Assalamualaikum semua........Buenocias!! Selamat Pagi~ K ni akak nak sambung citer akak dan kawan2 gi Granada pulak. Pagi tu kami bangun awal pagi dan terus buat maggi makan pagi2 buta tu.....tak penah pun mkn maggi pagi2 buta tapi bila dah kat Granada ni makan maggi pulak sedap nyer kemain lg....slurrrppp. Kenyang....Kami semua bergegas gegas siap utk ke stesen bas kerana bas kami jam 8.30 pagi nak bertolak g Granada. Takut terlepas bas pula jenuh. Alhamdulillah sampai stesen, bas Alsa tu pun sampai kami naik bas lebih kurang 3jam dok atas bas dan menikmati permandangan bukit bukau dan gunung ganang dengan deretan ladang zaitun yang tersusun indah akhirnya kami sampai ke Granada. Seb baik akak tak terkecundang tertdo zzzzzzz....sbb takut termiss permandangan yg lawa2 tu......Alhamdulillah....
Kami turun bas dan berjalan je ke hotel sbb hotel yg kami booking dekat sgt dgn stesen bas. Tu hotel kami kat depan tu bangunan warna kuning tu....dekat kan...yeah hotel Hoteles 2. Semua asyik dok tepegun lagi bila jumpa pokok limau ni....kali ni buah limau nya tak masak lagi...besepah2 pokok limau kat Spain ni rupe nye....apa lagi posing lagi la pulak.....
Ni dia hotel kami....kami nak check in tapi blm buleh sbb awal lagi jadi kami simpan beg je. Pas tu buang apa yg patut terus cabut kuar balik nak pi Bandar Granada dan Al Hambra nak redeem tiket masuk pada jam 3ptg. Kami pi nak bas je tengok peta dan baca peta kat bus stop. Dari Hotel kami ke Al Hambra lebih kurang 10 minit je.....
Lawa kan restroom hotel ni.....class gitu.... |
Waktu ni kami 10 orang dah ready nak pi bus stop tunggu bas. Sambil2 tu sambil dok snap gambaq untuk kenangan....bus stop ngan taxi stand dekat je sebelah sebelah. Rasa senang lah kami nak naik bus atau teksi...cukup mudah.
Teksi di Granada line warna hijau. |
Dah sampai kat Al Hambra masih awal lg. Kak Meen dan Yaya pi redeem tiket. Kami semua tgu je kat pintu masuk Al Hambra ni. Bila dah dapat tiket kami semua amik keputusan nak pi makan dulu kat Bandar Granada. Jadi kami semua berjalan kaki menuruni bukit Al Hambra ni sambil berjalan jalan sambil clik clik amik gambar sbb kawasan nya amboi mak sungguh cantik sekali tak jemu mata memandang. Ada air terjun lagi.....jom layan gambaq....
Bunga tumbuh meliar |
Dah penat berjln dan amik gambaq kami pun tgu bas nak pi Granada tambang kena sorg 2Euro. Bas ni la yg kami naik. Mmg ada terlalu byk bas mcm gini kerana pelancong terlalu ramai penuh je bas. Sampai je kat Granada pertama sekali kami cari kedai makan halal. Rupa2 nya besepah ada restoran halal kat Granada ni. Punya la happy kami leh makan nasi. Macam2 ada.....Kami makan di restoran Shawarma King. Mmg sedap mkn kat sini.
Tokeh kedai aiskrim. |
Lepas mkn tengahari kami mengambil kesempatan masa yg ada utk ronda ronda kat Granada ni ade la shopping sikit2 buat ole2 bawa balik ke M'sia. Hah satu lagi kami jumpa kedai aiskrim halal apa lg semua pakat dok beli aiskrim dan makan kat situ. Ada yg beli sampai dua sbb sedap sgt ada berbagai2 perisa.....nama kedai tu La Perla. Kat Granada ni mmg byk kedai makan halal kalau sapa2 pi sana jgn risaulah sbb senang cari makanan halal. Agaknya pelancong2 yg dtg kat sini kebanyakannya org Islam kot tu la depa kaji dan buat byk restoran halal di sini....Alhamdulillah.
Selepas ronda2 tu kami pun tgu bas utk ke Alhambra semula. Maksud Alhambra sama dgn 'Si Merah' atau 'The Red One'. Memang yg utama akak impikan untuk melawat istana ni yg dulunya pernah menjadi milik umat Islam. Sebuah bangunan yang dahulunya merupakan istana dinasti Nasrid dan kubu pertahanan tentera. Terlalu indah dan takjub dengan senibina Moorish-Arab-Hispanis di Alhambra ni. Istana ini agak besar saiznya dan memerlukan sekurang-kurang 2 hingga 3 jam untuk kita membuat satu pusingan lengkap. Pelancong pula begitu ramai sekali memasuki kawasan bangunan ini, yang dikelilingi taman-taman bunga dan pohon-pohon tua serta bangunan-bangunan pelbagai bentuk yg unik senibinanya. Di Alhambra ni, terlalu banyak yang ingin akak terokai dan melihat senibina Islam nya serta akak merasa kagum dan tergamam dgn keindahan bangunan2nya yg tersergam indah, dari atas istana boleh kelihatan seluruh kawasan bekas penginapan Muslim dan Yahudi di Albaicin, kawasan pergunungan dan bukit-bukau serta seluruh istana Alhambra. Akak dapat bayangkan kehidupan mewah dan sempurna pemerintah Islam ketika itu, dan seterusnya didiami oleh golongan bangsawan Sepanyol. Mungkin kerana kemewahan yang mereka kecapi sehingga lupa akan Tuhan Rabbul Alamin, Tuhan sekalian alam dan Tuhan yang maha mencipta sehingga penduduk Islam dibunuh kejam semasa peristiwa Spanish Inquisition, diusir dari tanah Andalusia dan yg paling tragisnya dipaksa memeluk agama Kristian yg sepatutnya menjadi teladan kepada kita semua.
Pintu masuk Alhambra. |
Rugi sgt2 kalau sesiapa yg dtg ke Granada ni tak singgah ke Alhambra yang terletak di kaki gunung Sierra Nevada. Macam akak dan kwn2 pun mengambil masa hanya lebih kurang 4jam di dlm Alhambra ni mmg tak cukup masa sbb kawasan nya luas tu pun tak habis melawat. Akak rasa kalau korang nak pi biar lah kat sini satu hari dari pagi hga ke petang baru puas berjalan. MasyaAllah binaan Alhambra ni amat menakjubkan. Alhambra sesungguhnya tersangat sangat lah indah. Byk ukiran2 berunsurkan Islam dan ayat2 suci Al-Quran terpamir pada dinding2 dan sesungguhnya ianya amat mengasyikkan.
Dalam Palacio Nazaries Alhambra, Granada, Spain. |
Memang akak speechless bila berada dalam Alhambra ni. Kisah mengenai nya hanya akak baca dlm media cetak dan media elektronik shj. Tak dpt nak bayangkan pun. Kisah mengenai Alhambra ni tidak lengkap jika kita tak bercerita ttg senibinanya. Akak yg mengkagumi seni bina Islam ni sgt2 teruja ingin melihat dgn mata kepala sendiri tempat bersejarah ini. Court of The Lions....sgt terkenal dgn skulptur singanya. Kegemilangan Alhambra ni terjadi semasa zaman pemerintahan Sultan Muhammad ke V.
Dalam Palacio Nazaries Alhambra, Granada, Spain. |
Alcazaba Alhambra |
Generalife Alhambra |
Istana Alhambra ni terbahagi kepada 3 bahagian. Bahagian yang pertama diberi nama Palacio Nazaries, kedua Generalife dan ketiga Alcazaba. Palacio Nazaries yg menjadi tarikan utama merupakan istana kepada pemenrintah2 Dinasti Nasrid, manakala Generalife pula adalah tempat atau taman bunga(garden) untuk raja2 beristirehat dan Alcazaba merupakan kubu atau benteng pertahanan. Terdapat satu menara kawalan iaitu Torre De La Vela merupakan menara loceng untuk memberikan amaran. Semua pelancong dibenarkan untuk membunyikan loceng ini sbg tanda kemenangan kuasa Kristian merampas bumi Andalusia ini drp kuasa Islam. Kami idak lah nak join ye sbb mcm menghina agama Islam je. Hati juga sakit bila tgk pelancong2 bergembira membunyikan loceng tu. Diaorg suka dgn kekalahan Islam dan kemenangan Kiristian takluki Andalus ni. Hmmm entah bila lah maruah Islam di Andalusia ni dapat dikembalikan dan ditebus semula.....Waalllahhuamlam.......
Generalife Alhambra |
Akak cuba untuk membayangkan lagu puisi Dato' M Nasir ini mmg cukup mendalam senikatanya yg terselit 1000 makna marilah kita semua menghayati lagu ini.....semoga terhibur....
ANDALUSIA
Cahayamu bagai sabitah
Doaku kau sejahtera
Biar warna kubah-kubahmu kian pudar
Untukmu setanggi ini kubakar
Cahayamu sediakala
Aku rindukan zaman kebangkitan
Pabila nurani bersulamkan fikiran
Seganding dan bersatu
Lafaz niatku bertemu
Cahayamu tiada tara
Pohon salamku pada fakir-fakirmu andalusia
Pohon izinkanlah aku menyelami irama asyikmu
Pohon ku dipinjamkan gabus dan ghazalmu jadi azimat
Supaya dapat aku tari menongkah arus
Sahutlah andalusia
Apakah sudah kering lautan darah
Yang tertimbus di bumi Alhambra
Ataupun masih bergelora menanti saat
Melimpah mengikut mata air
Antal hadi antal haqqu
Laisal hadi Ilaahu
http://youtu.be/RWnMhiHsc3I
Selepas melawat Alhambra akak dan kawan2 pun balik ke hotel dengan menaiki teksi murah je. Sorg kene bayar lebihkurang RM10. Pada sebelah malam nya kami kuar lagi nak pi Granada lagi. Nak pi makan malam kat sana. Kami pun cari teksi....pemandu2 teksi tu semua tak pandai nak cakap omputih kalau 10 org ada lah seorg yg pandai sikit. Kami dok cakap Alhambra Alhambra....jadi malam tu kami dibawa oleh pemandu teksi tu ikut highway kami pun tekejut sgt kerana jalan yg pemandu teksi tu bawa jalan lain bukan dicelah rumah2 dlm bandar tu yg kami naik teksi siang tadi. Ya Allah mmg betui la pemandu teksi ni bawa kami terus ke Alhambra yg tersergam gelap gulita. Sampai situ kami disuruh turun....kami kata kami bukan nak pi kat sini kami nak pi bandar dia.....sebenarnya kami salah cakap patut kami cakap Granada bukan nya Alhambra. Pemandu tu cakap bahasa dia kami tak faham mcm ckp ayam dan itek siap bg isyarat tgn lg....ooo alkisahnya jalan semua tutup mlm tu sbb ada sambutan Hari Easter....MasyaAllah kami lupa sebenarnya. Kalau kami igt kami pun tak mau keluar ke Granada tu. Pemandu tu hantar juga kami ke Granada mlm tu. Hah padan muka korang kene bayar teksi sorg RM40.00. Mmg jalan semua dah ditutup kami terkepung di tengah2 bandar Granada mencari restoran halal mcm siang tadi tapi sayang tak berjumpa lansung. Dgn ketakutan yg amat sgt kami jalan ikut lorong2 kecil yg dipenuhi org2 kristian yang berbaju putih, hitam dan kelabu yang pakai topi tigasegi yang tajam tu...hga lah kami jumpa satu restoran halal org turki dan kami terus masuk beli makanan bungkus shj kerana diluar sana org dh terlalu ramai berpusu2 nak sambut upacara Easter dan Good Friday tu. Akhirnya kami mencari jalan keluar dari situ utk mendapatkan teksi dan bertanyakan pada polis yg berada disekitar kawasan itu. Akhirnya kami sampai di jln besar di mana tempat teksi lalu lalang dan kami menahan salah sebuah teksi tersebut....alangkah terkejutnya kami kerana sebuah teksi adalah pemandu yg sama semasa kami pergi tadi....kami naik je teksi tu takut tak ada teksi lagi. Akhirnya kami selamat sampai di hotel. Alhamdulillah...ngerinya pengalaman kami di Granada ni sbb ada upacara keagamaan. Sesudah makan kami semua pun ZZZZZZZZZZZ sampai pg. Sok pagi kami akan bertolak ke Malaga Airpot untuk balik ke London semula....
Ihsan dari google |
Pembaca yg budiman nantikanlah cerita akak di Malaga kerana akak kene denda 50Euro lebih kurang RM200.00. Tguuuuu....ok lah hingga setakat ni citer dari akak....hga jumpa lg di lain entry.....bye......
to be continue...........