Hola hola hola......Spain.....
Assalamualaikum semua pembaca yang baik hati dan budiman. Ni akak nak sambung cerita lagi semasa akak g Europe tour pada bulan Mac 2013 tu...Hari ni hari yang ke 12(27 Mac 2013) akak dan kawan-kawan akan ke Spain pulak. Kami semua bergegas bangun jam 4pagi utk siap2 ke airport takut tertinggal kapal terbang pulak. Seawal pagi kami telah keluar dari rumah Bedford ke lapangan terbang Luton untuk ke Madrid. Rasa penat tak abis lg sbb baru balik dari Europe Tour tu... Sampai kat airport sempat juga solat subuh dan breakfast apa yg patut. Airport Luton ni sgt sibuk sekali org terlalu ramai. Kami akan menaiki Easy Jet ke Madrid. Allahhu Akbar... pemeriksaan di airport Luton sgt2 strict semua digeledahnya barang-barang dalam beg dan kasut juga kena buka berkaki ayam lah kami sekejap. Begitu juga beg hanya boleh di hand carry sahaja dan mempunyai sizenya yang tertentu kalau tak cukup size siap lah kene caj. Utk pengetahuan semua masa kat Luton ni beg akak lepas tapi alangkah sedihnya semasa mahu balik dari Malaga ke Luton beg akak sangkut dan kene denda 50Euro. Akak tgk beg dia orang sama je dgn beg akak. Tapi nak buat camna kan dah nasib nak kene denda bayar je la....Penerbangan kami memakan masa lebih kurang 3jam utk tiba ke Madrid.

Kami selamat sampai lebihkurang jam 11pagi kat Airport Barajas, Madrid. Tak lah besaq sgt airport dia....KLIA lagi gah. Kami pun terus cari transport untuk ke Bandar Madrid. Madrid merupakan ibu negeri Sepanyol dan sebuah bandaraya yang terbesar di Sepanyol ni. Akak ni dok dengaq pasukan bola sepak Real Madrid je masa kat Malaysia...rupa2nya pasukan tu dari Madrid Sepanyol ni. Tentu ramai dah penah dengaq kan pasukan tu....Selain terkenal dgn pasukan bola sepaknya, Madrid juga merupakan pintu masuk utama ke Sepanyol ni. Spain atau Sepanyol mmg terkenal dgn warisan sejarahnya, keseniannya, kebudayaannya dan keindahan alam semula jadinya yang memukau. Akak mmg sgt kagum dan terpegun melihat seni bina dan ukiran bgn2 di Spain ni amat unik sekali.
Tengah tunggu bas. |
Teksi di Madrid ada line merah. |
Dari airport kami naik bas je lebih kurang 10 minit sampai kat Bandar Madrid ni. Kami pun ronda2 dulu kat bandar ni sambil2 shopping sambil2 amik gambo sambil2 heret beg ke hulu dan ke hilir. Ye la sementara kami nak tgu train kami ke Cordoba dalam jam 3.00 petang, sempatlah kami berjimba2 dulu kat Madrid ni. Makan tengahari juga di sini. Kami akan bermalam di Cordoba hotel kami tempah kat sana.Jadi kami di Madrid ni cuma 2 ke 3 jam je.....tak puas rasa nya tak dpt melawat tempat2 bersejarah kat sini. Cuma dapat bergambo je tu pun tak tahu apa nama bangunannya. Jadi lah untuk kenangan masa depan. Puas dgn permandangannya yang cantik dan memukau sungguh2. Walaupun letih berjalan masih terasa akak dan kawan2 yang lain tetap digagahi juga perjalanan kami yang masih jauh ini.....
Bersama Kak Noli tuan rumah kat Bedford, UK. |
Memang akak dan kawan2 yang lain terkejar2 kat Madrid ni. Nak kejar train laju (AVE) ke Cordoba....mana nak cari stesen keretapi lagi. Hois gabra jugak takut terlepas keretapi tu. Madrid ni mmg bandar yang sibuk dan ramai pengunjung serta pelancong. Jadi kami pun get ready awal cari stesen keretapi. Alhamdullillah jumpa....dari Madrid ke Cordova lebih kurang 2jam perjalanan. Kami bertolak jam 3...jadinya jam 5 dijangka sampai ke Cordoba.
Di Cordoba akak akan tidor di Maestre Cordoba Hotel. Akak rasa cukuplah akak citer pasal Madrid ni nak citer lebih2 pun tak berapa gheti sangat sbb macam lipas kudung je akak kat sini tak cukup masa. Nak citer tempat bersejarah pun akak tak tahu sbb tak pi melawat pun kat sini. Hanya singgah sebentar je di Madrid ni....Bumi Matador yang dahulunya kepunyaan umat Islam....ya sok akak akan sambung pulak citer kat Cordova....tgu ya entry episod tergadainya bumi Matador ke tangan orang bukan Islam.....terlalu sedey sangat....Ok bye.....
to be continue.......