Assalamualaikum semua....ni akak nak cerita ada satu tempat bersejarah kat negeri Terengganu ni. Akak rasa semua org jarang2 nak pi tempat ni. Tapi akak mmg teringin lah sgt nak pi. One day bila kene pi ngan bos ke KT apa lagi kami singgah lah kat sini. Tq bos kerana sudi melayan karenah kami ni....he...he...he...Hah ha....KOTA LAMA DUYUNG....mcm pelik kan nama nya. Akak igt ada byk ikan duyung kat sini tapi lain pula citernya.
Kota Lama Duyung ni terletak di Pulau Duyung Kecil. Ia merupakan kota tinggalan sejarah yang telah dibina oleh Dato' Biji Sura(Nik Muhamad bin Hitam) pegawai kanan Pentadbiran Negeri Terengganu(seorg Hakim). Kota Lama ni adalah satu2nya rumah yang dibina dgn batu bata dan papan. Rumah ini dikelilingi oleh kubu dgn sbb itulah ianya dinamakan Kota Lama atau "Old Fort". Penerapan nilai2 Islam terdapat dlm Kota Lama ini yang seni binanya merupakan senibina melayu Terengganu pada tahun 1920an yang mana senibina Terengganu amat kaya dgn warisan binaan tradisional. Kota Lama Duyung ini merupakan contoh bagi pengaruh budaya Barat, perkembangan Islam dan unsur2 melayu tradisional yg kebanyakan rumah2 di sekitar Kota Lama Duyung ini sebahagian besarnya berdasarkan rumah tradisional melayu. Jom layan gambaq.....
Cikna dan Cikta |
Cikna sdg berposing |