Rabu, 31 Julai 2013

ASAM PEDAS TULANG

Assalamualaikum semua. Akak hari ni nak masak asam pedas tulang. Sebenarnya akak ni mmg suka sangat makan asam pedas ni. Aik camna ni org Penang boleh suka pula asam pedas. Tu la sampai ke Batu Pahat akak pi makan asam pedas ni. Asam pedas Mak Limah. Wey sedap ikan dia fresh ikan merah dan ikan pari serta kembong je yang Mak Limah masak. Jauhkan akak pi Batu Pahat just nak pi pekena Asam Pedas je. Dulu mmg akak tak tahu nak masak asam hingga lah sorg sahabat akak Hajah Norizam Samsuri ajar akak masak asam pedas ni. Memang sedap sangat2. Meh lah cuba masak ok....ni resepinya....

Bahan-bahannya:-

1/2 kilo tulang/tetel/ekor/daging
Cili kering blender dgn kunyit hidup  ~ 2 senduk 
Bawang putih 3 ulas
Bawang merah 6 ulas
Sedikit halba
Sedikit daun kesum
Sekuntum bunga kantan
2 biji tomato
Air asam jawa 1 cawan 
Setitik serai
Seinci kunyit hidup
Sedikit minyak utk menumis
Sedikit gula dan garam
Sedikit air

Cara-cara membuatnya:-

Rebus tulang/tetel/ekor/daging (salah satu le)
 Rebus dalam periuk prestige cooker 20minit
Tumiskan bawang merah dan bawang putih serta halba campur dan serai ketuk.
Goreng hingga garing masukan cili blender tadi goreng lagi hga masak cili tersebut. Masukan air
Masukan air asam jawa, bunga kantan dan daun kesum
Masukan gula dan garam secukup rasa
Masukan tomato dan angkat.
Siap untuk hidangan.


Asam pedas ni kita boleh pelbagaikan jika kita nak letak sayur seperti bendi, terung ke, peria dan sayur lobak jeruk pun boleh. Ikut suka hati lah ye. Ikan juga boleh dipelbagaikan seperti ikan parang, terubuk, kembong, pelaling, patin, talapia, merah, pari dll lg. Ok lah akak rase korang lg pandai masak asam pedas ni daripada akak. Cube lah ye...ok selamat mencuba....bye....


Salam sayang,
 
Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

© MY JOURNEY | Design By MaiGraphikDesign