Selasa, 4 Jun 2013

WILDERSWIL, INTERLAKEN & SPIEZ SWITZERLAND....DAY 2

Hari kedua kat Switzerland.....pagi2 dah bangun awal makan sarapan yang dibawa....maggi cup, nasi pun masak juga nak bawa bekal nanti. Sbb hari ni acara bebas di Switzerland ni. Cuaca hari ni mmg sejuk bangat 3 darjah celcius...akak tinggal di Hotel Schonbuhl di satu perkampungan kecil di Wilderswil. Hari ni sapa2 yang nak bayar lebih utk ke Jungfraujoch(The Top Of Europe) akan dibawa oleh Expat Explore kat atas gunung tu....akak dah kira-kira weh mahal nya dekat2 RM500.00 sorg. Jadi group akak ambil keputusan tak mau tengok dan main salji kat atas tu lagi sbb kami semua dah puas main salji semasa kat UK hari tu. Jadi kami kene ada plan sendiri utk jalan-jalan ke Bandar Interlaken. Interlaken terletak diantara 2 tasik iaitu Tasik Brienz dan Tasik Thun di dalam wilayah Bern di Switzerland. Bandar ini diberi kurniaan lanskap pergunungan yang begitu indah dan sejuk mata memandang. Akak juga terasa jakun sekejap dengan permandangan yang dilihat sunguh2 mencuit hari dan perasaan kerana kebesaran Allah swt yang begitu "awesome".....Di Bandar ini juga para ahli sukan yg gemar dengan "adventurers" yg meminati sukan ekstrim spt 'skydiving', 'paragliding' dan bermain ski dapat memenuhi cita rasa mereka.
Jom layan gambaq......



Tu bangunan kuning air kat belakang tu....hotel kami tdo...atas bukit......

Hotel kami ni terletak atas bukit jadi kami kene turun bukit utk cari bus stop utk ke Interlaken. Mase turun ni ok le laju je....tgu le mase balik nti bepeluh weh.....Akak nak share ngan korang...kat kg ni rata2 rumah mcm rumah org2 kita org melayu siap ada seni ukiran lagi tu yg menarik perhatian akak. Jadi rumah2 di kawasan perkampungan ini masih menggunakan rumah yang diperbuat daripada kayu yang diukir sungguh berseni si tukang buat rumah ni....akak igt org melayu je leh ukir buat hiasan rumah berukiran begini omputih tak tahu buat la konon. Ghupe2nya deme lagi pandai buat ukiran hiasan rumah ni. Hah amik ko... Lagi satu rumah2 mereka idaklah berpagar tak mcm rumah kat Malaysia yg kebanyakannya berpagar. Rumah2 nya pun teratur dan bersih kawasannya. Akak mmg suka sangat dgn situasi mcm ni....Jauh juga kami menapak mencari bus stop akhirnya jumpa krn tanya org...mula2 tahan bas di sebelah jalan yg salah kene tgu bas di sebelah jalan sana....dok main lintas jalan pulak....geli hati juga sbb tak gheti....Kg ni mmg sunyi tak byk kete pun jadi kami amik kesempatan beposing sunguh2....asyik amik gambaq je....suke sgt cantik permandangannya......











Rumah nya ada ukiran berseni halus







Menunggu bas berejam2 tak mai2. Yang mai bas lain sbb satu jam sebiji bas jd kalau terlepas satu bas hai lama lah pulak nak nunggu lg satu bas. Beginilah keadaan kami yg terlepas bas yg mule2 tu...sbb ade org yg jln2 melenggang lenggok tak sampai kat bus stop lg jd kene tgu lah semua ade baru leh naik bas. Bas kat sini bukan mcm kat M'sia leh renti sesuka hati je amik penumpang....kat sini kene amik penumpang kat bus stop je...walau pun dah dekat kita lari dia peduli apa tak kan tgu nyer lantak la ko...lambat...Akhirnya kami lintas jln tgu bas lagi sambil bergambar mcm artis...lame gak weh tgu bas ni...dan akhirnya....















Akhirnya....bas pun sampai...tapi bukan bas ni...bas ni tak pi Interlaken. Cuma amik gambar ni sebagai mengisi cerita dlm blog ni je...hi..hi..hi...Dah naik bas pi town tgk permandangan yg sungguh2 mengkagumkan akak dan kawan2 sgt2 menarik dan cantik. Rase puas dgn kurniaan Allah yg bg rezeki kpd akak dan kawan2 dpt melancong ke Switzerland ni....Alhamdulillah....Syukur...



Dah sampai bandar Interlaken pun....sat saja tak sampai pun 10 minit duk dlm bas dah sampai.....kami semua apa lg meronda dan berjimba-jimba lah kat pekan yg seconet ni...Stesen bas dan stesen keretapi sebelah2 je....senang la nak naik keretapi nti. Boleh le ke hulu ke hilior....menikmati panorama indah ciptaan Allah swt yang ada di muka bumi ciptaan Ilahi ini....Apa lagi time tuk shopping.....tapi depa kata Switzerland ni taraf hidupnya tinggi selepas Negara Sweden. Mmg mahai kat sini guna CHF(Swiss Franc) matawangnya...Bahasanya pun byk ada 4 bahasa German, Italy, French dan Roman. Bahasa Inggeris pun ada gak tapi kureng sikit mcm akak ni ler....tapi depa ni semua frenly....









Ha nak tau turun tangga tu tandas ok....masing2 cari tandas sbb sejuk sgt.....biasa lah rombongan cik kiah ni rate2 nya yg umurnya 50an....tapi masih kuat berjalan ok....tabik makde....
Tengah cari pot nak lepak makan nasi bekai.
  
 Ni pot kami behenti mkn nasi belakang bus stop....omputih tgk je....kami x peduli mkn cepat2 sbb lapau.....selesai mkn jenjln lg tgk org terbang dari atas bukit tu....Sungguh menjadi pengalaman kami semasa di Interlaken ni sbb kami pandai2 jalan2 sendirian berhad je...main redah je...dah penat jalan lepak...tu yang best....



















Puas kami jenjln dan shopping tetiba rezeki kami ada kete kuda melintas...apa lg amik gambaq la....rase cam nak naik kete kuda ni tapi tak tertanya la pulak.....agak2 nya dia mmg amik org bawa keliling kota dgn kadar bayaran yg ditentukan agak2 je le....kalau dapek den naik kete kude tu hah den mmg dah jadi Cinderella ler....berangan je akak ni.....nk jumpe prince charming....









Bergambo dgn basikal pencuci tandas
Akak nak share citer ni.....si pencuci tandas....seorg wanita sungguh rajin mencuci tandas dgn ikhlas nya...patutlah tandasnya teramatlah bersihnya....tanpa rasa kotor si pencuci tandas ni mengelap bowl tandas dengan tangannya yg dipakaikan sarung tangan dan mengelap begitu teliti semua tandas2 tu dia buat mcm tu...akak tgk je sampai habis...siap dia pasang lagu lagi ikat kat perutnya sungguh terhibur dan happening...awesome.



Selepas dah puas jenjalan kat pekan Interlaken kami semua bercadang untuk ke sebuah pekan kecil Spiez namanya. Kami semua naik keretapi melalui denai2 sungai yang indah dan biru airnya yang dikelilingi oleh tasik2 yg berlatarbelakangkan gunung alps....adoiyai sungguh teruja kami semua dengan keindahan panorama yang sungguh menggamit perasaan. Salju mata memandang.....



Omputih ni selambe je w/pun kami ramai amik gambo kat situ....agaknya dia meluat tgk kami kot...






Ni Bandar Spiez
 








Puas kami bergambar di Spiez kami pun amik keputusan nak balik dan singgah kat satu supermarket berhampiran dengan Wilderswil iaitu Obeland Shopping bukan apa nak beli air dan jamu mata juga....kat sini terbeli la juga mcm2 beg pun beli juga sbb dah beranak2 brg2 dah tak muat isi dlm beg yg di bawa...nk buat camna mahai pun kene beli jugak....tu la tak mau belanja dgn berhemah sikit. Amik ko....tak hinnggattt...
..\














Lepas shopping kat Oberland ni kami semua dah sejuk gedi...dok tgk bas ke Wilderswil takut bas sampai jam 6.00ptg je takut terlepas bas la pulak. Apa lagi kami pun tanya org...hmmm kan dah kata bas dah abis...hmmm kene menapak lagi la utk balik ke hotel penginapan kami....hai kalau dok kat Europe ni leh jadi kurus ceding akak ni...exersize bejalan kaki je...kami pun menapak lah pelan2...agak jauh juga kami berjalan kami nampak bas ke perkampungan Wilderswil tu tapi kami tak leh tahan bas tu sbb kami tgh bejalan kaki di bahu jalan bukan bus stop adoooiiii...dalam hati ada juga telintas kenapa omputih tu tipu kami kata bas dah habis....agaknya dia tak faham kot apa kami cakap....kami pun jalan lagi ke bus stop yang berhampiran dan tunggu bas di situ...akhirnya bas pun sampai dan kami balik ke hotel....rasa lega je...Itu lah serba sedikit pengalaman akak dan kawan2 akak semasa di Switzerland ni amat2 meninggalkan kenangan dan kerinduan dengan permandangan dan negara yang bersih dan tenteram sgt2 teruja....bila la akak dpt dtg lagi tak tau lah...jika ada unur dan rezeki lebih bolehlah akak bercuti ke Switzerland lagi kerana byk lagi tempat2 yang menarik yg akak belum sempat pergi melawat. Malam tu kami semua berkemas untuk perjalanan seterusnya pagi besok ke Germany pulak....tgu entry akak akan datang tau...hga berjumpa lagi bye......







Hah tu dia hotel kami dah sampai pun....Alhamdulillah....esok akak akan pi Germany pulak....tak sabaq nak tgu esok....bye....


to be continue.....
Komen
4 Komen

4 ulasan:

milla berkata...

Kak..naik bus n train ke city berapa tambangnya sorang?perfume murah ke sana coz nmpk ada gambo kedai perfume...hihi

Unknown berkata...

Brg2 kat swiss ni semuanya mahai2 lebih baik shopping kat london lg murah.Tiket bas ngan train tu rasa2nya expat bg. Jadi ada tiket tu leh naik mana2 stesen kita nk pi. Mcm swiss pass. Akak dah x berapa ingat dh.

liza berkata...

Salam perkenalan kak...

Apa yg best dkt Spiez? Dari train stn. tu nak ke jeti bot jauh tak? Plan nak balik ke Interlaken guna bot..

Unknown berkata...

Salam berkenalan Liza, Kat Spiez tu tak dak apa yg best pun mcm kat Interlaken lg best. Dr stesen ketapi pi jeti tak tau lah dekat ke tak sbb akak tak pi ke jeti pun ari tu. Intresting juga kalau Liza balik naik bot pi Interlaken. Mesti best... bila Liza nak pi?

© MY JOURNEY | Design By MaiGraphikDesign