Jumaat, 2 Ogos 2013

AYAM PANDAN


Assalamualaikum semua. Meh sini akak nak bagi resepi ayam pandan ni. Atas permintaan 2 orang sahabat iaitu Milla Mahadi dari Klang dan Anna Iskandar(Manna Mohamed) dari Pulau Pinang. Bulan posa ni dah tak berapa hari lagi dah nak ragha dah. Ayam pandan ni sedap boleh dibuat untuk makan dengan nasi minyak ke nasi daging ke, nasi tomato ke dan macam-macam lagi. Meh tengok resepi akak ni....

 Bahan-bahannya:-

10 ketul isi ayam ikut suka nak potong kecik ke besar ke
5 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
1 inci halia
 1/2 cawan santan pekat/pati santan
2 sudu besar cili sos
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap pekat
2 sudu kecil gula
1 sudu besar lada hitam/lada sulah
Minyak utk menggoreng
Lidi
Daun pandan 

Cara-cara membuatnya:-

Bersihkan ayam dan toskan
Bahan-bahan tadi diblender halus
Masukan dalam ayam tadi dan gaul rata serta diperap selama 2 jam
Ambil daun  pandan dan balut ikut cara masing2 lah sepit dengan lidi supaya tak tercabut.
Kemudian goreng dalam minyak yang sederhana apinya
Jangan terlalu lama menggoreng nanti ayam jadi garing
Angkat dan siap untuk dihidangkan.

Hah dah siap pun ayam pandan ni. Senangkan. Cubalah buat InsyaAllah mesti jadi. Kalau kita dah balut dengan daun pandan buat byk2 simpan dalam frezer nak makan just goreng je. Senang dan mudah. Sekian dari akak dan Selamat Mencuba.
Bye.....


Salam sayang,

 
Komen
2 Komen

2 ulasan:

millamahadi berkata...

Thanks kak coz share resepi..

Unknown berkata...

Its ok Milla, setengah org dia amik isi ayam je buat ayam pandan ni. Akak ni nak mudah amik seketul2 ayam senang.

© MY JOURNEY | Design By MaiGraphikDesign