Isnin, 15 Februari 2016

PASAR DI UZBEKISTAN



 
Assalamualaikum pembaca yang budiman. Ni akak nak kongsi sikit mengenai pasar kat Uzbek ni. Memang best ok. Dekat Uzbek ni banyak buah apricot, cherry, strawbery dan banyak lagi lah. Sayur2an nya pun segar bugar juga akak memang suka sangat2 pi pasar ni.... geram no....jom layan gambaq.....







Kebanyakan peniaga di pasar ni wanita. Rasa macam pasar Siti Khadijah pula ok. Peniaga2 di sini memang ramah tapi kami tak tahu nak bercakap bahasa apa. Cuma dok sengeh jer le....











Peniaga2 wanita ni kebanyakannya bergigi emas. Rata-rata bergigi emas. Mereka memang suka pakai gigi emas kerana melambangkan kekayaan. Lagi satu mereka ni ada mempunyai wang yang banyak jadi bank pula kurang di Uzbek ni. Jadi nak simpan wang tak de tempat yang sesuai jadinya mereka buat lah gigi emas tu.... ha ha ha.... agaknya kalau kat Malaysia ni memang dah kena pancung dek pencuri dah. Eeeeee takut...




















Begitu juga jualan kacang kekacang yang terlalu banyak. Berbagai macam jenis kacang yang ada dijual. Minta aje. Yang istimewanya di sini biji apricot yang dijual boleh mengubat penyakit kanser. Ada juga kekacang ini di letakan dalam pinggan yang dianyam dan digubah mengikut citarasa pembeli. Memang uniq sangat. Akak beli juga bawa balik buat kenangan.










Ok lah itu jer akak nak kongsi dengan korang semua. Akak ni makan buah2an sampai cerryberry 2 @ 3 hari juga. Tapi puas makan buah. Memang best melawat pasar kat Uzbek ni. Kawan2 akak ada juga yabg beli beras mereka yang bulat2 tu bawa balik ke Malaysia. Saja je nak bagi keluarga makan. Ok juga kan. Boleh rasa beras depa dengan kita yang mana sedap kan. Ok lah hingga jumpa lagi di entry akak yang lain. Tungguuuuu.......




Salam saying dari akak,



 
 
Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

© MY JOURNEY | Design By MaiGraphikDesign