Rabu, 31 Julai 2013

IKAN BILIS GORENG CILI API BAWANG

Assalamualaikum semua. Malam tadi akak dah buntu nak masak apa masa nak makan sahur tu. Sbb masa berbuka puasa akak cuma masak bihun goreng basah je....sbb dah asyik makan nasi je sesekali tukar selera pula makan bihun goreng, Sib baik en somi setuju ko tidak kene masak nasi lah juga.
Al kisah bila mlm dok pikir2 akak ni nak masak apa mlm ni utk lauk sahur....hah dpt idea ikan bilis goreng ngan cili api dan bawang sedap jugak tu. Ok lah set...Pagi tu bgn sahur cam biasa gorenglah ikan bilis garing-garing dalam minyak yg sedikit pas tu hiris2 cili api dan cili muda campakkan dalam kuali tu. Kemudian hiris bawang besar 2biji dimayang bulat2 dan dicampakkan ke dalam kuali...kacau2 angkat. Siap. Hidang dengan nasi panas2 sedap mkn dipagi Subuh yang hening tu. Simple kan. Akak harap kepada sesiapa yg ketandusan ide mcm akak ni tuk msk ape2 semasa berbuka atau besahur boleh la cuba ikan bilis goreng ni...hhmmm mmg mengancam tau. Selamat mencuba.



Salam sayang,

 
Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

© MY JOURNEY | Design By MaiGraphikDesign