Jumaat, 22 Januari 2016

KEMBARA UZBEKISTAN ~ DAY 5

 
Bersama Cikgu Aisah Camilia Ng
Assalamualaikum semua pembaca yang budiman. Akak sambung lagi entry akak yang dah nak basi ni....nak basi ka? Dah basi kot.....tak pa la janji siap ok. Hari ni akak masih di Samarkhan ok. Hari ni pi melawat Makam Imam Al Bukhari pulak. Jom kita tengok wikepedia Imam ni sikit. Jommm layan......
 
 
Nama sebenar Imam Al Bukhari ni ialah Abu Abdullah Muhammad bin al-Bukhari

Imam al-Bukhari dilahirkan pada 13 Syawal 194 Hijrah di bandar Bokhara, di bahagian timur negeri Uzbekistan. Bapanya meninggal dunia semasa ia masih kanak-kanak, dan ibunya membesarkan beliau bersendirian. Ibunya memelihara dan mendidiknya dengan penuh ihsan serta berkorban apa sahaja untuk memberikan pendidikan yang terbaik kepada beliau.
Semasa kecil lagi, nilai intelek Imam Bukhari telah teserlah. Beliau amat warak dan mempunyai daya ingatan yang luar biasa serta mempunyai kesungguhan dalam pelajarannya. Diriwayatkan bahawa ketika di dalam belasan tahun, beliau sudah menghafal 70,000 hadis Rasulullah s.a.w.

Pengajian Hadis

Ketika berumur 16 tahun, Imam Bukhari pergi ke Makkah bersama ibunya untuk menunaikan Haji. Imam Bukhari terlalu seronok berada di Makkah sehinggakan dia memanjangkan tempoh lawatan di Makkah untuk membolehkan beliau berguru dengan cendekiawan di Makkah. Pada umur 18 tahun, Imam Bukhari menerbitkan bukunya yang pertama mengenai sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w., dan selepas itu buku sejarah bertajuk "Al-Tarikh-al-Kabir".

Makam Imam Al Bukhari di Samarkhan
Imam Al Bukhari amat meminati sejarah dan hadis-hadis Rasulullah s.a.w. dan menumpukan banyak tenaga bertemu dan belajar dengan cendekiawan yang terulung untuk mempelajari dan membahaskan hadis Rasulullah. Imam Bukhari melawat Damsyik, Kaherah, Baghdad, Basra, Madinah dan lain-lain tempat untuk belajar dan membincangkan hadis-hadis yang dipelajari. Semasa di Baghdad, Imam Bukhari selalu berbincang dengan Imam Ahmed Hanbal, pengasas fahaman (mazhab) Hanbali.
Semasa pengembaraannya, Imam Bukhari hanya mempunyai satu matlamat – mengumpulkan seberapa banyak ilmu yang mungkin boleh dikumpul untuk membolehkan beliau membuat pengumpulan yang terbesar sunnah hadis Rasulullah s.a.w.. Beliau begitu giat menulis, dan pada satu ketika berkata "Saya sudah menulis mengenai 1800 orang, setiap satunya meriwayatkan hadis Rasulullah s.a.w., dan saya hanya menulis mengenai mereka yang lulus ujian yang ditetapkan."
Imam Bukhari mempunyai ingatan yang mengkagumkan, dan sumbangannya terhadap sains pengumpulan hadis tidak dapat ditandingi. Dia merakamkan hadis Rasulullah s.a.w. dalam buku "Al-Jami-al-Sahih”. Dia membuat penyelidikan selama 16 tahun dan meneliti 600,000 buah hadis sebelum memilih 7,525 buah hadis yang beliau berpuas hati menepati takrif kesahihan yang beliau tetapkan.

Kepopularan Imam Bukhari menimbulkan perasaan iri hati di kalangan beberapa orang ulama yang akhirnya mengakibatkan beliau diusir dari bumi Bukhara oleh Gabenornya. Beliau meninggal dalam buangan pada malam Aidilfitri dalam tahun 256 Hijrah di Khartank dekat Samarkand. [1] Makam Imam Al-Bukhari terletak 12 kilometer di utara Samarkand.
 





 Di bawah ni lah tempat Makam Imam Al Bukhari. Orang perempuan tidak dibenarkan masuk. Hanya orang lelaki sahaja yang boleh masuk untuk menziarahi makam tersebut.
 
















Ni la group akak yang pi Uzbek tu.


Hari ni akak pi makam Imam Al Bukhari dan apa lagi pun dah tak ingat. Jadi lah ye. Ada juga kenangan. Tunggu lagi tau tak habis lagi cerita Uzbek ni......Bye hingga bertemu lagi dilain entry.
 
to be continue......

Salam sayang,


 

Komen
4 Komen

4 ulasan:

Unknown berkata...

menarik berapa harga pakej ke uzbekistan ni kak?

Unknown berkata...

menarik berapa harga pakej ke uzbekistan ni kak?

Unknown berkata...

Akak dah tak ingat sangat lah En Syah rasa2nya 5k lebih juga. Tapi seronok intresting.

Unknown berkata...

5k lebih kot akak dah tak berapa ingat En Shah. Tq sudi singgah blog akak

© MY JOURNEY | Design By MaiGraphikDesign