Assalamualaikum semua, teringat akak pada anak2 yang suka sangat makan masak lemak cili api ketam dan nanas ni. Semasa bulan posa ni bila anak2 balik ke rumah je akak pun terfikir nak masak ketam ni. Wah berselera tengok mereka makan sambil memuji-muji masakan akak yang sedap ditekak mereka le....hiks. Ye le ada anak yg komplen kat cafe dia org asyik mkn ayam je Ma...ikan tak de pun Ma....sedih pula dengornye. Oleh itu akak masak special sikit pada hari mgu yang lepas. Menu untuk bernuka puasa. Jom tengok resepi akak.....
Bahan-bahannya:-
Sekilo ketam
Santan sebiji
Cili api 20biji ikut suka
Seketul kunyit hidup
Secubit belacan
Secubit garam
Sebatang serai
Sehelai daun kunyit dirincih
Cara membuatnya:-
Basuh ketam dan toskan dlm periuk
Bahan2 tadi diblender semuanya
Serai diketuk
Masukan bahan2 yang diblender tadi kedalam periuk ketam tu, masukan serai dan santan, masak dengan api yg sederhana hingga mendidih. Masukan santan dan tabur daun kunyit dan kacau.
Bila mendidih je, boleh diangkat dan dihidangkan.
Siap.
Ni akak nak bagi tip sikit. Bila kita masak lemak cili api ke ape ke kita tidak perlu guna bawang ok. Ni akak tak masuk bawang pun. Sebab bila masuk bawang rasanya dah jadi lain. Begitu juga jika masak lemak cili api yang lain2 juga jangan letak bawang. Ada juga orang dia suka masukan bawang ke dalam masak lemak nya. Tapi akak mmg tak masuk ok. Ok lah ye hingga berjumpa lagi di lain post....Selamat Mencuba....bye....
Salam sayang,