Rabu, 12 Jun 2013

BELANDA OR HOLLAND OR NETHERLANDS......ZAANSE SCHANS DAN VOLENDAM.

Assalamualaikum semua.....I'm going to visit Holland and i want to see....Tulip Fields, Windmills, Old Castles, Dutch Towns & Cities, Old Dutch Paintings and culture & museums. Bila dah sampai sana satu je tak tercapai iaitu ladang tulip kat Kuekenhof tak dapat nak pi tgk sbb dia tak bukak lagi waktu akak pi tu. Dia buka lambat pula iaitu pada 18-29 April 2013. Selalunya dia buka pada Mac setiap tahun tapi tahun ni agaknya cuaca tak menentu....perubahan cuaca dunia....tak ada rezeki akak la nak tgk tulip kat Holland ni....hmm tgk dlm mimpi je la 7million tulips tu. Lain kali lah yer......Holland ni bukan shj terkenal dgn bunga tulip nya tetapi juga dengan kincir angin yang terdapat di negara itu. Kincir angin ini merupakan warisan budaya negara Holland dan ianya menjadi ikon utama negara tersebut tak heran lah jika negara itu di sebut sebagai "Negara Kincir Angin".

Netherlands National Flag
Bendera Negara Belanda.
Netherlands Emblem



Pagi 25 Mac 2013 kalau tak silap akak lah....seawal jam 7.30pagi kami semua dah ready utk bertolak ke Holland ni. Dgn menaiki bas yang dipandu oleh Gary seorg pemandu yg berhemah sepanjang tour kami di Europe ni. Gary sungguh cekap memandu bas dan sentiasa mematuhi undang2 jalan raya. Agaknya pemandu2 bas kat Europe ni semua cam tu kot....seorg pemandu yg berdisiplin dan sentiasa berhati2 di jalan raya. Setelah lama berada didlm bas akak pun turun dihentian rehat di satu tempat yang indah dan nyaman udaranya. Cuaca pada hari ni mmg sangat cantik dan indah. Akak berasa puas kerana dapat menyedut udara Europe yang bersih dan segar serta nyaman.
Ini lah Gary.

Berhenti disalah sebuah hentian rehat.









Perjalanan kami memakan masa lebih kurang 4 hga 5 jam juga baru kami sampai di Zaanse Schans, sebuah perkampungan orang Belanda di Holland. Zaanse Schans ini terletak di Baratlaut Bandaraya Amsterdam yang menjadi tarikan utama pelancong seluruh dunia. Di kampung ini lah dapat kita melihat kebudayaan orang Belanda. Apa yang istimewa terdapat disini adalah terompah gergasi kuning dan kincir angin purba serta rumah2 orang Belanda kuno yang sangat unik. Permandangan sungai Zaanse Schans juga sangat menakjubkan kerana pada hari akak sampai disitu sungai tersebut beku dgn ais batu.....MashaAllah....cuaca yang amat dingin sekali hingga menusuk ke tulang hitam aduh...sejuk gedi....



Rumah2 di Zaanse Schans ini merupakan replika yang telah dibuat untuk para pelancong dunia. Keadaan diperkampungan ini seperti pada abad ke 17 hingga 18. Akak sempat mengambil angin diperkampungan ini dan rasa2nya mcm berada di sebuah perkampungan Belanda zaman purba pulak. Sungguh happening sekali....mmg best....Zaanse Schans ini dibuka untuk orang ramai sepanjang tahun. Masuk percuma. Jika nak masuk muzium je kena bayar. Zaanse Schans ini dibuka 7hari seminggu bermula dari jam 9pagi hingga 5petang.


Bengkel terompah.
Ha... ini lah terompah gergasi kuning yang menjadi tarikan semua orang yg berkunjung ke sini. Terompah ini dipanggil "KLOMPE",
atau "CLOG". Kalau kita kat Malaysia ni panggil kasut kayu je... akan tetapi terompah ni unik sikit dan amat cantik serta ringan jika dipakai. Ramai orang Q nak ambil gambar dalam terompah ni ye la nak buat kenangan manis gambar tu...dtg dari jauh tapi tak bergambar pula dgn terompah gergasi ni mana buleh kan kan....ha ha ha....






Ni lagi besar terompah gergasi nya.





Kesian kat itek2 ni kesejukan dan kedinginan tahap gaban....tengok tu air sungai pun jadi ais. Manusia pun sejuk inikan pula binatang. Nak cari makan pun susah sebab air dah jadi ais. Jom layan gambaq.....


















Kedai kedai souvenir juga byk di sini.













Selepas melawat perkampungan Zaanse Schans kami bertolak ke satu perkampungan kecil nelayan di Volendam pula. Mak ai sejuk giler...laut pun jadi ais....beku....akak terpukau dgn rumah2 yg teratur di tepi sungai ini yang sgt cantik dan bersih. Sejuk mata memandang....mmg dah sejuk berangin pun kat sini.....kami berjalan di tepi pantai menuju ke deretan kedai yg berada di Volendam ni. Terdapat byk kedai2 yg menjual souviner dan bermcm2 brgan lagi. Dari jauh udah terbau ikan salmon goreng dan ikan kod goreng mmg terasa enak dan kecor air liur....kami pun mkn di sebuah restoran halal di sini. Mmg sedap....restoran makanan laut.....seafood mahal yang amat sgt jika mkn seafood dia.....










Akak tak pakai pun kostum ni mahal 10Euro. Lagi pun tak sempat nak pakai kerana mengejar masa.



Kemudian kami dibawa ke kedai membuat Cheese dan terompah(Klompe@Clog) yg terkenal di Holland ni. Mula2 dengar taklimat cara2 membuat keju dengan berbagai rasa dan perisa  yang ada. Yang akak igt keju ni dibuat dgn susu lembu dan sejenis bahan rennet. Dalam penerangan tersebut keju ni ada yg tahan bertahun2 lamanya. 



Dalam kedai yang sama kami ditunjukkan cara2 utk membuat terompah kayu pula....demontrasi membuat terompah kayu yang terkenal di Belanda ini. Ada bermacam2 jenis terompah ni ada yang mahal dan yg paling murah pun lebihkurang 100Euro. Brother ni kata zaman dulu masa winter tak buleh nak bercucuk tanam mereka buat terompah ni lah. Tapi zaman sekarang org sana dah moden dah tak pakai lagi terompah ni semasa bertani...hanya org tua2 saja yang masih pakai. Akak tak beli pun. Kak Missnah ada membeli sepasang klompe ni utk buat kenangan katanya dan utk dipakai utk siram pokok2 bunga di halaman rumahnya.....Ya trademark Belanda....Keju dan Terompah kayu....
























Kak Missnah tak sempat bergambar di Zaanse Schans bila jumpa terompah kat sini terus amik gambar utk kenangan.
Selepas melawat2 tempat di sini kami pun dibawa ke Amsterdam. Hotel kami di Amsterdam. Jadi kami diberitahu sekiranya pada waktu malam nanti ada yang mahu ke Bandar Amsterdam bas ada disediakan tapi balik dgn bas yang di chartered pada jam tertentu akan tetapi jika terlepas bas tersebut kene balik sendiri lah ke hotel....Akak rasa dah penat dok menaip macam burung belatuk ni....mata pun dok nampak capoi dah....tgu lah no...nti akak citer lagi pasai Amsterdam diwaktu malam ni......jeng...jeng...jeng....tgu tau....pengalaman akak dan kawan2 yang telah separuh abad baru dapat melihat Bandar Amsterdam ni....Ibarat Syurga Dunia? Patut lah orang lelaki tersangatlah suke.....ok bye....bye....hga berjumpa lagi di entry Amsterdam Ibarat Syurga Dunia.....

to be continue.........

Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

© MY JOURNEY | Design By MaiGraphikDesign