Jumaat, 19 Februari 2016

GTK TRIP TO MELBOURNE, AUSTRALIA 19 HINGGA 25 SEPTEMBER 2014 (DAY 1)

 

 
Assalamualaikum semua pembaca yang budiman. Ni akak nak cerita tentang family trip keluarga suami akak iaitu GTK ~ Geng Tok Kushairi ke Melbourne, Australia. Kami pi seramai 28 orang. Semua adik beradik sepupu sepapat ipor duai anak buah cucu cicit bagai. Trip kita orang ni bulan September, 2014. Masa ni musim Spring. Masa pergi dengan Air Asia D7214~ 19 September 2014 jam 22.30 (10.30pm). Sampai Melbourne 20 Sep 2014 jam 8.20pagi. Beza masa Melbourne dan Malaysia hanya 2 jam jer. Melbourne awai 2 jam ok. Masa balik pula D7215~ Dari Melbourne 25 Sep 2014 jam 9.35pagi sampai KL 25 Sep 2015 jam 3.55ptg. Tiket masa beli tu murah juga la sebab booking dekat2 setahun kan. Anak2 cucu cicit tu bayar ansuran lah bulan2. Jadi tak de lah membebankan sangat ok. Masa dalam flight depa bagi borang untuk declare barang2 yang kita bawak. Isi jer ok isi betul2 apa yang kita bawa jangan tak declare tu yang depa marah.
 
 
Ni gambo termasuk orang yang menghanto ke airport.
Urusan check in berjalan dengan lancar jer. Group check in. Lepas tu baru pi melepak minum2 dulu sebelum naik kapal terbang. Malam tu makan KFC je.

Bersama kakak ipo yang sulong Datin Rahimah Kushairy




Lepas makan group GTK dah tak sabaq lagi nak fly dah punya seronok nya tengok la gambaq kat atas tu....happy jer kan. Berjalan pi dekat ruang menunggu. 

 

 

 






 


 
Ha..... ni cucu akak terpaksa bawa sebab tiket dah booking dan bayar semua. Mak dia tak dapat pergi sebab dah sarat termengandung. Kesian kan Mummy dan Daddy Dhia Adra Natasya ni tak dapat ikut sama. Hai cucu ini ok jer. Tak kisah ikut mak tok dia sebab dah biasa. Dia buat tak peduli jer kat Mummy dia. Ha ha ha..... Masa ni Dhia baru berusia 2 tahun 4 bulan. Anak buah Zufar juga ikut berumur 1 tahun 2 bulan,
  

 

Sampai di Melbourne pagi tu kami semua gabra juga nak melewati kastam Ausie ni sbb dok dengaq cerita strick sangat kan. Kami bawa makanan banyak lah juga maggi, biskut, roti, susu bebudak tu dan macam2 lagi. Alhamdulillah lepas semua. Tak de la kena rampas. Pelik juga kan......Nasib kami baik kot. Ada juga anak buah akak kena buka beg sebab ada susu baby dalam beg tu. Tapi kemudian lepas jer. Pagi tu kami tgu Hamzah tour guide kami. Ya akak amik tour guide Hamzah dari Xplorevic Private Tours. Amik ground je. Hotel akak dah book awai lagi Ibis Budget Hotel. Memang masa akak amik ground ni murah sangat dengan Hamzah ni. Tapi sekarang ni dah mahai nak mampuih ok.
Dok tunggu Hamzah sampai akak juga dah tempeh makanan dari  chef Malaysia Hall iaitu Azni. Pagi tu Azni hantar makanan kat akak di airport. Nasi goreng tak silap akak. Jadi kami boleh sarapan pagi tu dan terus pi jenjalan. Ni no contact Azni siapa nak berurusan boleh jer dan dia ni boleh lebih kurang ok. Ada la juga yang kita minta lain dia bagi lain ok. Masakannya boleh layan la hmmm ok. No tepon dia +61425376666. Amboi dok promote pulak no. Bukan promote just nak share jer ok. Azni juga akak minta tolong dia beli roti dan jem ok jer. Berbaloi ok sebab ramai2 mkn. Setiap hari akak memang amik mkn pagi dan makan malam kat Azni ni. Dia akan hantar kat hotel. Selama seminggu kami kat Melbourne ni mkn dgn dia la waktu breakfast dan dinner. Lunch kami makan kat luar ok.



Ni kat luar depan Tullamarine Airport, Melbourne, Australia. Sementara tunggu bas kami sempat merakamkan kenangan kat sini. Sambil tu tunggu Azni hantar breakfast kat sini juga. Keluar jer pintu airport ada Hotel Park Royal haaa sapa nak pi Melbourne tak yah nak susah2 cari hotel tdo sini pun boleh juga. Tapi harga mesti lah mahai punya ok sebab dekat dengan airport.


Hari pertama ni kami pi DFO Essendon dulu sebab dekat dengan airport dan nak sarapan pagi ok. Dari Tullamarine Airport lebih kurang 10 minit ja. Hah hari pertama jer dah pi tempat shopping ok. Semua group GTK ni mula2 dok kata tak mau shopping kat Melbourne ni sebab mahai. Dah tebalik kod dah sampai sini semua dok shopping sakan. Banyak depa beli set correll dan pyrex yang kebetulan ada offer ok. Handbag pun depa rembat juga. Adoiiii pening kepala den.....Macam-macam ada kat DFO ni harga boleh tahan ler jangan convert ok. Shopping jer...... ni ha depa dok beli corell ni.....

Ni ha pinggan mangkuk yang dibeli





Ini bas kami yang Hamzah bagi







Lepas tu kami pi Queen Victoria Market (QVM) pula. Awainya Hamzah bawa kami pi QVM ni. Bukan apa memang minta nak pi situ sebab nak beli buah2an segar dan makanan ringan. Kami juga nak solat di situ. Untuk pengetahuan semua QVM ni macam2 ada. Harga dia pun boleh tahan juga. Tak payah akak nak cerita lah yer. Tengok gambaq je semua dah tahu. Tapi satu je akak nak cakap pasar ni tutup pada hari Isnin, Rabu dan Public holiday ok. Hari Selasa dan Khamis buka pada jam 6 pagi hingga 2 petang jer. Hari Jumaat 6 pagi hingga 5 petang dan hari Sabtu dari 6 pagi hingga 3 petang je. Kalau nak pi sila lah tuan/puan semak dulu hari dan masa dia ok. Jom layan gambaq........



























Kami solat area sini ada tempat solat tu pun kawan Ahya Nadira yang bawakan. Waktu solat pada masa tersebut macam kat atas tu. Tuan/puan boleh google lah jika nak pi sana ikut musim apa ok takut berubah waktu solatnya. Selepas solat kami pi DFO lagi sekali ni pi DFO South Wharf. Masa ni pi dah petang dah pi cuci2 mata dulu. Hai semua grup GTK dah tergoda nak shopping je.









  
Ni semua adik beradik ada seorang adik yang tak ikut iaitu Cikgu Usop.
 
  






Lewat petang tu kami semua check in di Ibis Budget Hotel dekat dengan Collin Street. Hotel ni memang murah dan terletak di tengah2 pusat Bandar. Nak berjalan pi station tram dia pun dekat je. Ya dekat dengan Flinders Street Station. Malam tu memang semua letih dan semua nak berehat kan baru sampai je kan. Satu hari dok merayap je. Sampai je kat hotel Azni dah siap hantar nasi untuk makan malam hmmm Alhamdulillah sedap nya makan nasi dengan gulai cili padi ayam. Licinnn. Lepas makan apa lagi landing time lah yeee....zzzzz...Ok lah esok kami nak pi Warrook Farm pula....tunggu ye entry akak seterusnya......

to be continue.......
 
Salam sayang dari akak,
 
 


Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

© MY JOURNEY | Design By MaiGraphikDesign