Ahad, 8 September 2013

MEMBELI BELAH DI HO CHI MINH(SAIGON) CITY, VIETNAM (DAY 2)


Assalamualaikum semua....akak terlalu sibuk sehingga nak update blog ni pun tebantut. Jom layan citer akak pada hari ke2 di HCM ni. Hari ke2 ni akak dan kwn2 bangun awal2 lagi dan bersarapan dalam bilik hotel je bekai yang kami bawa nasi impit dan serunding serta sambal ikan bilis, ikan masin pun ada. Semua dtg makan kat bilik akak. Ada juga yang makan maggi. Jadilah sebab buat alas perut sebelum nak makan tengahari di HCM city ni. Bab makan ni mmg kat HCM ni mahai yang amat. Bagi golongan org mcm akak ni mmg tak mampulah nak mkn sampai 3x sehari utk mkn nasi. Kami mkn nasi sekali je. Pada waktu tengahari je. Malam makan bihun sup. Haah kenyang juga. Alhamdulillah. Kalau nak ikut time makan B/L/D mau lebihkurang RM30 sekali makan, kalau dah 3x...byk tu. Jadi pandai2 la korang yg nak pi bejalan ni kene congak2 dan fikir apa yang boleh dibawa untuk bekalan. Safe cost.



Tengok Ummi Baiduri dah bawa beg besar ikea nak pi shopping. Tak sabaq no...

HCM city waktu pagi ni mmg sejuk sikit mungkin time akak pi ni musim hujan kot. Tgk jalan basah sbb malam tadi hujan hingga ke Subuh. Waktu solat kat HCM ni mmg cepat sejam dari waktu solat kat Malaysia. Jadi bila subuh kita jam 5pg waktu subuh HCM jam 4pg. Kena pandai kira lah...nanti terlepas pulak waktu solat. Dekat HCM ni rata2 org pompuan yang rajin bekerja tengok le penjaja dalam gambar ni jual kuih pagi2 guna kandaq ni. Rasa2 akak berat ni. Tapi pompuan2 kat HCM city ni wow hebat2 belaka....kuat.






 Pagi tu kami kuar awal sangat lebihkurang jam 8pg kami dah kuar pi tour HCM city. Transpot dah ready tepat pada waktunya siap bagi guide sorang dan air mineral sebotol. Mula-mula kami pi melawat bangunan ni Notre Dame Cathedral, rasa2 macam kat Paris la pulak. Cantik! Kami tak masuk dalam pun just amik gambar je posing saner sini. Kemudian pi
General Post Office yang cantik sangat, War Museum dan Reunification Palace. Jom layan gambaq......









Suke gambaq ni cantikkkk



Lepas tour HCM city, kami dibawa ke kedai jual kopi Vietnam yang awesome sangat tu. Mahai kopi kat sini mungkin kerana kualiti dia kot. Dapat le merase kopi free. Ada macam2 jajan yang dijual kat kedai ni. Tokeh kedai ni pandai cakap Melayu. Akak tak beli pun sebab kurang minum kopi pun. Ramai juga kawan2 akak yang beli kopi kat sini. Depa cerita bila balik kat Malaysia ni kopi yang dibeli tu tak rasa macam kat Vietnam pun sebab susu nya tak sama. Kat HCM ni guna susu cair tapi pekat sikit. Mcm mana tuuu....Ye ker? Ntah lah akak tak tahu....korang kene le cube membelinya ok.

Dalam kedai kopi


Selepas melawat tempat2 bersejarah tu bermula lah misi kami...... shopping time. Semua org dah tahu Vietnam ni mmg negara yang menjual barangan yang murah2 kain2 dan baju2. Mula2 kami pi wholesale market Cho Binh Tay. Memang terlalu murah kat sini dan terlalu sesak yang amat sangat. Tapi kene borong lah nama pun kedai borong kan....Kat sini kain English cotton harganya sepasang RM20 hga 30, bidang 60inci 3m setengah. Tengok kualiti la kot....ada yang tebal ada juga yang nipis kena pandai pilih2 dan tawar menawar. Kain cotton viscos(akak tak reghti nak ejanya) cuma RM18 sepasang. Murahkan....mmg murah. Bebaloi lah kalau pi sana jalan2 dan beli bawa balik kat Msia ni jual...hmmm mmg jap je dah jd kaye rayge. Kain dress yang siap manik pun ada harga dari RM25 hga 60 tgk manik le. Kualiti pun kene pandai tgk juga. Jom layan gambaq....








Balik dari kedai borong tadi kami makan tengahari kat kawasan Cho Ben Thanh yang org ramai dok sebut sini lah yg paling murah. Tapi akak dah pusing2 compare regha nya jauh kat sini lebih mahai lagi. Bila tanya depa kata kat sini kualiti baguih sikit. Tapi akak rasa kat sini tempat kawasan tumpuan pelancong kot tu dia mahai sikit. Ye le hotel dekat dgn pasar ni jalan kaki je kalau nak shopping kat sini. Walau pun mahai sikit masih bebaloi la jika dibandingkan dengan Msia. 

Kami makan kat Restoran Serai mmg sedap masakan ala ala Thailand gitu...ada mcm2. Akak makan nasi putih tomyam campur , telur dadar dan sayur kailan ikan masin serta sambal belacan. Akak share dgn Puan Ruzani. Ok la tak ade la mahal sangat boleh lah. Dah lupa harganya....tak ingat. Pencuci mulut dia bagi bingka ubi kayu mmg sempoi sedap....Air akak ode air mangga...ori nye pati buah mangga pun sedap....kenyang kami makan nasi first time kat HCM city ni....Kenyang.



Perut semua dah kenyang....shopping lagi daaa....kali ni kami pi pasar Cho Ben Thanh pula. Kat sini ada kawasan yang boleh ditawar ada yang tak boleh ditawar. Contoh kedai2 untuk charity penjualnya yang pakai baju warna kuning air dan biru muda tu. Dekat kedai ni mmg dah tertulis fix prize. Jadi tak boleh le nak minta kurang. Kalau bekenan je beli ler....mahal pun mahal lah. Baju budak2 mmg banyak kat sini dari bayi hga remaja. Terutamanya baju crosstitch. Mmg rambang mata tengok. Akak ade ler beli 2helai utk cucu pompuan. Sehelai RM15 je. Baju gap pun ada RM10 sehelai. Mmg kalau ikut hati nak round satu Ben Thanh ni tapi masa tak cukup nak pi tempat lain pulak. Kami terkejar kejar juga dgn masa yang terhad. Tu la org pompuan kalau bab membeli belah no 1.


Selepas tu kami pi kedai sutera Thai Tuan's Silk Store. Kedai sutera ni mmg sesuai dgn mak datin je. Kami tak mampu nak beli baju2 sutera tu. Kami jamu mata ja. Keluar kedai tu kami jalan jalan lagi ke kedai sederet dgn nya. Mmg happening babe...baju kurung, hand bag hai giler le sekejap....rambang mata. Bepinau dah mata akak ni seb bek tak juling kan. Kedai2 kat situ pun mmg murah2. Bak kata org rata2 kat cerok mana kat HCM ni semua murah2. Kena tawar dan pilih lah yang berkualiti.











Kemudian kami pi Rohani Collection pula. Kedai dia ada jual jubah, baju kurung dan telekung. Macam2 fesyen ada murah2. Pi la tengok sendiri akak dah tak larat nak cerita dah harga mmg berpatutan. Tapi kat sini akak tak beli pun kawan2 yang lain ada la beli. Akak jadi pemerhati je. Pas tu kami ke Taka Plaza pula sama jer shopping compleks ala ala Tesco tu. Kat sini pun ada murah ada mahal kena pandai tawar menawar lah. Akhirnya kami dah penat. Ada tempat shopping yang tak sempat nak pi seperti Saigon Square dan Sport Centre. Akak rasa semua tempat sama ja kena pandai membeli la kan. Kami juga pi Hard Rock Cafe tapi tak turun pun cuma amik gambar dari jauh je. Semua dah penat masa tu dah jam 5.30ptg. Kami pun semua setuju balik hotel dulu buat apa yang patut dan lepas Maghrib keluar lagi pi pasar malam. Transpot kami 16seater Mercedes Van setakat ptg je. Aktiviti malam ni free and easy. Sdn Bhd naik teksi RM3 bahagi le 4org sbb dah tak larat nak bejalan kaki dah. Tengok kat bawah ni bekodi kodi depa memborong sakan no....masing2 tesengih je....suka...tak sabaq2 nak kuar balik mlm nti. Akak ni dok jerit juga jgn borong sgt igt sama luggage hampa cuma 25kg ja. Pandai2 lah korang.....


 

Malam tu kami kuar pi pasar malam lagi. Kali ni pi borong telekung Lycra sepasang RM40 je. Baju kurong manik pun beli juga kat kedai ni sepasang dari RM30 hga RM60. Baju papelom pun ada sepasang RM60 siap manik. Tudong half moon tak de manik RM10. Yang bermanik RM15. Tudong 3layer berbunga RM10 yang tak berbunga RM20 sehelai. Tengoklah depa ni sampai dok besila atas lantai kat kedai ni. Tak silap akak nama kedai ni Faridah apa pun dah lupa kat ada tapi hilang dalam simpanan.


Gambar ehsan

Ni pasar malam dia yang setiap malam ada. Tiap2 mlm kami pi pasar malam makan dan membeli belah. Ada yang beli beg roda....weh....beg dah beranak la tu....Ni lorong depan kat lorong belakang tu ada kedai jual jeans yang Mazidul rekomen tu kedai Lina. Murah2 suar jeans dia kualiti pun buleh tahan akak beli 2 helai jeans Levis RM35 sehelai utk anak akak le. Sungguh meriah pasar malam nya. Kami asyik teserempak dgn org melayu Malaysia dan Singapura ramai nya depa pun suka shopping kat HCM ni. Kedai2 souvenir melambak2 kena pandai bargain le baru dpt murah.






Kad yang unik
Malam tu kami balik naik teksi lagi kena VND27000. Kira sendiri lah no. Akak dah penat ni dok menaip sampai dah ngantok ni. Sok kita sambung lagi ok. Sok akak dan kawan2 akan pi Mekong Delta Tour pulak....tgu entry seterusnya.....bye....

to be continue......

Salam sayang,

Komen
1 Komen

1 ulasan:

Unknown berkata...

i br balik vietnam..kedai palig i reject nk msuk adalah rohani collection..bcz i nya hrga..then baru ckp boleh kurg lg x..then trus dy halau i dgn mak i keluar ..pekerja melayu champa tu..berlagak gila..bfre keluar i sindir dye sikit sampao terdiam..serius ..not recommended..better beli kt kedai hjh maridam bseblahan dgn hai nam hotel dkt2 situ jgk...

© MY JOURNEY | Design By MaiGraphikDesign