Sabtu, 20 Julai 2013

MALAGA, SPAIN

Assalamualaikum semua...akak sambung lg citer kat Spain ni. Keesokan harinya akak akan bertolak dgn menaiki bas ALSA dari Granada ke Malaga. Sebenarnya nak pi Malaga Airport je sbb dah nak balik ke London. Dari hotel ke stesen bas Granada kami kuar berjalan kaki je sbb hotel akak dekat dgn stesen bas. Bas kami pagi tu dlm jam 9.00pagi....lebihkurang le....
Begitu juga sepanjang perjalanan dalam bas tu dapat melihat panorama yang cantik2 dan indah2 belaka. Bas pun canggih ada tv lagi. First time akak naik bas cam gitu. Lebih kurang 2 jam akak dan kengkawan pun sampai kat Stesen Bas Malaga. Dari situ kami amik bas untuk ke Malaga Airport pula. Kapal terbang kami Easyjet utk ke Luton, London jam 2ptg. Jadi kami kene lepak kat airport le....

MALAGA
Malaga adalah bandar pelabuhan terletak menghadap laut Mediterranean, tempat lahir pelukis terkenal Pablo Ruiz Picasso. kita tahu Picasso je. Semasa pemerintahan Islam dahulu ia menjadi pelabuhan utama kepada pemerintahan Amir di Granada.
Salah satu tarikan pelancong di bandar ini adalah muzium Picasso. Sayangnya, kami tidak sempat ke sana kerana kami hanya datang ke airport je tak gi tempat lain pun. Jom layan gambaq.....



Stesen bas Granada






Ladang pokok Zaitun lagi....



Amik gambaq dari dalam bas je.













Stesen bas Malaga

Kami tunggu bas untuk ke Malaga airport. Ha tu dia bas pun sampai utk ke airport. Lebih kurang 20minit sampai kat airport. Dekat je.






Malaga Airport.

Nama terminal ni diambil sempena nama Picasso.






Haa ni la nak cerita sikit beg pink cup cake yang akak bawa tu la kene denda kat Malaga ni....50Euro weh....abis la duit akak lebih kurang RM200. Semasa kami beratur nak check in...semua kawan2 akak yang lain dah lepas. Akak pun sebenarnya dah lepas bila akak berjalan je nak masuk kelaluan pintu kapal terbang tu pompuan imigresen tu panggil akak suruh patah balik dia kata beg akak terlebih besaq 1 inci. Akak pun ckp kat dia kalau lebih macamana bag akak tu boleh lepas dari Luton London ke Madrid masa hari datang Spain tu. Pompuan tu tak berapa nak fhm sbb dia tak reghti sgt nak ckp omputih dia dok ckp Spain je. Dia dok kata no no no you pay 50Euro. Akak ni pun geram jugak tapi nak buat 
camna dgn hati yg sedih dan sayu akak bayar lah. Dan pompuan tu kata lagi bila akak nak masuk ke kapal terbang tu tinggalkan bag akak di pintu masuk tu dan anak kapal akan amik bag akak untuk masuk kat kargo. Dah nasib akak nak kena denda bayar je la. Size bag yang dibenarkan 56x45x25cm. Serik akak bila nak naik Easyjet ni lagi takut kene denda lagi. Pengalaman la kepada sapa2 yang nak travel dgn Easyjet ni kena berhati2 hand luggage hanya satu je leh bawa. Hand bag pun kena masukan dlm hand luggage. Mmg very ketat undang2 dia. 
Lebihkurang 3jam berada dalam Easyjet ni kami pun sampai di Luton, London Airport. Ya Allah turun je kapal terbang kat London ni punya la sejuknya....adoi....Kat sini kami beli tiket bas yg sedia ada di airport Luton ni utk ke stesen keretapi sbb kami nak balik ke Bedford dgn keretapi.

Sempat lagi shopping kat Duty Free shop di Luton, beli Escada..... bergambar dgn jurujual yg beragama Islam.
Dah sejuk ni....





Bila sampai kat umah di Bedford hidangan dah siap terhidang. Dr Raz yang masak. Alhamdulillah apa lagi kami semua makan la sbb semua dah kelaparan. Sedap makan malam tu....telur dadar, sadin, daging goreng kicap dan serunding. Terima kasih Dr Raz Abdul. Kami mmg dok kat rumah kak Norlia Ismail ni isteri Dr Raz. Kak Noli ni mmg dia buat homestay kat rumah dia. Kalau ada sapa2 nak dtg ke London boleh dok rumah dia. Cukup selesa dan bebaloi. Nombor contact kak noli +447958143512. Malam tu mmg tak tdo sbb kemas barang2. Sok dah nak balik rasa2 flight akak malam. Jadi siang boleh ronda2 kat Bedford town lagi.....ok lah hga kat sini citer akak. Tgu entry akak seterusnya jalan2 gi market Bedford.... bye......terima kasih sudi singgah di blog akak....

to be continue.........
Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

© MY JOURNEY | Design By MaiGraphikDesign