Assalamualaikum semua rakan2 blogger. Lama akak tak update blog ni. Rasenya dah 2 minggu dah. Sibuk beraye no. Ni nak citer.....One day my friends kat ofis tu sibok dok tgk tiket murah Air Asia promote ni. Depa dok pulun tgk....masa tu bulan April 2013. Apa lagi bila depa tgk tiket to Ho Chi Minh dulu nama bandar ni Saigon, Vietnam murah sgt depa dok jerit kat akak ni suruh booking tiket flight tu, depa nak pi Vietnam semua dah berkobar2 semangat dah jadi macam apa tah terlalu teruja dan suruh akak booking terus tiket2 tu. Akak pun apa lagi siap janji dengan depa bila hampa ni nak bayar duit booking ni? Depa kata cukup bulan....kesian la juga kat kawan2 tu...akak pun terus lah booking tiket to Ho Chi Minh pada 26/4/2013 untuk kami semua pi pada 22-25 Ogos 2013(4H3M) jadi lah.....Masa tu mmg tiket AA tgh promot jadi mmg dapatlah tiket murah. Pergi balik seorang lebih kurang RM300.00. Murah la kan. Boleh le dah nak pi sgt2. Al kisahnya pulak bos dah tau kami semua 12 orang ni nak pi Vietnam dia pun tak bagi 2 @ 3 org pi sbb ada kerja nak disiapkan kat ofis ni. Mmglah ofis akak ni kan Corporate Dept. mmg byk acara rasmi yang nk kene buat. Haaa sudaaa.....bila pujuk2 bos Alhamdulillah dia bagi kami pi...dgn alasan kerja2 kene siap seblm pi Vietnam...apa lagi beres bos....Siap.....
Lega sikit rasa hati akak ni. Pastu suruh semua friends tadi baca lah blog ttg Vietnam ni buat lah research sbb kita pi ni sendirian bhd. Jadi kene pandai2 sendiri la kan. Akak pun buat research juga cari hotel melalui Agoda.com. Semua kawan2 suruh akak cari hotel2 yang murah2 sikit. Bila buat carian komputer kat ofis tu pulak tak boleh nak buka Agoda.com. Jadi terpaksa lah akak cari melalui Booking.com la pula. Cari punya cari dapat lah hotel tak tau lah tak ada bintang la kot harganya 3 malam RM55.00 1 bilik 4 orang. Semua kengkawan setuju sbb depa kata nak tdo mlm je siang tak dok dalam bilik pun. Apa lagi akak pun tempah lah 3 bilik sbb kami semua 12org. Nama hotel tu An Tam 3 Hotel. Tengok dlm iklan booking.com ok je dan bersih serta kemas. Tak tau la pulak tak besa pi lagi....hantam saja la labu. Janji leh tdo lena.
Dipendekkan citer....hari yg di tgu dah dekat nak tiba. Kami pun dok sibuk nak tukaq duit. Ada yg suruh tukaq duit USD, ada yg suruh tukaq VND(Vietnam Dong) ada yang kata guna duit RM saja. Tak tau la yang mana betui....sbb akak dan kawan2 yang lain ni tak besa pi lagi. Ada sorg kawan Cik Nana dah penah pi tapi dah lama dulu dia pun tak igt dah buleh guna duit apa. Kami pun nekad lah tukaq duit USD tuk bayaq hotel je. Tukar duit VND tuk mkn je. Tukaq sikit je. Yang lebih lagi bawa duit RM. Masa kami pi tu VND 1juta=RM160.00. USD100=RM325.00.
Kami pi Vietnam ni pada 22 Ogos 2013 bersamaan 15 Ramadhan 1434H. Org dok raya lagi kami dah pi mkn angin. Semua dok pakat amik cuti 2hari saja. Pagi 22 Ogos tu jam 10pagi kami dah ready nak pi LCCT. Kapal terbang jam 2.55petang. Kami sewa coaster ofis. Alhamdulillah TYDP yang luluskan. Terima kasih tuan SU. Boarding pass akak dah print siap2, akak dah buat web check in awal2 lagi sebab senang. Kalau tak buat nanti kene caj RM10.00 bila kita check in kat kaunter AA ni. Biasalah AA semua ada caj perkhidmatan. Alhamdulillah group akak semua dpt tiket setempat tak ade lah jauh sgt antara satu dgn yg lain. Lega.....sbb bila kita pi group ni kita nak tgk group kita takut juga takut terpisah jauh sgt. Akak check in bag dulu baru buat bende lain yang perlu diselesaikan.
Kat airport akak dan kengkawan sempat pi mkn tengahari dekat food court. Sbb atas kapal terbang AA Vietnam tu kami tak ode makan pun. Ye le terbang dlm masa 1jam 50minit je dah sampai HCM city. Kami juga sempat buat solat jamak Zohor dan Asar kat airpot. Alhamdulillah......Selesai semua tu kami baru pi masuk ke gate Y1 untuk berlepas. Rasa2 akak kat airpot ni pegawai Imigresen kali ni periksa sangat2 terperinci. Semua kena buka tali pinggang dsbnya. Akak kene buka kasut sbb kasut akak berbunyi lah pulak. Masa pi Australia dulu tu pakai kasut yang sama lepas pula....hmmmm sungguh akak tak faham.
Alhamdulillah safe landed at HCM jam 17.23pm. Turun kapalterbang terus g amik luggage dan terus kuar pintu airport dan cari travel agensi yang akak amik ground jer tu....VN LOTUS TRAVEL. Ok agensi ni very friendly and sangat2 baik. Mula2 akak nak pi redah sendiri jer dgn kawan2 yang lain. Tapi bila di fikir2 masa terlalu suntuk utk ke satu tempat tu kami semua setuju amik ground package ni dengan harga USD40/pax. Boleh le dia bawa pi merata. Tempat shopping wholesale market dan byk tempat lagi. Tour city dan Mekong River Cruise. Hah tgk pakcik driver ni cian dia dok angkat tgu kami. Kami keluar pun lambat la juga. Cian dia. Kami naik van macam inokom tu tapi mercedes mmg selesa 16seat. Lupa la pula nak amik gambaq.
Nah ai HCM city ni punya sesak ngan motosikal. Rata2 masyarakatnya bermotosikal. Akak dimaklumkan satu keluarga ada sampai 4 buah motosikal. Tapi satu je kat HCM ni, bermotosikal tapi tak ade sistem main redah jer.....bersimpang siur. Nak melintas yang paling susah sekali. Mmg takut bagi yang tak biasa macam kita orgni le.....seeerrrraaaam dan kecut perut.
TOL HCM city |
Plug guna 2 soket |
Perkara pertama yang ditanya bila check in hotel wifi? Ya wifi free kat hotel ni. Boleh lah juga dok wassap dan update FB. Petang tu bila dah lepas check in kat Hotel An Tam 3 tu kami dibawa untuk tgk show. Akak rasa show ni kalau korang pi HCM tak payah tgk pun tak pa. Bukan faham pun. Puppets Show dalam air kisah petani Vietnam masa dulu2. Hmmmm tak best lansung akak ni nak cari pengalaman je. Pas ni kalu pi lg HCM ni sure tak kan tgk lg. Baik pi shopping je lg best. Show ni lebih kurang 1jam le....cemuih nak tgu abih. Sampai tetdo2 akak. Citer katon.....
Akak amik ground package dgn VN Lotus Travel ni. Tokei dia sungguh friendly dan baik hati. Dia sangat2 bersabar dengan group akak punya karenah. Dia pandai bertutur omputih boleh le ckp ngan kitaorg yg x berapa pandai sgt ni......hi hi hi....
Ni la Miss Khanh guide kami. Syarikat VN Lotus Travel tu dia punya la. |
Dalam panggung utk tgk puppet show tu. |
Pasar Malam kat Ben Thanh tu. |
Lepas tgk show bermulalah misi kami. Membeli belah di pasar malam HCM city. Tiap2 malam ada pasar malam. Puas kami shopping. Boleh guna duit RMje. Boleh tawar menawar hingga 50 ke 70%. Jangan tak tau pasar malam ni ada 2 blok. Satu blok kat belah depan dan satu lagi kat belah belakang. Kena pi jalan kaki pusing2 jauh sikit. Kena pandai lah....barang2 dia sama je bila tgk tapi kualiti tak tau la kena nilai sendiri. Rasa2 akak harga kat sini semua depa dah standard kan sama je bila tanya. Cuma kita kene bijak utk menawar. Penjual tu akan tarik tangan kita dgn kuat dia suruh kita bagi harga yang kita mau, kalu harga berpatutan dia akan jual kat kita. Ok la tu.....
Puas shopping baru teringat nak makan perut dah berbunyi. Jumpa kedai pakcik org muslim Vietnam. Kami tanya mmg kedai ni halal. Alhamdulillah.....tapi kedai ni hanya menjual bihun sup je.....air ada mcm2 le. Akak malam pertama tu dok ode kopi Vietnam, sbb dok baca dlm blog kopi Vietnam ni mmg terangkat habis. Nak cube la kan minum. Hai mmg sedap. Kawan akak lg sorg tu Che Ta sampai 2x ode.Risau gak takut tak dapt tdo sampai pg. Mkn kat sini mmg murah sikit dari mkn kat restoran2 halal yang lain. Bihun sup VND50k air kopi VND20k. Lebih kurang RM10 le. Murah la kan.....
Malam tu lepas makan kami balik naik teksi pi hotel lebih kurang VND20k sama dgn RM3. Sampai hotel mandi dan solat. Pas tu zzzzzzzzzzz. Sok nak bgn awal nak tour city and shopping pula. Ok lah nti akak sambung lagi ok.....bye....
1st day akak tgk Vietnam mmg bersih daripada Indon.
to be continue......