Khamis, 11 Februari 2016

KEMBARA UZBEKISTAN ~ DAY 6


Assalamualaikum semua pembaca yang budiman. Sorry na baru nak sambung balik cerita akak kat Uzbek ni. Ni dah hari ke 6 akak berada di Uzbek. Hari ini akak berada di Tashkent ok. Ibu Negara Uzbek. Hari ini kami nak pi kawasan pergunungan pulak iaitu Chimgan Mountains, Beldesaray kawasan pergunungan ini dikenali sebagai "Swiss Of Uzbekistan". Jom layan gambaq depan hotel dulu.......














Perjalanan ke Gunung Chimgan memakan masa lebih kurang 2jam 30minit juga. Semasa perjalanan ke sana kami berhenti dan bergambar di sebuah Tasik Charvak. Ia merupakan sebuah tasik buatan seluas seratus kilo meter. Tasik ini juga merupakan sumber elektrik dan air bagi penduduk Tashkent. Empangan ini juga diceritakan sekiranya pecah boleh tenggelam Tashkent. Allahualam. Orang yang melawat tasik ini boleh beriadah juga seperti mandi, bermain jet ski dan mendaki gunung. Sungguh indah permandangannya. SuhbanAllah.... Kami juga berhenti membeli pelbagai jenis kekacang di tepi jalan ke gunung ini. Boleh tahan juga harganya. Rasanya jika beli di dalam pasar lagi bersih dan terjamin. Jom layan gambaq......













 
Pussy Cat Doll


















  Turun dari gunung semua pakat dok beriadah pula ada yang naik kuda dan Xtv tak de la mahal sangat pun. Masa ni akak sakit perut ciri berry lagi jadi akak tengok je depa beriadah. Seronok juga ok.










 Selepas turun dari Gunung Chimgan tu kami dibawa menikmati makan tengahari di sebuah restoran tempatan yang terletak di kawasan pergunungan tersebut juga. Cantik dan bersih restoran ini. Landskap nya pun cantik. Sempat juga akak merakamkan kenangan di sini.
 

























Pada sebelah malam pula kami keluar lagi pergi dinner. Malam ni dinner kami agak istimewa. Menu juga istimewa dan disajikan dengan tarian tradisi masyarakat tempatan Tashkent. Kami pun turut menari bersama sungguh seronok dan happening. Tapi kami tak faham pun cuma muzik nya sungguh merdu dan boleh layannnn......













On the way balik ke hotel kami dibawa pusing2 Bandar Tashkent. Banyak tempat2 yang menarik dan bersejarah yang akan kami lawati pada esok hari......ok udah le tu....nanti akak sambung lagi ok nak zzzzzzz dulu.... bye.....
to be continue........


Salam sayang,





Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

© MY JOURNEY | Design By MaiGraphikDesign