Isnin, 29 Julai 2013

MASAK TEMPOYAK IKAN TALAPIA MERAH



Assalamualaikum semua...Bulan puasa ni kan en somi asyik nak mkn masak tempoyak je, tempoyak masak la, sambal tempoyak la, asalkan dengan tempoyak kira jadi la. Hai tak kata la kan en somi ni org Bote...mmg kene le ngan selere nye....Akak ikutkan juga sbb nak jadi isteri mithali la kan dan nak dapat rahmat di bulan posa ni....besar sahamnya. Meh akak nak ajar korang masak tempoyak ni. Jenis ikan suke hati korang lah nak letak ikan apa pun buleh jangan ikan buntal dah lah. Tak bangun korang nanti. Akak masak hari tu ikan talapia merah huh sedap sangat2....hmm sapa nak puji lagi puji diri sendiri la kan....hah...ha..ha. Di bawah ni akak bagi resepinya:-


Bahan-Bahannya:

Seekor ikan talapia merah
Segengam toge kasar/timun tua
Cili api merah/hijau/cili kering 
(diblender salah satu le)
3 sudu besar tempoyak
Daun kunyit 1 helai
Serai sebatang
Secubit garam
1 inci kunyit hidup

Cara-Caranya.

Cili dan kunyit dan tempoyak diblender semua campur sedikit air.
Serai diketuk
Daun kunyit dihiris2
Satukan semua bahan tadi dalam periuk dan jerang atas api yang sederhana biarkan hingga mendidih.
Rase le jika tawar tambah garam.
Selepas tu angkat dan boleh dihidangkan.
Makan dengan nasi panas2 wow best.


Dah pun siap. Senangkan. Simple dan sungguh sedap. Cuba lah masak ok mesti terangkat punya. Selamat Mencuba.


Salam sayang,

Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

© MY JOURNEY | Design By MaiGraphikDesign