Lepas sarapan pagi kami semua kuar jalan kaki ke stesen bas. Hari ni kami akan pergi ke Eiffel Tower lagi sbb nak naik cruise dekat situ di jeti Beteaux Parisiens.
Tengah akak jalan jalan tu terdengar satu suara yang sgt jelas "kakak beli beli key chain 8....5Euro".....murah...murah...". Wah bila akak toleh je nampak org kulit hitam ni yang jual pandainya dia cakap melayu....akak pun tergoda la juga dgn replika Eiffel Tower yang dijualnya jadi akak beli lah sikit untuk souvenir dan kenangan. Macam2 warna ada silver. gold dan warna tembaga. Ramainya penjual kebanyakannya orang kulit hitam yang jual. Tiada org kulit putih pun yg menjual benda tu.
Jom layan gambaq lagi....
Dominos pizza pun ada....utk delivery |
Stesen Keretapi di Paris |
Senibina disekitar kota Paris amat menakjubkan dan membangkitkan nostalgia di zaman revolusi Perancis semasa dahulu. Senibinanya yang halus dan unik. Sungguh indah mata memandangnya. Bangunan bersejarah inilah yang menjadi mercu tanda di tengah-tengah kota Paris.
Opera Garnier |
Eglise De La Madeleine |
Terdapat juga gerai jualan di tepi jalan ke Eiffel tower tu....tetapi amat mahal. |
Ini lah jeti utk kami naik cruise |
Di atas cruise ada tour guide yang bercerita ttg sejarah Paris dan bangunan2 yg bersejarah di Paris. Kita boleh amik earphone di kerusi kita dan dengar. Ada 2 bahasa satu bahasa Perancis satu lg bahasa Inggeris. Pengalaman menyusuri Seine River ini sambil menghayati keindahan Eiffel Tower yg tingginya 320m serta mempunyai 1710 anak tangga juga diistiharkan sebagai tujuh keajaiban dunia dan bangunan2 lama yg bersejarah berlatar belakangkan panorama indah bersulamkan kota lama dan moden sudah pasti menjadi kenangan yang terindah dalam diri akak dan kawan yang lainnya yang terselit disanubari masing2 bila lah dpt lg dtg dan naik cruise begini. Pengembaraan dalam cruise ini memakan masa lebih kurang 1jam lebih dgn menyusuri Sungai Seine dan melalui bawah jambatan. Adalah dimaklumkan terdapat lebihkurang 36 jambatan yang merentasi Sg Seine ini yang panjangnya 776km. Semasa dalam cruise kita dapat menikmati monumen bersejarah seperti muzium, gereja tua, menara jam, bangunan lama, arca pemimpin masa lalu dan rumah serta apartmen yg bercirikan seni bina klasik Perancis. Tak heran lah jika orang mengenali Paris sebuah Kota Cinta yang tidak akan pupus dek zaman.
Seusai menaiki cruise kami pergi cari makan di Kota Paris yang mana kami jumpa satu kedai org Turkey yg halal serta ada menyediakan tempat solat lagi. Kami mkn dan solat di situ. Harganya boleh tahan antara 8Euro dan 9Euro je.
Puas meronda kami pergi ke Galeries La Fayatte sebuah gedung membeli belah yang terkenal di Paris. Tapi mak ai punya la mahainya.....ye le barang2nya semua berjenama mewah. Kami tengok dan berposing je le....akak ada la beli minyak wangi yang botol kecik2 tu....boleh ler boleh tahan harganya....jadi le tuk buat kenangan....jgn idak....
Masa kat sini lah Mak De hilang malam tu. Kami semua dah takut dan semua berusaha cari Mak De yang umurnya 64tahun. Tapi masih sihat dan waras. Alhamdulillah akhirnya kami jumpa Mak De di tepi jalan dekat Metro Station. Masa tu ujan renyai2 pulak sejuk bukan main. Kami akhirnya pulang ke hotel malam tu dengan menaiki teksi. Harga seorg lebihkurang RM12.00 boleh la tak yah nak menapak jauh2 teksi anto sampai depan hotel.
Gambo kabur sikit dalam Galeries La Fayatte. |
Tersergam mewah. |