Rabu, 22 Oktober 2014

SINGGAH SEBENTAR DI NUREMBERG, GERMANY


Assalamualaikum semua. Jumpa lagi utk kali ini di entry akak yang byk tersangkut ni dek kekangan masa yang amat terhad mencemburui akak. Cewah....mmg pun tak ada masa full! Hari ni 19 April 2014 akak nak pi Prague, Rep Czeq. Ibu negara Czech Republic. On the way to Prague akak singgah sebentar di Nuremberg, Jerman ni. Sebuah bandar dalam negara Germany. Besar juga bandar nya. Perjalanan dari Boppart ke Nuremberg by bus mengambil masa lebih kurang 4.30jam. Dengan kejauhan lebihkurang 339km 165batu.

Nuremberg (bahasa Jerman: Nürnberg) ialah sebuah bandar raya di negeri Bavaria di bawah pentadbiran Franconia Tengah. Ia terletak di tebing Sungai Pegnitz serta juga Terusan (Rhine-) Main-Danube, kira-kira 105 batu di utara Munich. Ihsan wikipedia. Jom layan gambaq......


 




 

 


Kat Nuremberg ni akak terpukau dengan keindahan senibina bangunan nya yang unik.Cantik sungguh ukiran orang2 Jerman ni. Tak tahu lah dari mana asalnya. Kat sini akak berhenti lunch dan singgah beli souvenir kat pasar harian nya. Kebetulan kot semasa akak datang ada jualan pasar ni. Org pun ramai juga membeli belah. 














 




Akak ronda2 bandar Nuremberg ni. Tiba2 terjumpa student Malaysia yang study kat sana. Mereka belajar Kimia. Seronok nya kami sbb jumpa org Malaysia. Siap amik gambar lagi.
















 




Selepas makan tengahari dan window shopping serta berposing akak pun beredar cari wc hmmm kat sini wc dia kena bayar 70sen Euro dan 50sen Euro dan bila kita masuk je akan dapat kupon boleh tukar beli barang dengan kupon tu. Ala dpt kupon tu pun jika beli ayo mineral kena tambah duit jugak..... Hmmm akak spend masa kat Nuremberg ni satu jam setengah je. Jadi la dapat jejak kaki kat Nuremberg. Alhamdulillah. Lepas tu akak sambung perjalanan akak ke Prague pulak. Perjalanan untuk sampai ke Prague 4jam lagi.....adoi.....tdo le atas bas tu.....Itu je le akak dapat coretkan perjalanan akak ni. Hingga jumpa lagi di Prague atau Praha. Bye........

to be continue..........

Salam sayang,








© MY JOURNEY | Design By MaiGraphikDesign