Rabu, 31 Julai 2013

ASAM PEDAS TULANG

Assalamualaikum semua. Akak hari ni nak masak asam pedas tulang. Sebenarnya akak ni mmg suka sangat makan asam pedas ni. Aik camna ni org Penang boleh suka pula asam pedas. Tu la sampai ke Batu Pahat akak pi makan asam pedas ni. Asam pedas Mak Limah. Wey sedap ikan dia fresh ikan merah dan ikan pari serta kembong je yang Mak Limah masak. Jauhkan akak pi Batu Pahat just nak pi pekena Asam Pedas je. Dulu mmg akak tak tahu nak masak asam hingga lah sorg sahabat akak Hajah Norizam Samsuri ajar akak masak asam pedas ni. Memang sedap sangat2. Meh lah cuba masak ok....ni resepinya....

Bahan-bahannya:-

1/2 kilo tulang/tetel/ekor/daging
Cili kering blender dgn kunyit hidup  ~ 2 senduk 
Bawang putih 3 ulas
Bawang merah 6 ulas
Sedikit halba
Sedikit daun kesum
Sekuntum bunga kantan
2 biji tomato
Air asam jawa 1 cawan 
Setitik serai
Seinci kunyit hidup
Sedikit minyak utk menumis
Sedikit gula dan garam
Sedikit air

Cara-cara membuatnya:-

Rebus tulang/tetel/ekor/daging (salah satu le)
 Rebus dalam periuk prestige cooker 20minit
Tumiskan bawang merah dan bawang putih serta halba campur dan serai ketuk.
Goreng hingga garing masukan cili blender tadi goreng lagi hga masak cili tersebut. Masukan air
Masukan air asam jawa, bunga kantan dan daun kesum
Masukan gula dan garam secukup rasa
Masukan tomato dan angkat.
Siap untuk hidangan.


Asam pedas ni kita boleh pelbagaikan jika kita nak letak sayur seperti bendi, terung ke, peria dan sayur lobak jeruk pun boleh. Ikut suka hati lah ye. Ikan juga boleh dipelbagaikan seperti ikan parang, terubuk, kembong, pelaling, patin, talapia, merah, pari dll lg. Ok lah akak rase korang lg pandai masak asam pedas ni daripada akak. Cube lah ye...ok selamat mencuba....bye....


Salam sayang,
 

IKAN BILIS GORENG CILI API BAWANG

Assalamualaikum semua. Malam tadi akak dah buntu nak masak apa masa nak makan sahur tu. Sbb masa berbuka puasa akak cuma masak bihun goreng basah je....sbb dah asyik makan nasi je sesekali tukar selera pula makan bihun goreng, Sib baik en somi setuju ko tidak kene masak nasi lah juga.
Al kisah bila mlm dok pikir2 akak ni nak masak apa mlm ni utk lauk sahur....hah dpt idea ikan bilis goreng ngan cili api dan bawang sedap jugak tu. Ok lah set...Pagi tu bgn sahur cam biasa gorenglah ikan bilis garing-garing dalam minyak yg sedikit pas tu hiris2 cili api dan cili muda campakkan dalam kuali tu. Kemudian hiris bawang besar 2biji dimayang bulat2 dan dicampakkan ke dalam kuali...kacau2 angkat. Siap. Hidang dengan nasi panas2 sedap mkn dipagi Subuh yang hening tu. Simple kan. Akak harap kepada sesiapa yg ketandusan ide mcm akak ni tuk msk ape2 semasa berbuka atau besahur boleh la cuba ikan bilis goreng ni...hhmmm mmg mengancam tau. Selamat mencuba.



Salam sayang,

 

Isnin, 29 Julai 2013

MASAK TEMPOYAK IKAN TALAPIA MERAH



Assalamualaikum semua...Bulan puasa ni kan en somi asyik nak mkn masak tempoyak je, tempoyak masak la, sambal tempoyak la, asalkan dengan tempoyak kira jadi la. Hai tak kata la kan en somi ni org Bote...mmg kene le ngan selere nye....Akak ikutkan juga sbb nak jadi isteri mithali la kan dan nak dapat rahmat di bulan posa ni....besar sahamnya. Meh akak nak ajar korang masak tempoyak ni. Jenis ikan suke hati korang lah nak letak ikan apa pun buleh jangan ikan buntal dah lah. Tak bangun korang nanti. Akak masak hari tu ikan talapia merah huh sedap sangat2....hmm sapa nak puji lagi puji diri sendiri la kan....hah...ha..ha. Di bawah ni akak bagi resepinya:-


Bahan-Bahannya:

Seekor ikan talapia merah
Segengam toge kasar/timun tua
Cili api merah/hijau/cili kering 
(diblender salah satu le)
3 sudu besar tempoyak
Daun kunyit 1 helai
Serai sebatang
Secubit garam
1 inci kunyit hidup

Cara-Caranya.

Cili dan kunyit dan tempoyak diblender semua campur sedikit air.
Serai diketuk
Daun kunyit dihiris2
Satukan semua bahan tadi dalam periuk dan jerang atas api yang sederhana biarkan hingga mendidih.
Rase le jika tawar tambah garam.
Selepas tu angkat dan boleh dihidangkan.
Makan dengan nasi panas2 wow best.


Dah pun siap. Senangkan. Simple dan sungguh sedap. Cuba lah masak ok mesti terangkat punya. Selamat Mencuba.


Salam sayang,

Ahad, 28 Julai 2013

RAMADHAN AL MUBARAK 2013

Assalamualaikum semua....hari ini dah 19 Ramadhan 1434H bersamaan 28 Julai 2013(Ahad). Akak ingin mengambil kesempatan nak mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa kepada semua ummat Nabi Muhammad saw baik yang berada di serata dunia. Dah dekat nak habis posa dah ni lagi 11 hari kita raya la...sekarang ni semua org sibuk nak buat persiapan untuk hari raya...ada yg buat kuih, ada yang kemas rumah, ada yg gi shopping dan macam2 lagi da....Satu je akak nak pesan jgn lah kita terlalu lagha dan leka dgn semua tu...berbuat lah ibadat sama supaya kita tak rugi di kemudian hari. Renung2kan lah dan selamat beramal....


Sabtu, 27 Julai 2013

LAST DAY IN BEDFORD, UNITED KINGDOM

Assalamualaikum semua pembaca yg budiman....haaa baru akak ni nak abiskan citer pasai Europe ni rase nye udah nak basi....tak abih2 lg mengarang nye....ok straight to the point....pada 30 Mac 2013 tu tarikh akhir akak berada di UK tu....iaitu kat Bedford lah. Beg semua dah kemas, ada yg shipping lagi sbb luggage tak cukup. Pagi tu akak dan kengkawan yg lain kuar pi Bedford Market...best sgt2 tgk omputih juai brg2....buah2an, sayur, bunga dan macam2 lg ada....gerrraaammm tengok pasar dia bersih sgt2 dan sayur fuh segar2.Jom layan gambaq.....





Cili dia besaq dan fresh sgt2....



Sayoq apa tak tau tak besa mkn pun....



















Pagi tu juga kami pi round2 kat Bedford River di Bedford tu....puas tgk Swan dan burung2 yg jinak2 sbb kami bagi makan roti. Beli roti 1pound. Swan2 tu asyik ikut kami je....hmmm best sgt2...permandangan wois tak terucap....speechless....sungguh awesome....udara yang nyaman dan indah sungguh ciptaan Mu Ya Rob... Akak dan kawan2 yang lain sempat merakamkan kenangan dgn berposing sakan. Ye le mlm ni dah nak terbang balik ke Malaysia jam 10mlm. Apa lg amik gambaq byk2 biar puas hati ntah bila la lagi nak jejakkan kaki kat negara omputih ni....Allahualamm....Jom layan gambaq....






















Lepas dah puas bergambo kami pi Bedford town pula pi shopping lagi. Macam2 ada kat Bedford ni charity shop la, Primark la dan byk lg. Pasar pagi dia pun tak kurang hebatnya mcm kat jalan TAR tu harga boleh tawar2 lagi. Barang berkualiti. Habis juga duit pound masa last day ni....akak punya dok shopping kat Primark baju cucu sampai tak sedar beratus2 ringgit terbang tapi tak pa baju berjenama dan murah sgt2....harga 1pound hga 4 pound. Kalau kat Malaysia ni baju2 tu beratus2 ringgit. Kami juga tergesa2 utk kejar waktu sbb nak pi airport lagi bila petang nti. Akak bagi cadangan kepada korang yg nak pi Europe macam Paris, Holland dll lg jangan lah shopping kat sana sbb mahal. Lebih baik balik ke London dan shopping puas2 kat London ni....berbaloi tau. Dah puas shopping kami tapau makan kat restoran Al Badar di Bedford ni. Pas tu balik ke rumah dalam jam 3 petang. Makan, solat dan berpacking lagi....pastu siap2 utk ke airport pula pada jam 7mlm....Mmg hari last ni hari yg memenatkan tapi enjoy....kami semua dah ready nak tdo je atas flight nti....ok la tu....

Berkemas....shipping lagi brg2 dlm kotak tu....tak hinggattt













Dah nak check in kat airpot



Kami pi airpot jam 7mlm. Amik MPV satu sewa satu kete lagi wagon Dr Rasol. Sampai airpot pi redeem beli barang dpt duit balik tu...tapi tak sempat nak amik duit sbb org ramai sgt. Just isi borang dan tinggalkan akaun dia akan tranfer dalam akaun nanti. Lega.....bila kat airport kami ada masalah sikit sbb brg byk sgt....nasib baik lepas....masa tu cuak juga takut2 kene denda lagi....tapi kami semua dah timbang beg. Lebih sekilo 2 tu dia tak kira pun sbb kami dlm group. Ok lah akak rasa hga setakat ini sahaja entry akak selama 2 minggu akak kat Europe ni sungguh2 teruja dan amat menggembirakan. Tak lupa juga pada tuan rumah Kak Noli dan Dr Rasol yang layan kami seperti keluarga sendiri....akak akan sentiasa rindukan mereka. Entah bila la pulak dpt dtg lagi ke UK ni.....semuga ada rezeki yg berlebihan dan akak akan dtg lagi....InsyaAllah. Maka dengan itu TAMAT lah cerita akak kat Europe ni....hga berjumpa lagi di entry yang lain......bye....bye.....bye.....
© MY JOURNEY | Design By MaiGraphikDesign