Rabu, 19 Jun 2013

BRUGGE....BELGIUM INDAH MEMPERSONA IBARAT "LITTLE VENICE....."

Assalamualaikum semua......Brugge macam Venice kedua betul ke? Entahlah akak pun tak pernah pi Venice kat Italy tu tak gheti nak cakap lah. Ya la depa kata Brugge ni ibarat Little Venice. Depa kata jugak Brugge ni adalah kota sungai. Ni pun akak tak nampak masa akak pi Brugge hari tu....Akak sampai ke Brugge hari tu dah jam 12 tengahari. Turun je dari bas tourist guide kami kata kene ada disini jam 3 petang bas akan tgu disini. Jadinya kami ada masa cuma 3 jam saja kat Bandar Brugge ni. Sungguh singkat masa nya. Mana nak makan tengahari lagi mana nak shopping lagi mana nak posing lagi dan mana nak jalan2 cuci mata mmg lah tak sempat deknon oi. Sebabnya kami nak kejar ferry semasa menyeberangi Selat Inggeris nanti. Ferry jam 5ptg.
Kedudukan Bandar Brugge ni terletak di Utara Belgium dan agak terpencil sedikit drp jalan utamanya. Brugge merupakan sebuah pekan kecil yang sgt cantik dgn bangunan lamanya. Akak sgt terpesona dgn keindahan pekan ini dan rasa tak cukup masa je nak berjimba-jimba disini. Nak tgk terusannya, nak naik cruise nya dan mcm2 lagi tapi apakan daya tak sempat semuanya. Walaupun masa terhad akak tidak menyesal kerana sempat juga kami shopping2 dan jalan2 cuci mata di kedai2 yang berjenama di kiri kanan pekan Brugge ini. Akak tergoda dengan rumah2 nya yang cantik dan mempunyai design tersendiri. Jom layan gambaq.....





Shell pun ada.










Stesen Bas Brugge.


Di sini lah kami diberhentikan oleh Gary si pemandu bas tu. Ini adalah Zand Square Brugge.  http://youtu.be/w_vx_TJGUsg























Memang kami tak sempat, kami cari restoran halal kehulu ke hilior   tak jumpe....kami jumpa pun restoran halal yang ditutup, tak berniaga kot. Dah jumpa tutup pulak restoran tu.....akhirnya kami jumpa kedai jual buah dan kami beli buah ada beli pisang, ada beli apple ada beli anggur. Makan buah la kami hari ni.....Yaya dan Kak Meen terpisah dgn kami....tetiba Yaya dan Kak Meen terjumpa dgn kedai kebab halal diaorg ni prihatin terus beli makan utk kami semua bungkus. Hmm apa lagi sapu abis lah sbb lapar di Zand Square ni lah kami semua menikmati kebab halal yang paling sedap sekali....tak kan jumpa dah no.....tq Yaya dan Kak Meen sbb igt beli mkn utk kita org.

Gambaq2 di bawah ni akak amik kat google je....ni la yang akak terkilan sedikit sbb kami semua tak sempat nak tengok Little Venice ni....apa lg nak merasa pun tentu jauh sekali lah....sbb ntah lah bila dpt pi lg ke Belgium ni. Tak pa la nak buat macamana dah tak dak rezeki nak tengok dan tak dak rezeki nak amik kenangan kat sini lain kali lah no....kot kot ada rezeki buleh dtg balik kat sini. Sebuah pekan yang cantik dengan keindahan warna warni alam dan sangat bersih. Tengok gambaq pun jadi lah boleh dapat bayangkan.....jom layan gambaq......

















File:Bruges canal corner.jpg

brugge_01.jpg
Tepat jam 3ptg kami semua dah ada atas bas nak pergi ke France semula utk menyeberangi Selat Inggeris dengan ferry. Cukuplah di sini akak coretkan sbb Brugge ni mmg best tempat nya sesiapa yang datang Belgium ni singgah lah di pekan kecil yang indah ini....bak kata pepatah "Venice Of The North". Bye bye Brugge.....hingga ketemu lagi di lain N3. Entry seterusnya atas ferry menyeberangi Selat Inggeris.....tunggggguuuu.....

to be continue.....


Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

© MY JOURNEY | Design By MaiGraphikDesign