Assalamualaikum semua, semlm akak balik keje je mmg buntu tak tau nak masak apa dah di bulan posa ni. Tiba-tiba terpandangkan pokok mangga di halaman teratak akak. Hmm terus dapat ide nak buat kerabu mangga. Akak intai2 juga bunga kantan ada tapi tak kembang lagi kuncup je. Tak pa la amik juga bunga kantan tu sbb nak masukan dalam kerabu mangga ni. Nak bagi bau wangi kantan je. Ok lah tu....jom tengok resepi akak ni.
Ikan bilis digoreng dulu. |
Bahan-bahannya:-
Sebiji buah mempelam muda
Satu inci halia muda
Cili api 7-10 biji
Sekuntum bunga kantan
Satu labu bawang besar
Ikan bilis segenggam
Kacang tanah sedikit
Sedikit gula dan garam
Cara membuatnya:-
Hiris buah mangga dan racik2 halus2
Bawang dimayang halus
Bunga kantan dihiris nipis
Ikan bilis ditumbuk lumat
Halia dihiris nipis
Cili api dipotong halus
Kacang tanah ditumbuk
Satukan semua bahan2 di atas dalam mangkuk dan gaulkan semua, bila dah sebati semua tabur kacang tumbuk.
Siap untuk dihidangkan.
Kerabu mangga ni mmg sedap tuan puan boleh lah jika hendak cuba membuatnya. Memecah selera di waktu bulan posa ni. Semasa akak buat kerabu mangga ni kacang tanah tak ade kat umah jadi akak tak letaklah. Kalau ada kacang tanah goreng tu lagi lemak kerabu kita tu. Selamat mencuba ye....senang je dan bye......