Jumaat, 5 Ogos 2016

SALAM IDULFITRI 06 JULAI 2016/1437H


 

Assalamualaikum semua readers. Haah akak sibuk hokay. Baru boleh nak tulis sikit2 ni. Raya tahun ni 6 Julai 2016/1437H sejarah dalam hidup akak dan keluarga. Akak beraya di rumah sendiri. Jika tak tu dah balik kampong ke rumah mertua di Bota. Atau beraya di kg nenek di Bagan Serai. Tahun ni raya pertama di Rawang dan selepas solat hari raya terus beraya di rumah Bonda tercinta di Shah Alam. Memang best sangat2 raya tahun ni. Sebab malam raya di rumah sendiri.




Ada juga dua orang anak yang sudah berkahwin balik ke rumah mertua masing2 jadi kami bergambar mana yang ada jer. Di Shah Alam akak mengabadikan kenangan bersama keluarga tercinta. Sungguh seronok berjumpa sanak saudara semua.





Raya kedua dari rumah Rawang juga untuk balik beraya di kampong suami pula. Sementara itu singgah beraya di Ipoh. Rumah Yong kakak suami yang sulong di Puncak Meru, Ipoh.




Akak sempat juga menziarahi guru akak yang tinggal di Ipoh iaitu Cikgu Datin Maisalamah Jasa yang tinggal di Gerbang Meru Indah. Terubat rindu guru semasa form 6 dulu di BMHS.






Raya ke 3 pula beraya di Bota Kiri ada kenduri tahlil arwah di rumah ibu mertua suami. Seronok beraya di kg ni rumah tradisional yang susah nak jumpa dah sekarang ni. Sempat juga bergambar di rumah tinggalan ini. Masa hari raya jer saudara mara berkumpul di sini.







Seminggu selepas hari raya pulang ke kampong halaman ku pula di Penang. Kerana sepupu kenduri kawin. Sebelum pi kenduri tu singgah dulu di rumah kelahiran ku di Kg Petani, Penanti, Bukit Mertajam. Sudah berlainan semua kampong ku ini. Rasa sebak dan sedih melanda jiwa bila teringatkan susah senang kehidupan dahulu. Begitu juga bila terkenangkan semua orang2 yang kita sayang dah tak ada di dunia ini. Hiba sangat2.





Bila di Penang tu sempat juga menziarahi kakak ipar ku yang pergi haji bersama2 pada tahun 2010 dahulu. Kakak Ipar yang sudah tidak berapa sihat lagi. Kak Maznon Maun dan Abang Hassan Sidek. Rumah mereka di Taman Sejahtera Lunas Kedah.




Haaa ni la sepupu ku yang kawin tu. Abam polis kena bertugas di Miri Sarawak. Nadzirun Hj Abu Bakar terpisah la dengan isteri kesayangan nya Ain. Hmmm baru nikah dah dok asing2. Kesian kan. Ok lah yer setakat tu je akak boleh coretkan disini sbb tak sempat nak cerita panjang2 kan. Banyak lagi yang tak update ni.....adoi.... hingga berjumpa lagi di lain lembaran....bye.....


Salam sayang dari akak,




Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

© MY JOURNEY | Design By MaiGraphikDesign