Assalamualaikum semua.....isk isk isk tak abih abih lg citer Vietnam ni.....busy.....Pagi tu kami dijemput oleh agen (pemandu pelancong) yang akan bawa kami ke Mekong Delta River Cruise. Nampak macam syioq je bunyi nya. Kami naik bas bercampur dengan pelancong2 dari negara lain juga, mmg ramai la satu bas penuh. Ni kami turun bas di hentian rehat Mekong Rest Stop cantik tempat ni dan menarik permandangan nya mmg Awesome agaknya kawasan berjaga untuk pelancong kot. Sapa2 nak minum dan beli makanan kat sini boleh je sebelum naik bot nanti. Kami tak beli pun sbb tak halal makanan kat sini. Buah2an ada la spt pisang, apple dll lg. Lagi pun kami dah bawa bekai maggi mee cepat dimasak sedap dimakan...sedap la sgt kan...kalau kat Msia tu jarang2 mkn maggi ni...tapi bila dah dok pi jalan sana sini kat ovesea ni maggi ni dah jadi sedap la pulak. Hmmmm betullll...jom layan gambaq...
Second stop kat Buddha Temple ni. Kita org tak masuk pun macam tak sesuai ngan jiwa je. Just amik gambar kat luor je. Mat Salleh dan Minah Salleh serta ramai pelancong2 dari Taiwan dan Hanoi turun dan ronda2 kat temple ni. Ada patung Buddha yang sgt2 besaq naik gerun pun ada gak....macam kat Thailand tu....kat Tumpat Kelantan pun ada hmmm lebihkurang mcm tu la.
Pernah jejak Vietnam wah sandel pun Vietnam mari... |
Ni la madu lebah tu. Akak tak beli pun. Mmg kat sini pekerja2 disini mempromosikan madu lebah asli yang depa packing siap. Royal Jelly Bee pollen pun ada dijual. Tapi kami semua tak beli pun. Tengok2 je. Lepas tu tgk anaconda nih....hiiii geli jugak. Tapi dah nak bergambo sgt terpaksa beranikan diri utk bergambo.....takut pun ada.
Kemudian kami meneruskan perjalanan dengan berjalan kaki di pulau tersebut untuk ke tempat ini. Haah naik bot yang tak pakai enjin. Sampan kolek orang kata. Kat sini kita boleh lihat carahidup org Vietnam ni yang cari mkn dgn mengangkut pelancong dengan bot mereka. Ramai perempuan Vietnam yang bekerja mendayung bot ni, kesian tengok kalau akak lah yang kayuh hai alamat tak berjalan lah bot tu. Kuat sungguh org2 pompuan Vietnam ni. Gagah perkasa mcm org lelaki. Semasa menaiki sampan ni lah yang paling best sekali. Betul2 happening. Sampan yang dikayuh menerusi celah2 pohon nipah yang sungguh nyaman dan tenteram. Boya pun ada dlm sungai ni. Hish seram jugak. Tapi bertawakkal lah kami semua. Jauh juga naik sampan ni. Semasa berada dalam sampan kami juga terserempak dengan group2 lain dari Singapura, Terengganu dan orang Malaysia yang kami jumpa kat pasar malam Ban Thanh tu. Semua asyik bagi Assalamualikum je dan kami menjawab waalaikummussalam...Walau pun sungai nya yang sempit sampan2 itu tak akan berlanggar antara satu dengan yang lain. Hebat sungguh pendayung sampan ni. Bila dah sampai pendayung2 tu akan minta tip. Ada group yang bagi tip ada yang tidak. Akak bagi je VND20k kesian tengok depa mengayuh dengan bersungguh2 mesti penat kan. Agak nya gaji depa byk mana pun tak tau lah. Depa pun harapkan dpt tips je utk tambah duit poket kan....Jom layan gambaq
Haah beraye sakan no....jual sayur ke? |
Selepas sampai diperhentian yang ditetapkan kami pun turun dari sampan dan menunggu rakan2 yang lain sampai. Kemudian berjalan lagi di tepi denai2 sungai untuk ke kawasan yang lebih dalam utk menaiki bot berinjin yang akan membawa kami ke satu daerah lagi iaitu Ben Tre untuk melihat bagaimanakan perusahaan candy kelapa dibuat. Permandangan mmg cantik langit dah biru tapi sayang air sungai di muara laut ni warna coklat susu....dah tercemar kot.
Buah labu air yang awesome. |
Buah nipah ni mmg dijual dan isinya sungguh sedap. Bagi sesiapa yang tak biasa makan leh cuba rasa dan makan isinya seperti buah nau tapi lebih lembut sedikit daripada buah nau. Akak dah penah makan kat kampung atok akak di Kg Alor Kubu Bagan Serai satu ketika dahulu. Mmg sedap letak air gula dan ais...hmmm sdp.
Ni lah tempat org tempatan membuat coconut candy. Akak tak beli pun tak de tanda halal. Tengok je la bau mmg sedap gila. Banyak juga barang2 yang dijual yg diperbuat dari bahan pokok kelapa. Mmg kreatif org2 Vietnam ni mcm2 depa reka dan buat. Akak beli sudip nasi yang dibuat dari batang pokok kelapa sebagai kenangan. 3 batang sudip RM5.
Selepas tu naik bot lagi pergi ke stu kampung yang mempunyai dusun buah2an. Di perkampungan ini kami dijamu dengan buah2an tempatan seperti nenas, ciku, betik dan pisang serta buah tembikai. Cukup2 je dia bagi satu meja ada tempat duduk 6org. Jadi buah2an pun 6 juga. Makan sorg satu je. Kat pulau ni makanan mmg semua tak halal jadi kami hanya makan buah je le. Lepas ni baru akan dibawa untuk mkn tengahari di satu pulau lagi. Sambil menikmati hidangan buah2an kami di dendangkan dgn lagu2 tradisi org2 Vietnam. Hmmm satu patah haram pun tak faham. Dengar muzik je le. Tiap2 atas meja seorg dari kumpulan penyanyi tersebut meletakan bunga. Pada mulanya kami tak tahu utk apa bunga tu. Rupa2nya bila dah dengar diaorg nyanyi dah habis boleh bagi sumbangan dgn menyelit duit di kelopak bunga tersebut. Oooo gitu ruphenya. Baru faham fungsi bunga tu.
Selit duit kat bunga macam ni lah. |
Dekat pulau2 ni mmg ada jualan juga seperti beg dan souvenier tapi tak sempat nak shopping pun sbb guide kami Mr Queen dah terjerit2 nak cepat. Mcm tak bagi kami shopping kat sini je. Mungkin kat sini lebih murah harganya berbanding di HCM City. Ntah lah....
Masa hujan lebat laut ada sikit ombak kami disuruh pakai life jaket. |
to be continue.....
Salam sayang,