Sabtu, 6 Julai 2013

CORDOBA, SPAIN

Assalamualaikum....semua....tak habis2 akak dok sambung citer Spain ni....ok lah lets begin...dari Madrid hari tu akak dan kawan2 naik ketapi pi Cordoba. Sepanjang perjalanan akak menikmati permandangan yang cukup indah sekali dgn kebiruan warna langit dan terdapat byk nya ladang2 buah zaitun yang diusahakan penduduk di Spain ni. Mata ni mmg rasa amat mengantuk nak terlelap tetapi akak tahankan juga kerana permandangan yang bakal diamati tidak akan bertemu lagi dalam hidup akak. Akak beranggapan begitu krn entah bila la pula akak boleh sampai di sini lagi....sungguh indah bumi mu Tuhan.....Bumi Andalusia....teringat pula akak pada lagu yg Dato' M Nasir dendangkan.....


Ni akak amik kesempatan nak citer sikit buah yang disebut dalam Al-Quran ni iaitu Buah Zaitun atau nama botani nya Olea Europea,  pokok ini byk ditanam di kws Mediterranean akan tetapi kws penanamannya yg utama adalah Sepanyol. Didlm Al-Quran, buah zaitun disebut oleh Allah sebanyak 7 kali iaitu 2 kali ia disebut bersendirian manakala 5 kali lagi ia digandingkan dengan beberapa buah lain seperti tamar, delima, anggur dan buah tin. Allah menceritakan khasiat buah zaitun ini dalam firmanNya yang bermaksud "Dialah, yang telah menurunkan air hujan dari langit untuk kamu, sebahagiannya menjadi minuman dan yang sebahagian lagi untuk menyuburkan tumbuh-tumbuhnya, Dia menumbuhkan bg kamu dgn air hujan itu tanam-tanaman spt; zaitun, kurma, anggur dan segala macam buah-buahan. Sesungguhnya pd demikian itu benar2 ada tanda(kekuasaan Allah) bg kaum yg memikirkan"(An-Nahl[16]:10-11). Kandungan asam linoleik yg terdapat dlm buah zaitun ini sgt bermanfaat kpd ibu2 yg menyusui anak. Manakala minyak zaitun pula sgt baik dan berkhasiat utkdigunakan dlm masakan dan baik utk kulit.Itu lah serba ringkas ttg buah zaitun ni......

Ladang buah zaitun sepanjang jalan kenangan.








Kak Noli dan Mimie...Ibu dan Anak.
 Akak dan kengkawan sampai lebih kurang jam 5 petang di Cordoba. Kami naik bas pula ke hotel yg telah di tempah iaitu Hostal Maestre. Ok la hotel tu selesa jugak tapi tak ada lif naik tangga di lorong yg sempit dan berbiku2. Curam tangga tu kene hati2 naik takut terjatuh....maklumlah group akak ni semua dah otai2....Petang tu kami semua check in dan simpan bag dan terus turun semula utk melawat Masjid Cordoba kerana masa dah tak ada sbb esok dah nak pi melawat Al Hambra pula 1hari. Jadi masa ptg ni lah yg kami ada utk melawat Masjid Cordoba ni. Kami berjalan kaki je ke Masjid tu. Lebih kurang 15 minit kami sampailah ke kawasan Masjid yang tersergam indah. Ye....Bumi Andalusia dgn Tamaddun Islam tertua di sini.


Cantik lobby hotel ni byk hiasan dinding. Mmg stail kat Spain hiasan mcm gini.


Urusan Check In


Berjalan ke lokasi Masjid Cordoba


Sewaktu kami berjalan di lorong2 sempit menuju ke Great Mezquita De Cordova (Mezquita dlm bahasa Sepanyol sama dgn Masjid) tu kami merasa pelik bin ajaib kerana byknya terdapat pokok2 limau oren ni...yg buahnya jatuh bergelimpangan di atas tanah. Rasa ingin tahu yg mendalam menyusup dalam kalbu kenapa buah ni org tak kutip org tak mkn ka? Timbul persoalan dlm hati....mesti sedap buah ni kalau dilihat dgn imej buah nya yg besar dan warna yg menarik. Nak tanya org pun tak tahu nak bercakap bahasa Sepanyol.....ye la cakap ayam dan itek boleh le....Bayangkan sepanjang perjalanan kami ke Masjid Cordoba tu di kiri kanan bandar ni dipenuhi dgn pohon sitrus yg berbuah  lebat. Terasa geram telah menghantui diri ingin memetik buah itu....tapi apakan daya akak hanya mampu mengutip buah yg jatuh ke tanah dan menciumnya. Baunya mmg sama mcm buah limau mandarin yg dijual di Msia tetapi sizenya besar sedikit. Kami ada tanya juga org2 yg lalu lalang kat situ ttg buah oren tu. Rupa2nya deme tak mkn buah tu buah tu ditanam sebagai pokok hiasan jer.....hmmmmmmm amik ko....patut pun.....















Akhirnya kami sampai di pintu gerbang ni. Pintu masuk la kot....sejujurnya akak tak pula buat research di blog2 secara terperinci sblm dtg kat sini. Ye la kan nak teroka Bumi Andalusia ni....harapan akak hanya satu jer nak dtg tgk Cordoba yang pernah menjadi lambang Islam yang termasyur satu masa dan ketika dahulu. Cordoba mmg amat cantik. Jika dilihat pintu gerbangnya binaannya masih dijaga rapi. Begitu uniknya binaan org2 Cordoba dahulu kala kerana Masjid ini dilengkapi dgn sistem pengairan yang moden, di mana pokok2 oren, zaitun tumbuh segar dalam kawasan Masjid ni dgn sistem longkang yg dibina bg memudahkan pengairan di pangkal2 pokok2 yg ditanam. Setiap longkang akan bertemu dgn pangkal pokok dan perkara ini akan menjimatkan masa untuk penyiraman pokok2 ini. Bijak bijak...



Cordoba merupakan sebuah kota peninggalan Kerajaan Islam di wilayah Andalusia, Sepanyol. Nama Cordoba amat gah suatu ketika dahulu sebelum ianya diserang tempur oleh tentera Kristian.
 La Mezquita (Great Mosque atau Masjid Besar) merupakan tarikan utama di kota ini. Masjid bercirikan Moor yang dibina oleh Raja terkenal abad ke-10, Abd ar-Rahman III menjadi mercu tanda keagungan dan kemahsyuran pemerintahan Islam Andalusia yang terakhir. Setelah penaklukan semula Kristian di Cordoba pada 1236, masjid ini telah ditukar menjadi Gereja penganut Katolik. Maka di dalam masjid ini didirikan binaan2 penyembahan Jesus, Maryam dan pelbagai Saints serta didekorasi dengan elemen-elemen Kristian, namun senibina asal masih dikekalkan serta masih kelihatan mimbar atau mihrab yang berkiblatkan Makkah.
 Masih lagi jelas tertera beberapa petikan dari ayat-ayat suci Al-Quran. Tulisan Arab masih terdapat di dalam kawasan utama masjid bertindihan dan bercantuman dengan gambar-gambar lukisan mistik Kristian. Kami berjalan-jalan menyusuri lorong-lorong sempit sekitar La Mezquita, lorong sempit berturapkan batu-batu keras bersegi empat yang disusun rapat dan kemas,  pokok-pokok bunga di dalam pasu yang bergantungan, motif-motif dekorasi yg indah serta wajah-wajah penduduk yang mirip orang2  Arab, semuanya seakan menggambarkan kehidupan sebenar berpuluh abad yang lampau. Bangunan di sini terpelihara dengan baik dan kelihatan masih kukuh serta mengekalkan keasliannya.
Mezquita atau Masjid Cordoba sekarang telah dijadikan sebagai sebuah gereja besar walaupun pada asalnya adalah sebuah masjid. Sedih kan.....Cordoba mempunyai penduduk kira-kira 250,000 orang. Semasa pemerintahan Islam, ia menjadi ibukota wilayah Andalusia. Puncak kegemilangannya adalah semasa pemerintahan Abdul Rahman III (912 - 961). Ketika itu ia adalah kota terbesar di Eropah Barat lengkap dengan masjid, perpustakaan, universiti, pasar dan balai. Ia adalah kota ilmu dan budaya, pusat sarjana Islam, Yahudi dan Kristian berkarya dan berwacana. Ilmuwan yang lahir di kota ini antaranya Ibnu Rushd dan Musa bin Maimun.
Bahagian paling menarik di bandar ini adalah Kota Zaman Pertengahan, diisytiharkan UNESCO sebagai Tapak Warisan Dunia, di mana di sinilah terletaknya masjid Cordoba.
Kawasan masjid yang berkeluasan 24,000 meter persegi. Masjid Cordoba sungguh indah walaupun 12 abad berlalu, kehebatannya tetap kekal mempesona hingga kini. Laungan azan sudah tidak berkumandang di sini. Cuma sayup2 kedengaran ayat2 Bible dinyanyikan dan loceng dibunyikan setiap jam....sedih hati ini bila mengenangkan peristiwa ini....akak merenung jauh melihat menara Masjid yang tersergam indah ini. Amat pilu sekali meruntun jiwa ini....



















Di luar kawasan masjid ni terdapat tempat hentian kereta kuda yang boleh disewa dan dinaiki dgn bayaran yang dikenakan. Pemandu kereta kuda ni akan bawa kita pusing2 sekitar kota selama 1 jam. Tapi akak dan kawan2 tak sempat naik pun sbb hari dah nak gelap. Bergambo je sempat weh....jom layan gambaq.....









Kedai cenderamata pun ada di perkarangan masjid ni.


Bergambar kenangan bersama pelancong dari Morocco.







Bergambar belatar belakangkan masjid Cordoba.



Akak berjalan merentasi jambatan peninggalan Roman El Puente Romano di atas sungai Gualdalquivir. Akak dapat melihat  panorama La Mezquita di tebing sungai yang cukup indah. Alcazar yang merupakan kota pertahanan atau 'fortress' juga boleh kelihatan dari sini selain dari kubu-kubu kecil yang lain. Kota kecil ini juga mempuyai peninggalan warisan kaum Yahudi seperti  rumah ibadat Yahudi. Seronok sgt dapat menghirup udara petang di sini amat nyaman sekali. Terdapat juga pemuzik jalanan yang memainkan lagu2 Sepanyol di atas jambatan ini. Di hujung jambatan terdapat satu istana kecil iaitu Torre de la Calahora.











Selepas melawat masjid hingga lewat petang kami pulang ke hotel untuk solat dan berehat seketika. Kemudian kami turun semula untuk keluar mencari makanan halal di Cordoba ni. Alhamdulillah setelah berjalan kaki lebih kurang 10 minit dan bertanya kepada org ramai di mana restoran halal. Akhirnya kami jumpa restoran org Pakistan. Kenyang kami makan malam tu....kalau akak tak silap Kak Moon dan Kak Meen makan roti canai dan dhal paling mahal di sini.....semua ketawa.....Malam tu berjalan kaki pulang ke hotel dan terus tido.....zzzzzzzzzzzzzzzzzz














Buenocias!! Selamat Pagi~

Akak dan kawan2 bangun bersiap dan keluar dari hotel untuk ke stesen bas. Kami akan menaiki bas ALSA untuk ke Granada pula pada jam 8.30pagi. Kami tinggalkan kota bersejarah itu dengan penuh kenangan menuju ke Granada, kira- kira 200 km di tenggara Cordoba. Ok lah semua setakat inilah entry akak untuk kali ni tunggu ye akak akan ceritakan pengalaman pahit dan manis semasa akak dan kengkawan berada di Granada....bye....good night....
to be continue.......
Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

© MY JOURNEY | Design By MaiGraphikDesign