Isnin, 29 Ogos 2016

GUlLIN ~ DAY 3



Assalamualaikum semua readers. Pagi tu akak bersarapan kat hotel je. Akak bekenan sangat hiasan orang Cina ni creative buat payung dengan bunga2 tu.... cantik tau.











Pagi ni akak akan melawat gua batu kapur yang terbesar di Guilin ni. Gua ni dinamakan Silver Caves. Ni la tanda nak naik ke Silver Caves tu. Replika macam duit siling kan. Itu tandanya kaya raya. Masa akak pi Silver Caves tu hujan hmmm lebat jugak lah dan sejuk sangat2. Nak wat camna dah pi musim hujan. Hujan pulak tak menentu kan.



Silver Cave ni terletak di Pekan Maling macam pencuri pulak. Dalam Lipu Country kira-kira 85 km (53 batu) dari pusat Bandar Guilin dan lebih kurang 18km (11 batu) dari Yangshuo. Silver Cave ni merupakan gua yang terbesar di Guilin yang panjangnya 2000 meter. Dalam gua ni banyak nya stalactites dan stalacmites. Sungguh unik bentuk semulajadi yang berubah2 setiap masa. Sesiapa yang gi Guilin jangan lah tak melawat Silver Cave ni rugi tau. Nak masuk gua ni pun kena bayar. Bayaran akak ni dah masuk dalam package dah jadi kami ikut je tourist guide kami tu. Tapi hati2 berjalan dalm gua tersebut kerana ada tempat2 yang berair dan licin ok.
 




Sesiapa yang nak masuk dalam gua ni mestilah mempunyai stamina yang baik dan kuat sebab kita perlu memanjat tangga2 turun dan naik yang dikatakan tinggi juga lah kan. Bila dah masuk dalam gua tu kena berjalan pula lebih kurang 4km mengikut laluan yang disediakan. Bagi group akak ni semua dah veteran2 tapi semuanya masuk ke dalam gua ni. Hebat kan....kuat dan fit lagi sahabat2 akak ni. Caya lah.... Jom layan gambaq yang tak berapa nak sharp.... camera murah ok.















Cantik kasut plastic Fatihah tuuuuu





Akak memang kagum dan terpukau melihat keindahan dalam gua ini. Lampu-lampu yang melimpah bewarna-warni menerangi formasi stalagtite dan stalagmite yang memantul kan keaslian keindahannya. Subhanallah.... cantiknya ciptaan kejadian alam semulajadi Mu ya ALLAH.







Laluan pejalan kaki yang disediakan memang selamat dan selesa untuk kita teruskan perjalanan dalam gua ini. Cuma kita perlu berhati-hati kerana jalan2 tersebut lembab dan licin. Manakala ada tempat2 yang tertentu lembut dan polos yang diletakan tanda merbahaya. Air hujan juga menyelinap masuk melalui rekahan2 batu2 kapur ni. Tengok kat tangga atas tu ada air kan. Oleh itu berhati2 lah berjalan.









Banyak terdapat bentuk2 yang ganjil2 dalam gua ini akibat daripada kesan luluhan batuan yang cukup mengkagumkan. Ada yang berbentuk seperti cendawan dan ianya memang sebiji macam cendawan. Ada juga macam bentuk payung dan semuanya terjadi secara semula jadi. Ada juga seperti teres sawah padi. Aduh cukup menarik dalam gua ini. Hebat ciptaan Mu ya Allah.







SubhanAllah cantik sungguh kejadian Allah swt ni. First time akak tengok reka bentuk semulajadi kejadian alam ni dihiasi dengan lampu2 yang bewarna warni pula. Macam lukisan. Tapi itu lah hakikatnya kejadian daripada luluhan dan hakisan dalam gua ini yang masing2 mempunya nama2 tersendiri macam2 ada nama, akak dah tak kuasa nak ingat nama2 tu ok. Sebab berjalan dalam gua tu pun dah jauh dan penat juga lah.






Ini lah music screen macam piano kan dan seperti tirai opera menunggu masa untuk dibuka untuk persembahan. Memang cantik pada hal bukan buatan manusia pun. Itu semua pembentukan semula jadi luluhan batuan batu kapur yang unik.










 Bagi akak yang paling cantik ialah kat sini jade pool fairyland iaitu sebuah kolam air semulajadi yang ada di dalam gua ini. Airnya sangat jernih dan boleh nampak bayang2 bumbung gua di dalamnya. Walaupun kedalamannya terlalu cetek bayangan yang dipantulkan nya menjadikan kolam ini kelihatan tersangat lah dalam nya. Bermacam-macam bentuk macam cendawan pun ada. Nampak macam hantu pun ada juga gerun juga tau. Tapi In Shaa Allah tak de apa2 pun yang terjadi dalam gua tu kami semua enjoy ja.







Ni lagi satu cantik. Nama batu kapur ni Flying Waterfall Of Snow Mountain. Unik sangat seperti salji yang membeku meleleh turun bagaikan air terjun....uwaaaa puas hati tengok.



















Payung
 
Mata singa




Dalam gua ni pun terdapat juga tempat melontar....haaa. Ada bermacam2 jualan souvenir. Tapi agak mahal sedikit ok. Tak perlulah shopping kat sini. Tapi bila di tawar menawar dapat harga istimewa boleh lah beli tau.





Menunggu sahabat2 yang belum tiba lagi.....sabar menunggu.








Kami semua berpuashati turun dengan tenang dan hujan masih membasahi bumi Guilin. Jadi akak pun mengabadikan kenangan dengan berpayung. Sepanjang perjalanan masuk dan keluar memang banyak terdapat orang2 tempat menjual macam2 makanan ada kraftangan ada juga yang paling akak geram cendawan ni ha.... hi kalau boleh tu macam nak beli bawa pulang ke Malaysia je.  Tak tau lah halal ke tidak? Ada juga yang menjual jagung rebus, bakar dan keladi. Pandai pulak org Guilin ni cakap melayu. Sambil menjerit2 jagung2 keladi2. Uwahhh terpaku juga akak. Dekat sini juga akak nak beli kasut yang dikait untuk cucu. Sebab comel kan. Tapi sebab mahal tak boleh minta kurang langsung akak tak beli pun. Akak beli tempat lain murah je RM10.









Menurut kepercayaan orang2 cina jongkong emas tu tandanya mewah.


Selepas pi Silver cave tu kami pi Li River Cruise pula. Di jeti nya banyak sekali cruise yang telah menunggu. Ramai pelancong2 dgn guidenya yang sedang menunggu juga utk naik cruise ni. Kami naik cruise bersama group dari Malaysia jadi bertambah bising lah atas cruise tu. Cruise yang kami naik tu 2tingkat . Lantai atas sekali terbuka. Lantai satu dan dua macam dalam feri tapi ada meja makan setiap meja muat untuk 4 orang. Sapa yang nak minum teh dan makan boleh jer tapi kena bayar sendiri ok. Kami tak mkn pun bawa kuar kacang2 yang dibawa bekal sendiri je. Masa tu mmg hujan lebat jadi tak berapa nak nampak permandangan yang indah sebab lindungi dek kabus.













Air Sungai Li ni keruh. Jika biru alangkah bahagianya kan. Panjang Sungai Li ni 437km. Route Li River Cruise ni ialah 83km memakan masa 4jam yang paling lama. Kami punya package kejap je. Jemu ok. Lokasi yang paling sesuai untuk mengambil gambar ialah di tingkat atas sekali. Lokasi strategik untuk menikmati keindahan Sungai Li ini. Yang menjadi daya tarikan utama permandangan ialah bukit2 di kiri kanan nya yang membentu ilustrasi tertentu. Bukit2 ini ada nama yang tersendiri. Salah satu nama yang terkenal ialah The Painted Hill of Nine Horse. Bayangkan gunung2 tersebut sudah semestinya mempunyai sejarah nya tersendiri. Sepanjang pelayaran kami banyak melihat permandangan yang menarik dan aktiviti2 di Sungai Li ini. Keindahan Sungai Li ini berserta dengan kombinasi alam semulajadinya sangat terkenal dengan One Hundred Miles Lijiang River, One Hundred Miles Arts Gallery. Begitu juga salah seorang sasterawan semasa Dinasti Tang iaitu Han Yu pernah menulis sebuah puisi yang memuji keindahan Sungai Li ini. Petikan daripada puisinya adalah " The River Winds Like A Blue Silk Ribbon, While The Hills Erect Like Green Jade Hairpins".





 
 














Aktiviti hari ni yang ini je kami tak dapat naik. Bamboo Rafting. Memang suka sangat jika naik rakit ni boleh tengok burung Cormorant menangkap ikan. Tapi apakan daya hajat tak sampai hujan lebat sangat dan tempat tu tutup ok. Sebenarnya saat inilah yang ditunggu2 bila nak ke Guilin ni tapi tak tercapai pulak. Cormorant Fishing merupakan metod penangkapan ikan secara tradisional oleh masyarakat Cina di mana nelayan menggunakan sejenis burung yang dilatih untuk menangkap ikan di dalam sungai. Untuk mengontrol burung tersebut para nelayan mengikat jerat di pangkal tenggorokan burung supaya burung2 ini tidak memakan ikan2 yang ditangkap. Burung ini juga dipanggil burung dandang. Pengalaman akak ni memang tak dapat nak cerita kat sini macam mana burung2 tu menangkap ikan. Di Guilin ni menangkap ikan secara ini bukanlah menjadi komersial kerana cara burung menangkap ikan ini hanya untuk menarik pelancong2 yang datang ke Guilin sahaja.  Hmmmm rezeki tak ada nak tengok burung tangkap ikan..... kena datang lagi la kannnn.....




Autumn belanja kami makan buah limau bali ni. Memang sedap dan manis macam limau bali kat Ipoh tu ler. Selesai untuk hari ke tiga jalan-jalan ke Guilin ni. Lewat petang kami terus gi makan dan terus balik hotel tido zzzzz. 

to be continue.....


Salam sayang dari akak,




Komen
1 Komen

1 ulasan:

Fatin Days berkata...

Meriah betul batu kapur die siap lampu warna warni :D

http://www.fatindays.com

© MY JOURNEY | Design By MaiGraphikDesign