Khamis, 24 Ogos 2017

INDIA-NEW DELHI-SRINAGAR-SONAMARG-JAMMU-KASHMIR-AGRA ~ DAY 1

Image may contain: sky



No automatic alt text available.
 
Image may contain: food and indoor

Assalamualaikum semua, lama aih akak tak taip ni rasa nya dah dekat-dekat setahun dah. Cerita Guilin pun tak siap lagi dah dok buat cerita India pulak. Betoi la kan.... penyakit malas dan kekangan masa dan tugas2 hakiki tak mampu akak nak menaip. Sorry na.  Ni nak cerita kat hampa dulu pada 16 hingga 23 April 2016 tahun lepaih no akak pi India. Pi ngan Syarliz Travel Group memang bebaloi tau. Tu la kan bila syarliz buat trip ni akak dok pikiaq nak ajak sapa tak tau la kan. Tiba2 teringat kakak akak yang sorg ni....masa pi Guilin hari tu pi dgn dia dan berkenalan semasa di Guilin. Bila ajak dia Alhamdulillah berhasil. Kak Azizah Hassim ni nak ikut. Seronok la akak sebab dah ada geng.  



Baru berkenalan semua tapi dah macam lama kenal. 
  


Ni la kakak saya Kak Azizah Hassim

Akak pi naik Malindo Air, first time naik Malindo not bad kapal terbang luas makan sedap. Perjalanan ke New Delhi mengambil masa 5jam. Kami sampai di Indra Ghandi Airport lebih kurang tengahari jam 12.30 th.
@
Baca syarliz punya blog lagi senang tak payah akak nak cerita lagi kan.....

Hari pertama sampai ni Leez bawa kami pi lunch dulu. Makan memang sedap akak memng suka makan masakan kari ni. Pappedom tosei dan lain2 lagi, kemudian solat dan seterusnya sight seeing sekitar New Delhi. NewDelhi ibu negara India. Penduduknya memang cukup padat. 


Lunch kat sini







India Gate






Matawang India Rupee

India Gate ini merupakan monumen yang dibina untuk mengingati 90 ribu tentera India yang gugur semasa perang dunia pertama. Di dinding India Gate ini tertera nama-nama pasukan tentera yang gugur itu. Manakala di bawahnya di antara kedua kaki India Gate ini pula terdapat api yang terus menyala yang dikenali Amar Jawan Jyoti. Bila kita tengok monumen India Gate ini seolah-olah seperti Arch De Triomphe di Paris. Di kawasan persekitaran India Gate ini banyak terdapat penjaja-penjaja yang menjual souvenir. Harga memang murah sangat2 beli ler tak rugi ok.





Kami juga dibawa menziarahi Masjid Jamia (Jama @ Jami) atau Masjid Cermin Dunia adalah sebuah masjid utama dan tertua di India. Masjid ini didirikan oleh Shah Jahan. Masjid terbesar ini dapat menampung seramai 25k jemaah semasa solat Jumaat. 

Ibu negeri India ialah New Delhi. Penduduk di sini yang paling padat sekali di India. Tak heran lah kita boleh tengok macam2 gelagat dan karenah orang2 India ni. Malam tu kami dinner di Asia Kitchen dan seterusnya check in hotel pada malam tersebut. 
Akak rasa sangat2 beruntung dapat jejakan kaki di bumi India ni kerana dapat melihat budaya masyarakat India yang memang cukup2 meninggalkan kesan dalam jiwa raga akak. Haaa korang kena pi tengok sendiri Negara India tu baru happening kan. Macam2 ado.....



Hotel ni yang kami bermalam pada malam pertama kami sampai. Akak dah tak ingat nama hotel apa. Memang tersangat letihnya dan malam tu akak tidoq tak jaga dah esok pagi2 nak usung beg lagi nak pi naik domestik flight ke Srinagar pula...... bye......zzzzz


to be continue......

Salam sayang,






Selasa, 30 Ogos 2016

GUILIN ~ DAY 4



Assalamualaikum dan selamat pagi. Sambung lagi citer akak di Guilin ni hari ke4 dah. Hari ini akak akan melawat Liu Sanjie Park sebuah taman lagenda masyarakat Cina di Guilin ni.


Bergambar di hadapan hotel


Haaa.... ni lah pintu masuk Liu Sanjie Park Guilin. Dalam taman ni ada bermacam2 cerita lagenda dan sejarah serta budaya cara hidup kepercayaan masyarakat Cina yang berzaman2 yang ditinggalkan oleh datuk nenek moyang mereka. Jom kita masuk tengok ada apa ya......







Memang sangat cantik dan bersih dalam kawasan taman ini sebab berjaga kot untuk para pelancong yang datang. Akak sempat bergambar di sebatang pokok Banyan yang menjadi pujaan ratusan masyarakat Cina yang ingin mendirikan rumah tangga. Pokok Banyan ini merupakan pokok bertuah yang menjadi anggapan oleh pasangan2 Cina yang ingin berkahwin akan datang dan berdoa di pokok ini serta mencoretkan sepatah dua perkataan di kertas bewarna merah ini sebagai doa panjangkan jodoh mereka. Riben2 merah yang telah ditulis itu digantungkan ke pokok Banyan tersebut. Terdapat juga sebiji bola yang dikenali sebagai Wedding Ball. Itu lah yang diceritakan oleh Autumn kepada kami.







Hah ini lah rumah tradisional Kaum Zhuang. Rumah mereka kebanyakan nya 3tingkat. Tingkat bawah sekali untuk ditempatkan binatang ternakan. Manakala Kaum Zhuang tinggal di tingkat yang kedua. Bagi tingkat ke 3 pula anak2 gadis Zhuang yang tinggal di situ. Bila orang2 kampung Zhuang yang lalu di tepi rumah tersebut dan melihat ada anak dara yang menghuni di tingkat atas sekali mereka pun tahu bahawa terdapat anak gadis yang boleh di lamar dan dinikahkan dengan anak teruna mereka. Haaaa unik kan.



Replika katak ini merupakan jelmaan dewa guruh yang dianggap suci oleh Kaum Zhuang. Ini adalah kerana kebanyakan Kaum Zhuang hidup sebagai petani yang mengharapkan hujan untuk mengairi tanaman mereka. Bila katak berbunyi mereka sudah tahu hujan akan turun. Itu lah sebabnya mereka mendirikan replika katak ini sebagai tradisi menghormati agungnya katak yang menolong mereka. Replika ini terletak di tengah2 tasik dalam perkampungan itu. 



Liu Sanjie bermaksud anak perempuan ke 3 dalam keluarga Liu. Ni ha serba sedikit kisahnya. Jom layan....... Anak perempuan ke 3 keluarga Liu ni mempunyai suara yang sangat2 merdu seperti buluh perindu. Dia juga seorang gadis yang amat cantik pada zaman Dinasti Tang. Dia bercinta dengan seorang pemuda kacak yang juga seorang penyanyi yang merdu suaranya. Pada suatu hari ada seorang pembesar negeri yang jahat jatuh cinta dengan Liu Sanjie ni. Liu Sanjie tak mahu dan mohon untuk lawan menyanyi dengan nya, Sekiranya pembersar tu menang boleh lah berkahwin dengan Liu Sanjie. Alangkah terkejutnya pembesar tadi kalah.Jadi kecewalah ia lalu disuruh orang2 suruhannya menculik Liu Sanjie. Walau bagaimanapun Liu Sanjie dapat diselamatkan oleh kekasihnya. Dan mereka berkahwin di bawah pohon Banyan tersebut. Liu Sanjie dikatakan memberi hadiah Wedding Ball itu kepada suaminya. Oleh sebab itu lah Kaum Zhuang percaya pohon Banyan ini membawa tuah kepada pasangan yang ingin berkahwin. Dan Wedding Ball juga diamalkan oleh Kaum Zhuang sebagai tanda cinta kepada pasangan mereka. Bagi memastikan mereka berdua dapat hidup bersama selama2nya mereka berdua terjun ke dalam tasik untuk menjadi ikan. Begitulah kisah dongeng Liu Sanjie. Ntah lah betui ke tak.









Kemudian kami dibawa melihat pertunjukan menyikat rambut yang panjang ya amat. Yao Long Hair Show. Wanita2 Yao telah diajar dari kecik2 supaya menyimpan rambut yang panjang itu menjadi tradisi bagi masyarakat Yao. Mereka tidak pernah memotong rambut mereka sehinggalah mereka menjangkau ke 18tahun yang menentukan mereka telah dewasa. Rambut wanita Yao ni terdiri daripada 3 bahagian. Bahagian pertama rambut semulajadi yang disimpan sejak dari kecil sehingga umur 18tahun. Bahagian kedua ialah rambut yang dipotong ketika berumur 18 tahun. Bahagian ke 3 pula ialah rambut yang gugur bila disikat. Rambut ni tidak dibuang sebaliknya dibuat sanggul di atas kepala mereka. Tulah nampak sanggul orang2 Yao ni teramatlah besarnya. Pertunjukan ini terlalu cepat berlalu kerana kaum Yao membuka rambut mereka yang disimpan panjang ini dan menyanggul kan semula rambut mereka yang terlalu panjang ni sebagai demo sahaja. 






Lihat lah gambar di atas perempuan2 Yao ini sentiasa memakai perhiasan perak di dada mereka. Ini adalah kerana Kaum Yao suka berperang dan perhiasan perak yang dipakai oleh wanita2 Yao ini dapat membuktikan yang mereka masih mempunyai harta untuk digadaikan sekiranya mereka kalah dalam peperangan dan mereka diusir dari kampung halaman mereka.



Ini pula rumah kaum Yao. Kaum Zhuang pandai menyanyi manakala Kaum Yao pula pandai menari.




Ini lah alat muzik popular kaum Yao iaitu Long Drum.







Kami bersiar2 dalam taman yang cantik ini sehingga lah sampai ke penghujungnya. Guilin tersangatlah mewah dengan persembahan kebudayaannya yang dapat disaksikan di mana2 sahaja kita pergi. Akan tetapi semasa kami disini memang tiada pertunjukan kebudayaan yang diadakan mungkin diaorang cuti pada hari ini. Rugi juga rasanya tak dapat melihat pertunjukan kebudayaan mereka. 





Lepas melawat Liu Sanjie Park kami dibawa melawat ke Government shop lagi iaitu kedai sutera. Memang kalau kita pi melawat ke negei China ni selalu di bawa ke tempat membuat sutera. Kedai yang kami pi ni tidaklah sebesar kedai yang akak dah pi di Beijing dulu, kedai ni kecik jer. Tapi terjebak juga terbeli juga cadar sutera hu hu hu..... yang dikatakan tidor atas cadar sutera ini umur panjang betul ke? Tu yang beli tu.... ha ha ha.





 Kedai sutera ini nama dalam bahasa Inggerisnya ialah Healthy Sleepping Factory. Kami diberi penerangan oleh seorang guide kedai sutera ini dalam bahasa Inggeris. Hmmm boring nya yang amat sangat. Tak intresting lansung akak nak dengar. Tapi dengar lah juga penerangan nya itu. Negeri China merupakan pengeluar terbesar di dunia hmmm dah tahu dah pun. Sampai tertido tido kita orang. Penerangan yang diberi bagaimana nak buat kain sutera ini memang rumit dan susah sebab tu lah harga sutera ni mahal yang amat. Layannnn







  


  

 

 Malam tu kami keluar lagi tengok show lagi. Hujan terlalu lebat. Tapi dah masuk dalam package redah juga dalam hujan tu. Hujan disertai oleh kesejukan membuatkan kami semua tidak selesa. Masing2 dok cakap kat Malaysia tak penah kita buat kerja cam gini. He he he.... Malam tu memang show yang paling best akak dan sahabat2 tengok. Kami dibawa menonton The Impression of Sanjie Liu yang berlatarkan Sungai Li pada waktu malam. Pertunjukan selama sejam sahaja cukup puas hati. Kami begitu terpukau dan terpegun dengan persembahan 600 orang cina yang berendam dalam air yang sejuk gedi tu dengan penataan cahaya dan bunyi yang cukup mengasyikan. MasyaAllah... Subhanallah sungguh unik sekali show tersebut. Show yang menggambarkan kehidupan seharian para petani dan nelayan cukup menyeronokan dan fantastik. Walaupun kami berhujan dengan memakai baju hujan dan berpayung yang diberi oleh tour guide kami. Memang berbaloi ok. Puas hati. Jom layan gambar yang tak berapa terang kerana camera akak cap ayam ok.....







  











Yang ni tak tau la show kat mana pula sebab dalam studio kot. Akak dah tak ingat. Malam tu selesai tengok show kami pulang ke hotel dan zzzzzz. Ok tgu sambungan esok pula ye.....bye...

to be continue.....


Salam sayang dari akak,


© MY JOURNEY | Design By MaiGraphikDesign