah takut dan semua berusaha cari Mak De yang umurnya 64tahun. Tapi masih sihat dan waras. Alhamdulillah akhirnya kami jumpa Mak De di tepi jalan dekat Metro Station. Masa tu ujan renyai2 pulak sejuk bukan main. Kami akhirnya pulang ke hotel malam tu dengan menaiki teksi. Harga seorg lebihkurang RM12.00 boleh la tak yah nak menapak jauh2 teksi anto sampai depan hotel.

Gambo kabur sikit dalam Galeries La Fayatte.

Tersergam mewah.
Akak rasa cukuplah citer pasai Paris ni. Satu je akak nak kobar Paris ni mmg la best tapi kotoq. Putung rokok, sampah merata-rata.  Sex shop pun byk tepi2 jalan. Idak le sesuai ngan jiwa akak yg dah separuh abad ni. Leh ler ko nak pi jenjalan tgk tempat org....Owh yer sok akak akan teruskan lagi misi percutian akak ke Switzerland pulak.....tgu entri akan datang......sabaq2 la no...akak cibuk cikit tak de mase nak update blog.....q byk lg....mcm2 nak taip ni tapi tak berkesempatan....sikit2 le lama2 jd bukit....kan kan....MERCI....MERCI...MERCI....kpd sesiapa yang sudi baca blog akak ni....MERCI tu dalam bahasa Perancis ialah terima kasih lah.....
to be continue......
Komen
2 Komen

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

wah menarik...
boleh tanya akak tak,,hotel dia ade wifi ke?free or kena bayar?1 bilik brp orang?tahap keselamatan dia cmane?ade bagi safe box utk simpan valuables mcm laptop ke tak...

Jamaliah Ahmad berkata...

Assalamualaikum adik tanpa nama...hotel akak kat Paris ni ada Wifi percuma je...cuma dapatkan password kat kaunter lobby...tapi too slow bila dah masuk kat bilik kdg2 ada kdg2 hilang...cam tu la. Ada gak kat hotelcam kat Switzerland tu kene beli barang kat mini bar dia baru dia bg password....kami beli sorg je pastu guna ramai2 the next day password dah kene tukar...cerdik diaorg ni...Satu bilik 2 org semua ada dibagi InsyaAllah tahap keselamatan tu terjamin....akak nak berkenalan dgn adik tanpa nama ni boleh ke?...follow akak ok...tq sbb sudi baca blog akak ni...

© MY JOURNEY | Design By MaiGraphikDesign