Assalamualaikum semua....meh akak sambung citer akak kat Amsterdam pula.Selepas balik dari tgk demo omputih tu buat terompah akak dibawa ke Lake Land Hotel untuk penginapan pada malam tersebut. Hotel nya terletak di tepi laut memang best dan sangat2 indah permandangannya. Sunsetnya dan lautnya yang membeku jadi ais. Akak diberitahu kejadian cuaca yang begini hanya terjadi 2 kali sahaja semenjak tahun 1930 yang lalu. Patutlah sejuk bangat...dengan angin yang kuat....menusuk ke kolbu....
Malam tu kami berlima keluar....Mak De, Cek Ra dan Cek K tak kuar. Kami gagah juga kuar dgn cuaca yang sejuk dan dingin tu serta hujan renyai2 manje gitu....walaupun penat siang tadi masih terasa dek nak tgk Bandaraya Amsterdam diwaktu malam yang ramai org kata "Syurga Dunia", tu kami nekad ikut group yg Paula bawa ke Amsterdam pd mlm tersebut. Sesampai di Amsterdam kami turun je bas dan mulalah berjalan kaki......rasa2nya kami jalan kaki ni berbatu batu gak dari satu tempat ke tempat yang Paula bawa tu....hingga lah kami di bawa ke satu lorong sempit yang di namakan "Red Light District", yang terkenal di Amsterdam ni...,kami mulanya terkejut besaq la juga sambil mengucap dua kalimah syahadah dan byk beristigfar ye la kami ni semua dah 50an dibawa pi tempat cam gitu...tekejut berok la....kami jalan pun tunduk2 je sbb malu bebenor....hah padan muko nak poi tgk gak kawasan tu....adoi....Rupa2 nya kawasan yang kami pi tu merupakan satu kawasan yang diperuntukkan untuk pelacur yang dibenarkan. Daerah ini mempunyai ratusan ruangan yang kecil yang nampak macam bilik2 kotak satu bilik yang disewa oleh pekerja sex yang memberi service di belakang cermin dan dihiasi dgn lampu neon merah yang disebut Red Light. Terdapat ramai wanita2 yg bermacam2 bangsa dan warna kulit yang setia menunggu pelanggan dalam cermin2 kaca itu. Sekiranya hasil drp tawar menawar dgn guest nya berhasil pintu pun dibuka dan guest itu masuk dalam bilik cermin tersebut dan langsir pun di tutup. Lampu kat luar pun dinyalakan dengan warna merah tanda no entry di atas pintu bilik itu. Tengah menyervis le tu....ahaks....Tempat inilah yg menjadi daya tarikan pelancong yg berkunjung ke Amsterdam ni...Disini juga dadah dibenarkan dijual secara berleluasa, ganja juga tetapi kene berhati2 jika nak beli brownies atau kuih tat kerana diisi dengan ganja...terdapat juga live sex show. Di kawasan ini tidak boleh ambil gambaq kerana salah jika kita tangkap gambaq ni nanti kene denda ngan polis pulak....ye la kat sini dah lah buat maksiat x salah yg amik gambaq bersalah la pulak....terbalik kod....Akak pernah terbaca satu artikel mengenai Amsterdam ni dan satu istilah yang masih akak ingat ialah "Good Girls Go To Heaven, Bad Girls Go To Amsterdam". Jom layan gambaq.....tapi tak berapa terang kabur je gambaq akak snap waktu mlm ni tak pandai nak snap....
Jalan keretapi di tengah-tengah bandar hati hati takut terlanggar dgn keretapi. |
\
Malam tu kami dah tak larat nak jalan dah sebab hujan dah mula jadi gerimis dgn sejuk yang amat sgt dah penat jalan pun ada jugak jadi kami amik keputusan masa group kami masuk tengok show dan minum2 kami dok kat luaq ja...disbbkan juga cuaca yang terlalu sejuk kami pun berpisah dgn group tu dan pi jalan2 didalam supermarket dekat2 situ bila masuk dlm kedai tak lah sejuk sgt....bas yang dicharted lambat lagi jam 10.00mlm. Kami berlima pun dok berlegar2 lah kat kawasan kedai tsbt sampai kedai pun dah nak tutup dihalaunya kami kuaq. Apa lagi bila kuar je sejuk mengcengkam berjalan lah kami lima org ni berpeluk2kan ke tempat yang kami kena tgu bas.... hujan dah makin lebat...takut pun ada sbb kami semua pompuan...tiba2 bila kami berteduh disatu bangunan disebalik tiang besar sorg lelaki berlari2 datang kepada kami dan menyebut2 Paula Paula...mulanya kami cuak juga tapi bila dia sebut Paula kami pun cakap yes Paula from Expat Explore...lelaki tu ckp dia pemandu bas yang kan bawa kami balik ke hotel. Mula rasa takut gak nak ikut naik bas tapi sejuk sgt kami naik bas duduk dlm bas yg ada heater lagi sementara tgu group yg lain datang. Punya baiknya pemandu bas ni siap bagi selimut lagi kat kami....pemandu ni dari Portugal bekerja di Amsterdam dah lama sebagai pemandu bas masih bujang....tapi baik sgt....dia suka melancong dan bulan Feb, 2014 dia akan dtg bercuti kat Malaysia....katanya....Jam 10.00mlm semua group dah sampai dan kami semua dibawa balik ke hotel utk bermalam. Sampai hotel terus bumbum....
Keesokan harinya seawal pagi kami bangun untuk bertolak balik ke UK. Kami akan singgah di Belgium iaitu di Bandar Bruges. Perjalanan lebihkurang 5 jam juga sampai Belgium.....ok lah selamat tinggal Amsterdam...tgu akak akan cerita mengenai Belgium pula walaupun masa sedikit dan suntuk tetapi memberi kesan yang mendalam pada akak....hga jumpa lagi di entry yang lain.....tqvm kerana sudi singgah di blog akak ni.....bye...bye...
to be continue.....