Assalamualaikum semua, semasa iftar kat rumah mak akak kat Shah Alam hari tu, mak teringin nak makan masak tempoyak daun kayu ni. Bila akak tengok ada pucuk ubi yang mak petik kat kebun, ada daun kunyit, ada serai dan petai mak beli. Akak pun siap2 suruh anak akak hiris daun daun tu semua untuk masak sebagai makanan tambahan untuk berbuka nanti. Sebenarnya banyak bahan yang tak ada lagi macam pucuk labu, pucuk kaduk tapi mak akak kata tak apa buat je daun yang ada tu cukuplah. Jom kita layan resepi nya.
Bahan-bahannya:-
Secekak pucuk ubi
Secekak pucuk daun kunyit
Petai 8 papan
Serai 5 batang
Ikan bilis segenggam
Udang besar 6 ekor
Cili api 20biji ikutlah jika nak pedas tambah le lg
Pati santan 2 cawan
1 cawan tempoyak
1 inci kunyit hidup
Sedikit garam
Sedikit gula
Cara membuatnya:-
Semua daun2 tadi dihiris halus2
Satukan dalam satu kuali bersama udang
Blender cili api, ikan bilis, kunyit hidup, santan dan tempoyak
Kemudian masukan dlm kuali dan jerang atas api hingga mendidih
Bila dah pekat masukan garam dan gula
Kacau sampai pekat dan boleh diangkat
Siap untuk dihidangkan.
Anak2 dan adik2 akak mmg sangat suka makan masak tempoyak daun kayu ni. Resepi ni mak sedare akak(Mak Tam) adik mak akak dari Port Dickson yang ajar. Bila ada kenduri je Mak Tam akan masak, masak tempoyak daun kayu ni. Mmg sungguh menyelerakan bila kita makan bersama nasi panas2 dan ikan pekasam goreng. Huhh....Perrrgghhh....Sedap dan enak sekali. Kepada sesiapa yang ingin mencuba ni boleh lah mmg nampak simple tapi lengoh le juga tangan dan jari2 yang menghiris daun2 kayu tu. Tapi bila dah siap masak utk dimakan mmg sedap dan bebaloi le. Ok hga berjumpa lagi dilain entry. Selamat Mencuba.
Salam sayang,