Assalamualaikum semua readers. Akak nak cuba habiskan juga entry guilin ni. Byk lagi entry akak yang tertangguh huhhh byk sgt ok. Masa tak de dik..... Bermalam di hotel Minfeng International Hotel ni ok la besar hotelnya dan selesa. Pagi tu sempat lagi akak bergambar dengan kak Azizah Hashim dan kakak ni tak dah ingat nama dia dah sbb dah lama sgt. Tak pa la kan janji ada kenangan kan. Pagi ni kami dibawa ke tempat breakfast dulu kat kedai yang mula2 tu la Endian Halal Restoran. Asyik makan kat sini jer. Ok la tu Alhamdulillah kenyang.
Akak ni mmg suka sgt naik vespa ni nak tunggang mmg x de harapan lansung lah yer. Melaram posing boleh ler. Mmg cantik vespa2 di Guilin ni kat Msia mana ada mcm ni kan.... Basikal untuk disewa pun banyak cantik warnanya. Msia ada ka? Ntah lah akak x jumpa pun lagi ada la kot kat Putrajaya..... Ride and Park.
Ni ha lambang pintu masuk ke Fubo Hill. Pahlawan semasa Disnasti Han yang sangat terkenal iaitu Jeneral Fubo.
Haaaa ni la Fatihah Malaysian Harmony punya tour leader yang bawa akak pi Guilin ni. Cantik orangnya. Akak suke. Lemah lembut dan sopan santun lagi. Haaa yang bawah ni pula ialah tourist guide di Guilin nama nya Auturm susah sgt nama China dia hah yang akak ingat kak Fadillah panggil kat Auturm ni Winter.....ha ha ha.... friendly ok pandai speaking.
Hari ni akak melawat ke Fubo Hill ok. Sebuah bukit dengan ketinggian 213 meter yang teletak di tebing Sungai Li juga. Masa akak pi ni hujung2 winter dah bunga2 pun tak ada depa kata kat sini banyak bunga2 yang cantik2 jika musim bunga. Tapi tak pa tengok permandangan nya pun cantik juga kan.
Dalam kawasan Fubo Hill juga ada sebuah periuk nasi yang sangat besar dipanggil Thousand Men Pot. Kepercayaan orang-orang China jika sesiapa yang memegang periuk ini tak akak kelaparan seumur hidup. Pada asalnya periuk ini terletak di atas kemuncak Bukit Fubo tu dalam sebuah kuil. Kuil tersebut musnah semasa Jepun masuk dan periuk ini dibawa turun ke kaki Bukit Fubo ni. Periuk ini dibuat daripada besi seberat 1000kg. Lebarnya 1.5m dan dalam nya 0.8m. Jika nasi ditanak dalam periuk ini sebanyak 3 kali dapat untuk memberi makan seramai 1000 orang. Sebab tu lah namanya Thousand Men Pot.
Gendang Besar |
Dalam gua ini terdapat penghakisan batu yang amat unik berbentuk seperti pedang. Batu yang tergantung ini dinamakan Sword Testing Rock yang mempunyai lagendanya tersendiri. Lagendanya ialah Jeneral Fubo telah menguji pedangnya samada tajam atau tidak di hadapan musuhnya yang tidak mahu berdamai. Maka Jeneral Fubo menghiris batu tersebut untuk menakutkan musuhnya.
Istimewanya Guilin ni dikelilingi gunung-gunung dan bukit bukau yang terdapat banyak gua di sekitarnya. Akak pi lah juga satu gua ni yang terletak di Fubo Hill iaitu Pearl Returning Cave. Gua Mutiara la kot lebih kurang la tu kan. Terlalu banyak mitos yang dikaitkan dengan gua ini. Salah satunya ialah seorang lelaki yang telah menemui sebiji mutiara di dalam gua ini yang dimiliki oleh Dragon King (Raja Naga). Raja Naga marah apabila mutiaranya hilang lalu mengamuk dan mengocak air Sungai Li itu sehingga menjadi ombak besar dan nelayan tidak boleh turun untuk menangkap ikan. Lelaki tersebut dinasihatkan untuk memulangkan semula mutiara tersebut dan Raja Naga menjadi gembira kerana mendapat mutiaranya kembali serta ia berhenti mengamuk. Itulah asal nama gua ini penduduk tempatan yang memberi nama itu. Di dalam gua ini pula terdapat patung2 Buddha yang banyak. Sebab itu lah gua yang lagi satu tu dipanggil Thousand Buddha Caves. Akak tak lah panjat gua ni yang ke dalam sangat tu sebab penat nak naik tangga dan turun tangga lagi pun licin kerana air dari gua tersebut menitik2 ke bawah. Jadi bila anda ke sini berhati2 lah yer. Takut jatuh ok.
Akak dan grup sampai juga ke puncak Fubo Hill ni. Haaa semua dah veteran kuat juga memanjat hingga ke puncak. Tahniah2 yer. Ada yang sakit2 kaki pun sampai juga kat atas tu. Permandangan kat atas ni mmg sangat2 cantik semua pakat sibuk ambik gambar. Kat atas ni cuma ada kuil yang ditinggalkan je. Bukan ada apa pun tapi itu lah kan nak tengok juga apa ada kat atas bila dah sampai di Fubo Hill ni dan ini lah hasilnya ok. Puas hati juga lah dapat bergambar dengan view yang awesome.
Selepas tu kami dibawa ke Government Shop iaitu Bamboo House. Semua barang2 dibuat daripada bamboo. Akak dah rasa dah kedai ni mesti terkena punya sebab tourist guide dia bawa kat sini untuk dengar ceramah tentang industry buluh di Guilin. Produk2 nya terlalu banyak sangat. Mula-mula tu tak suka lepas tu tergoda dan terbeli lah juga.... ha ha ha kan dah terkena. Bila dah dengar taklimat dan penerangan mengenai produk buluh ni macam bagus jer sebab kain daripada buluh dapat menyerap lebih banyak air dan bersifat anti bakteria. Akak ada juga beli kain lap dapur daripada kedai ni, baju, pakaian dalam, juga beli kasut, stoking , legging dan macam2 lagi lah. Terkena lah tu.....
Akak sempat bergambar didepan pintu masuk Bamboo House ni yang dindingnya dibuat daripada ruas buluh sungguh creative kan. Dok fikir juga dekat Malaysia ni punya banyak pokok buluh tapi tak ada pun pengusaha yang boleh buat macam orang2 cina ni. Produk daripada buluh. Sungguh teruja di sini ok.
Lepas shopping kami pi makan tengahari kat Endian Restaurant tu lagi makanan memang sedap sebab lapar kot sejuk2 ni. Lepas makan pi solat di sebelah kedai makan tu di Masjid Chongshan Guilin.
Kat dalam restaurant ini juga ada dijual bermacam2 souvenir. Harga pun boleh tahan juga ok. Jika berkenan terus ler beli jangan tunggu2 lagi nanti menyesal. Ha ha ha....
Ni lah masjid nya. Tak Nampak macam masjid pun. Chongshan Mosque telah dibina pada zaman Dinasti King dan merupakan masjid terbesar di Guilin. Senibina nya sama seperti rumah ibadat orang2 cina cuma ada ayat2 suci Al-Quran di pintu masuk dan ruang solat. Waktu solat di Guilin ni lebihkurang sama dengan Malaysia cuma bezanya waktu asarnya pendek sikit dan waktu Magrib dan Isyak awal. Kami selalunya solat jamak jer. Senang. Dalam masjid ni tempat ambil wuduk ada paip air panas ok jadi tak de lah rasa sejuk sangat. Memang masa akak pi ni musim sejuk. Semasa kami di Guilin ni asyik makan di restoran yang sama dan solat di sini je. Mudah kan. Alhamdulillah.
Lepas solat pi melawat kilang teh pula. Kedai Government lagi katanya. Hish banyak sungguh kedai Government ni. Tea Gallery ni memang tak dapat dielakkan mesti kena pi melawat ok. Kan Government Shop haaa asyik2 government shop jer. Penerangan dari jurujual ini cukup2 memboringkan, ntah lah akak la tu ok. Dia cerita macam2 tentang pokok teh bagaimana dapat kita untuk melihat daun teh yang berkualiti dan mahal. Semakin tua daun teh tersebut semakin mahal harganya. Begitu juga bila direndam teh tersebut pekat warnanya itu lah teh yang berkualiti. The yang disimpan lama juga terlalu tinggi nilainya. Daun teh yang muda tak elok boleh mengakibatkan angin dalam badan dan gastrik serta kembong. Dengar taklimat punya la lama tapi akak tak beli pun sebab dulu dah terkena semasa pi Beijing, China. Tipah tertipu ok.
Selepas tu kami dibawa makan malam disebuah hotel yang mewah. Dalam hotel tersebut terdapat restoran. Makanan nya boleh tahan akak boleh jer makan. In Shaa Allah.
Selepas makan malam tu kami pulang ke hotel untuk berehat dan zzzzz. Perjalanan besok ke Silver Cave pulak. Ok lah yer.... maaf kan akak jika entry akak ni macam carca marba sikit sebab nak cepat ok. Bye..... tunggu lah entry seterusnya.
to be continue.......
Salam sayang dari akak,