Assalammualaikum pembaca2 blog yg tak jemu2 nak baca blog akak yg tak sebeberapa ni....sekarang ni masa dh suntuk sibuk memanjang dan penyakit M tu yg tahap gaban...adoiii....di tambah ngan cucu kacau bila bukak je laptop terus cucu cucuk2 keyboard tu nak menaip pun dah tak buleh....hmmmm....gggrrrrammm....
Hari kedua di kota London ni kami keluar di awal pagi lagi. Pagi ni kami semua setuju nak naik bas tgu depan hotel je tak yah nak jalan kaki jauh-jauh lagi. Lega.....
Bergambar di atas London Bridge dari jauh terlihat London Tower Bridge. London Bridge Is Falling Down Falling Down Falling Down My Fail Lady.....teringat masa sekolah rendah asyik nyanyi lagu ni je siang malam pagi petang. Masa tu tak tau pun kat mana letaknya London main nyanyi je....bila dah tua dekat setengah abad baru dapat jejakkan kaki kat London Bridge ni....Alhamdulillah ya Allah memberi kesihatan yg baik kepada ku ya Allah...Amin. Mudah2an dapat aku jejaki lg ke sini suatu hari nanti. Ntah bile la nak dtg lg ntah ntah dah tak sempat lagi....Sebenaqnya lagu London Bridge tu ada simboliknya tapi kita tak tau....apa sejarahnya. London Bridge ni merupakan jambatan yg tertua diantara 22 jambatan yg lain yg terdpt di London ni. Jambatan ini mulanya dibuat drp kayu ja lepastu di tukar dgn batu dan kemudian diganti dgn granit dan akhir sekali sekarang jambatan konkrit....mengikut sejarahlah no....byk fakta jambatan ini dirobohkan dan dibina semula akibat drp kebakaran, keretakan dan keruntuhan......sesuai lah dgn lagu London Bridge Is Falling Down. Ada lg satu cerita mcm seram sikit ntah betui ka tak tak tau lah sbb depa kata London Bridge ni tempat org kena immurement.....hukuman mati kpd seorg yang dikurung dlm dinding berbatu dan dibiarkan kelaparan dan dehidrasi. Masyarakat Eropa Kuno percaya jika hukuman ini dilakukan jambatan akan lebih kukuh lagi.....Lagu ni dinyanyikan oleh 2 org yang menyatukan tgn mereka membentuk lengkungan dan anak lain berlari melewati lengkungan ini bila pada akhir tgn dilepaskan anak terakhir yg melewati akan tertangkap.....menggambarkan ritual immurement.....
Tower Bridge pula terkenal diseluruh dunia. Rasanya jika kita pi London tak sah tak pi London Bridge dan Tower Bridge ni kerana jambatan ni merentasi Sungai Thames di tengah2 kota London ni. Istimewanya Tower Bridge ni bila kapal2 besar nak lalu Tower Bridge ini akan dibuka utk beri laluan kpd kapal2 yg akan menyusuri di bawahnya. Kami tak merasa tgk pun sbb waktu kami pi tu kapal tak lalu....Sebenaqnya kami tak masuk pun Tower Bridge ni sekadaq amik gambaq je...sapa nak dengaq dia punya sejarahlah kena beli tiket lebih kurang 6GBP pas tu naik lif sampai atas dan ada penerangan mengenai sejarah Tower Bridge ni. Bahagian enjin dia pun boleh tgk. Akak ni bler jugak confused igt kot yang ni lah London Bridge tapi rupa2nya Tower Bridge...hm tu la kaedahnya....tersenyum sendirian....dlm hati berkata jugak hmm kalau tak datang sampai mati pun dok kata Tower Bridge ni London Bridge...nasib lah labu....
Jom layan gambaq....
Selepas melawat London Bridge dan Tower Bridge kami semua tgu bas lagi nak ke Buckingham Palace pulak. On the way jalan jumpa kedai jualan barangan istana ni wow mahai babe. Tgk je la jamu mata. Bila sampai akak sgt teruja kerana dpt jugak tgk istana Buckingham ni. Selalu tgk dlm tv je....ye la istana Ratu England....
Tak sempat nak tgk upacara pertukaran guard istana/
Selepas melawat Buckingham Palace kami terus amik teksi ni utk ke Harrods. Sebenaqnya pi Harrods tu bukan nak shopping pun nak tgk dan merasa je masuk shopping komplek tu. Mahai weh kalau nak shopping kat situ tak mampu akak.....byk lagi tempat murah2 kat London ni yg boleh kita shopping macam Oxford Street.
Kami ronda2 sampai ke mlm. Malam tu kami naik bas lagi ke Big Ben dan London Eye sbb esok kami dah nak pi Europe Tour 7hari jadi tak sempat lagi kami nak ronda2 kat London ni. Byk lg tempat2 menarik yg kami tak sempat nak melawat. Lain kali je lah bila ada rezeki leh dtg lagi. Sbb tak dpt pi siang akak gugel lah gambo2 London Eye ni utk kenangan akak je.....akak tak naik pun sbb dah malam masa pi tempat tu.
Sebenaq nya akak mmg suka buat koleksi gambaq kat merry go round ni. Baru ada 3 gambaq je. Satu kat Freemantle, Australia, satu kat Singapore dan satu lagi kat London ni lah.
Clock Tower atau Big Ben yg tingginya 96m dan locengnya 3.5tan. Akhir sekali setelah bergambo di Big Ben kami pun balik ke hotel utk tdo....sehari suntuk berjalan penat....sok nak sambung lagi ke Perancis pulak....hingga berjumpa lagi dilain entry........tunggu..........
Hari kedua di kota London ni kami keluar di awal pagi lagi. Pagi ni kami semua setuju nak naik bas tgu depan hotel je tak yah nak jalan kaki jauh-jauh lagi. Lega.....
Cuti sekolah ramai anak omputih dtg London...holiday. |
Memory Lane....bergambar di atas London Bridge. |
London Bridge |
Tower Bridge |
Gambaq ihsan dr gugel |
Kontraktor London |
Bersama Polis London |
Buckingham Palace |
Bergambar di depan Statue Queen Victoria |
Tak sempat nak tgk upacara pertukaran guard istana/
Nampak London Eye dari jauh. |
Guard istana tgh buat latihan kot..... |
Bunga sakura pun ada cantik sgt. |
Selepas melawat Buckingham Palace kami terus amik teksi ni utk ke Harrods. Sebenaqnya pi Harrods tu bukan nak shopping pun nak tgk dan merasa je masuk shopping komplek tu. Mahai weh kalau nak shopping kat situ tak mampu akak.....byk lagi tempat murah2 kat London ni yg boleh kita shopping macam Oxford Street.
Oxford Street |
Berjalan jauh cari masjid/surau nak solat bila penat jumpa org jual buah beli buah dulu. |
Basikal utk disewa pun ada. |
Oxford Street |
Sempat juga bergambo kat situ. |
Sebenaq nya akak mmg suka buat koleksi gambaq kat merry go round ni. Baru ada 3 gambaq je. Satu kat Freemantle, Australia, satu kat Singapore dan satu lagi kat London ni lah.
Clock Tower atau Big Ben yg tingginya 96m dan locengnya 3.5tan. Akhir sekali setelah bergambo di Big Ben kami pun balik ke hotel utk tdo....sehari suntuk berjalan penat....sok nak sambung lagi ke Perancis pulak....hingga berjumpa lagi dilain entry........tunggu..........
to be continue.....