Assalamualaikum semua.....ni akak nak citer pula kisah akak balik ke kg mak akak di Perak. Sebenarnya akak tolong bawa mak akak balik ke kg nya kerana nak bicara kuasa. Kebetulan tu akak pun dah berada di kg akak ambil kesempatan ni untuk melawat ke Kuala Gula. Saja je nak tgk kat situ ada apa. Wah bila dah pi kat situ mmg nyaman dan tenteram ada chalet lg boleh utk disewa. Cantik tempatnya tapi MP yang bertanggungjawab kene ambik maklum supaya tempat ni boleh dibangunkan lagi supaya lebih cantik dan terurus. Tempat ni ada potensi untuk tarik pelancong2 dalaman atau pun luaran. Ceewaahhh.... Tapi kalau mlm tempat ni jadi mati tak ade hiburan....tak happening lah org kata kan.
Akak pi bersama mak sedara dan sepupu yang baru balik ke Msia sbb belajo kat Jepun. Dari kiri maksu, sepupu Nani, akak dan makcik. Kami semua sempat mengabadikan gambar2 yang diambil kat Kuala Gula Sanctuary Resort ni. Jom layan gambaq......
Ni akak bersama maksu akak yang tarikh lahir dia sama dgn akak. Kami lahir pada 20 Mac 1964. Mungkin masa mak akak lahirkan akak, tok akak pun lahirkan maksu akak ni. Tapi mak akak citer maksu akak lahir dulu daftar je sama2 ngan akak sbb tok wan akak nak daftar sekali. OOo kalau cam tu maksu akak ni tua sikit lah dari akak kan...kan...kan...tgk gambo kat atas tu sape tua?
Bersama Makcik Sal |
Dah puas klik klik posing kami pi makan pula kat restoran terapong. Istimewa kat sini ketam lembut. Wah mesti sedap kan. Ada yang mkn mee bandung ketam lembut, kue tiaw tomyam ketam lembut, mee kuah ketam lembut dan mee udang. Semua sedap dan murah je kat kg ni. Hmmmm best best. Kerang rebus pun sedap sbb kerangnya fresh baru naik dari laut. Dah abis makan kami beli pulak ketam keras kat bawah ni. Ketam apa pun akak dah lupa nama nya. Ketam batu kot. Akak borong semua utk dibawa balik mkn bersama mak dan mak sedara akak yg lain. Akak rebus je ketam tu. Mmg sedap isinya dan manis sgt2. Tapi bila makan kena ketuk dgn tukul sbb kulit ketam ni keras sgt x boleh digigit nanti patah gigi weh.
Sungguh seronok bila balik ke kg ni. Tenang dan tenteram tdk seperti di kota yg bising dan sibuk sentiasa. Malam tu kami semua dinner mkn ketam rebus. Hah Mak Tam akak ni lah yang dok tulong ketuk dan bagi kat kami utk dimakan isi ketam tu. Sungguh lazat kan main....huh delicius....awesome. Kalau sapa2 pi Kuala Gula tu terjumpa ketam cenggini beli lah tak rugi pun mmg sedap. Ok lah ye hga setakat ini shj coretan akak. Selamat membaca.....bye....