Bendera Negara Germany |
Dari Bandar Interlaken Switzerland perjalanan memakan masa hampir setengah hari juga....kami kene sampai di St Goar, Germany jam 3.00 petang kerana tiket untuk naik Loreley Linie Cruise Rhine River pada waktu tersebut. Di pertengahan jalan masa makan tengahari kami berhenti di satu tempat hentian rehat. Apa lagi dah sejuk2 gini mula lah perut menyanyi lagu keroncong...laparq...hmm kami pun turunkan beg bekai dan cari pot yang sesuai untuk makan. Mmg jumpa port tu...tapi mak ai...angin dia punya sejuk nak mampus....sampai terbang habis pinggan mangkuk plastik kita orang. Nasi pun jadi beku mcm ais....
Nah ai amik ko bwa periuk nasi lg best makan.... |
Selepas mkn tengahari selesai kami meneruskan lg perjalanan untuk kejar waktu ke Jeti Rhine River Cruise. Mmg masa ni terkejar2 jugak takut terlepas cruise tu. Alhamdulillah kami semua sampai lebihkurang jam 2.00 petang kat bandar St Goar tu jd adala masa sikit nak shopping2 souvenir kat kedai2 berhampiran jeti tersebut. Tapi tak lah berapa byk kedai yang ada kat situ....boleh le.....
Sepanjang jalan ada kincir angin. |
Katz Castle |
Apa lagi sementara menunggu Cruise kami semua click click dulu amik gambo ler. Negara cantik permandangannya....kagum dgn keindahan alam semulajadi nya ada itek lagi leh main kejar2 lg...jom layan gambaq.....
Ni la cruise yg kami akan naik nanti. |
Menunggu cruise sampai. |
Menuyusuri Sg Rhine ni merupakan satu pengalaman yang tidak dpt akak lupakan seumur hidup kerana Sg ini mempunyai byk sejarahnya yg tersendiri. "Rhine" bermakna "mengalir".....sg ini bermula dari Pergunungan Alps Swiss hingga ke Belanda dgn 1320km panjangnya. Sg Rhine ini melintasi lapan negara Eropah Barat iaitu Swiss, Italy, Liechtenstein, Austria, Germany, Perancis, Luksemburg dan Belanda. Sg ini merupakan nadi utama penduduk Germany. Di tepi kiri kanan nya terdapat ladang2 anggur dan bangunan2 lama zaman dahulu. Sungguh unik sekali. Byk juga kapal2 kontena barang yang menyusuri sg ini. Jagi sg ini merupakan jalan utama di Germany selain jalan darat dan keretapi dikiri kanan sungai ini. Perjalanan menyusuri Sg Rhine ini memakan masa lebih kurang 1 jam 15 minit je. Menaiki Loreley Linie Cruise di lembah loreley yang mempunyai sejarah tersurat....Puteri Loreley memandang dari atas istananya di atas bukit yg membuatkan byk pengemudi2 kapal terpesong arah kemudinya kerana asyik memandang puteri tersebut.
Maus Castle ~ Burg Maus ~ Mouse Castle |
Hotel penginapan kami |
Lepas naik cruise tu kami dibawa pula utk pi tgk kedai org buat wine dan dapat minum free lagi tapi kami tak pi tgk pun sbb tak sesuai ngan kami. Kami ngan keluarga Aishah dr Afrika tu tak pi, yg lain semua pi. Apa lg kami shopping lg di kedai2 berdekatan kat situ. Beli souviner je.....kami semua borong beg corak bunga Inggeris....murah juga sbb kedai tu baru dibuka....promosi kot....tak silap owner dia mmg asal dari Malaysia....
Lewat petang tu kami pun check in kat hotel ni....Hotel Rheinlust....hotel selesa sangat. Ada wifi free lagi.....apa lg online le....bg maklumat dan info pd kengkawan dan famili.....
Malam tu kami ada dinner....enjoyed....kami join juga tgk omputih main piano dgn nyanyi2 mmg best utk halwa telinga lagu lama2 semua....mmg sedap. Mlm tu kami dok dlm hotel je tak kuar pun sbb sejuk sgt....lagi pun sok dah nak bertolak pi Holland pulak....
Ni semasa pagi sebelum bertolak ke Holland akak sempat bergambo kenangan depan hotel penginapan akak dan bergambar lagi di tebing Sg Rhine ni. Dalam hati berdetik juga bila la lagi dapat jejakan kaki kat sini ntah lah....ok lah hga berjumpa lagi di lain entry.....hmmm dh penat akak ni tak habis2 lagi dok buat citer Europe ni.....rasa dah lemau citer akak ni....thanks kepada semua yg singgah kat blog akak ni....ok babai.....tgu citer Holland orait....