Jumaat, 30 November 2012

BEIJING, CHINA TRY TO REMEMBER....

Pada tahun 2006 apabila kumpulan Quality aku berjaya mendapat anugerah APPC pihak pengurusam atasan telah memberi imbuhan sebagai penyuntik semangat untuk aku dan kawan-kawan lebih memberi tumpuan dan komited terhadap setiap pertandingan yang kami sertai.




Medan Tian An Men merupakan medan perhimpunan terbesar di dunia. Medan ini mempunyai keluasan 77hektar yang boleh memuatkan lebih sejuta orang dalam satu masa. Medan ini juga digunakan untuk perbarisan tentera ketika hari Kemerdekaan China.

Tiannanmen square





Bersama CC Rohana Omar.


Kota Larangan(Forbidden City) merupakan istana rasmi Maharaja China dan mula digunakan semasa Dinasti Ming. Ia terletak ditengah-tengah kota Beijing. Sekarang ni dah jadi muzium istana. Kota Larangan ini mengandungi 980 buah bangunan dan 8,707 buah bilik yang merupakan kediamanbagi Maharaja dan familinya.




Bersama CC Norizam Samsuri.


Bersama CC Ijan.
Tempayan Tembaga
Terdapat lebih tiga ratus tempayan di dalam istana larangan ini. Asalnya tempayan ini disalut emas akan tetapi telah dikikis oleh pemberontak semasa perang. Tempayan ini diisi air hujan dan digunakan untuk memadam api semasa berlaku kebakaran.



Malam tengok show.



Panjang Tembok besar China lebihkurang 5679km. Ianya dibina 500 tahun sebelum Masehi.




Bergambar bersama group.
Liza, Sarah, Me dan CC Kadir.


Penat oi naik tangga ni...tapi sampai juga ke puncak...
 

Pintu masuk ke Masjid tertua di Beijing Masjid Niujie...

Masjid Niujie merupakan masjid tertua di Beijing ni. Terletak di Xuanwu yang merupakan kawasan penduduk beragama Islam yang paling ramai di Beijing.




Restoran makanan muslim.



Pintu Masuk Summer Palace
 Summer Palace ini dikelilingi sebuah tasik iaitu Tasik Kunming. Permandangannya sangat cantik dan indah. Kebiasaannya Maharaja Cina tinggal di Kota Larangan akan berpindah ke Summer Palace ni pada musim panas. 



Stesen Keretapi Beijing waktu malam dan siang di bawah ni....

Sila kan minum teh dulu...
Minum semua....
Kepercayaan orang China...Bola Kristal yang membawa tuah...
Kilang Jade
Kami juga singgah solat kat Masjid Nan Dou Ya. Masjid ni berusia lebih 700 tahun.
 Setelah banyak melawat tempat-tempat bersejarah kami juga pergi shopping di pasaraya....aku dah tak ingat namanya. Aku banyak beli alas meja, langsir dan cadar serta kain sutera cina. Rasa-rasanya aku ingin pergi lagi melawat Beijing ni...bila ada duit lebih la...jika x de duit dok diam-diam je la...Bila banyak berjalan luas permandangan.....Ok BEIJING hingga ketemu lagi di musim akan datang.....CHOW.....

Khamis, 29 November 2012

CAMBODIA....DATE TO REMEMBER...

Date to remember.......Misi Kemanusiaan Kemboja tak silap aku dalam tahun 2002/2003. Camera aku silap setting date Januari 1994. Kami membawa misi bantuan ke Kemboja dan menyalurkan bantuan kepada masyarakat miskin di sana. Pada mulanya aku telah  menghubungi Wisma Putera untuk menyatakan hasrat kami untuk menyalurkan bantuan ke Kemboja. Niat dan hasrat murni kami telah diterima dengan baik dan orang di Wisma Putera telah memberi nombor Contact Person di Kemboja iaitu En Wan yang bekerja di kedutaan Malaysia di Kemboja. Penerbangan kami memakan masa lebih kurang 2 jam lebih. Kami menaiki pesawat Mas Airline. Waktu di kemboja ni lewat 1 jam daripada waktu Malaysia. Kami membawa pakaian terpakai dan lain-lain lagi. Kami juga ingin menyumbang bantuan sedekah/zakat kepada masyarakat Islam di Kemboja yang dhaif dari segi kewangan. Purata pendapatan mereka RM5-RM10 sehari. Sedangkan harga minyak petrol pada masa tu dah RM5.oo seliter.

cambodia-map.gif (460×680)

Phnom-Penh-City.jpg (600×400)
Phnom Penh City.

5084672.bin_.jpg (620×400)

A-Park-in-Phnom-Penh-Cambodia.jpg (600×338)

Depan Kedutaan Malaysia di Phnom Penh.
Semasa kami berada di sana kami mengambil kesempatan pergi melawat ke tempat-tempat bersejarah di Kemboja. Salah satu tempat lawatan kami ialah muzium pembunuhan Tuol Sleng yang terletak di Phnom Penh. Pada asalnya muzium ini merupakan sebuah sekolah menengah yang ditukar menjadi penjara sewaktu komunis bermaharajalela di Kemboja pada tahun 1975-1979. Sesiapa yang melawan dan belot kepada Pol Pot, Pol Pot akan menyiksa mereka dengan merejam, mencabut kuku, minum racun, serangan binatang berbisa dan macam-macam lagi...kekejaman rejim Pol Pot ni...Ngeri aku tengok gambar-gambar tu....bila mangsa dah mati terus dihumban dalam lubang yang telah dikorek. Ada juga yang ditanam hidup-hidup. Sungguh kejam!

Tuol Sleng Genocide Museum.

Pegang tengkorak salah seorang mangsa kekejaman Pol Pot.
Muzium tengkorak ini merupakan muzium yang menyimpan tengkorak-tengkorak manusia angkara kekejaman rejim Pol Pot. Dalam muzium itu terdapat hampir 2 juta kepala manusia yang telah dibunuh pada zaman Pol Pot, iaitu sekitar tahun 1975.

1qq+%2828%29.jpg (460×345)

Killing fields merupakan mass grave yang menempatkan mangsa-mangsa kekejaman Pol Pot. Sedih rasanya melihat kawasan ini. Killing Fields inilah tempat Pol Pot membunuh dan menanam mangsa-mangsanya yang telah selesai disiksa. Orang tua dibunuh dengan mengetuk kepala dengan kayu, bila tak mati lagi orang tua itu akan ditembak pula. Kanak-kanak juga dibunuh dengan dicampak ke arah pokok....sungguh kejam Pol Pot.


Bergambar di Tugu Peringatan Killing Field.
Kami juga melawat kawasan istana raja yang mana seni binanya sungguh unik dan menarik. Binaannya lebih kepada senibina Buddha macam kuil. Semuanya berwarna keemasan.

KEEMASAN adalah salah satu mercu tanda di Kompleks Royal Palace, Phnom Penh, Kemboja. Hampir semua bangunan di kompleks tersebut disalut dengan warna keemasan.

Bersama Helda Abu Talab.
Bersama Liza



1qq+%281%29.png (650×486)
Salah satu bot yang kami sewa untuk ke Kampung Cham.
Kami mengambil keputusan untuk melawat Kampung Cham dengan menaiki bot yang disewa. Seronok la sikit sebab boleh melawat kampung terapung (Kampung Nelayan) di tasik Tonle Sap yang merupakan tasik terbesar di Asia di Sg Mekong ini. Jika kami pergi ikut jalan darat memakan masa 4 hingga 5jam dan jalan raya tidaklah begitu baik dan elok. Kami bertolak diawal pagi lagi. Wilayah Kampung Cham terletak di tebing Sungai Mekong kira-kira 50 km di utara Phnom Penh. 
Kampung Cham adalah sebuah tempat yang menarik untuk dilawati. Rantau Kampung Cham menyimpan sejarah sejak beberapa abad dan warisan yang kaya serta budaya yang dapat dilihat daripada tinggalan khazanah arkeologi.   Kampung Cham adalah salah satu khazanah yang luar biasa di rantau ini yang bernilai untuk dilawati. Kampong Cham ini dikelilingi oleh pergunungan Dang rek, Ba Ley dan Chhuk.

Pantai Mekong.
Pantai Mekong.
Tapi sayang sayang seribu kali sayang bot yang kami naiki telah mengalami masalah enjin yang tersangkut di lumpur kerana air surut. Oleh kerana hari telah menjelang petang dan akan gelap kami terperangkap di pertengahan jalan. Nak patah balik dah jauh nak terus ke depan pun tak boleh. Kami akhirnya mengambil keputusan mendarat di satu bandar ditepi pantai...aku pun tak ingat dah nama tempat tu dengan menaiki bot kecil. Sampai di bandar itu bas kami telah sedia menunggu...Alhamdulillah. Bandar tersebut sungguh dhaif dan banyak orang-orang kemboja menjual cengkerik goreng, lipan goreng, labah-labah goreng, kalajengking goreng, lipas dan lain-lain lagi....Jadi kami pun tidak dapat pergi ke Kampung Cham itu. Pada keesokan harinya ada segelintir group kami yang akan pergi ke Kampung Cham dengan menaiki 2 biji kereta. Aku tak ikut group tu....menyesal juga....

Melawat Kilang Pewter.
Bergambar di Independent Victory Monument.
Monument ini didirikan pada tahun 1958 sempena untuk memperingati hari kemerdekaan yang diberikan oleh Perancis. Monument ini dipanggil Pineapple bewarna perang kemerahan. Ia merupakan seni bina tradisional Khmer Rouge. Selepas kejadian huru hara di Khmer Rouge monument ini dijadikan tugu peringatan bagi meperingati perang mati Kemboja. 

9076550-angkor-wat-temple-siem-reap-cambodia.jpg (1200×804)
Warisan Dunia bagi Angkor Wat iaitu antara 7 keajaiban dunia
CentralcMarket-Phnom-Penh1.jpg (640×480)
Central Market
central-market-phnom-penh.jpg (600×450)

0130.jpg (448×333)
Russian Market.
Hari terakhir kami semua g shopping di Central dan Russian Market. Murah sangat-sangat sebab duit Malaysia lebih nilai daripada duit Kemboja. Aku shopping juga beli kain ela untuk hadiah kepada keluarga....masa tu...banyak kain kasa rubia.....memang cantik dan berkualiti....Aku beli juga baju kemeja sutera yang murah harganya sekitar RM7-10 sehelai....beli la 2, 3, 4, 5 helai...Akhir sekali aku berharap kepada semua kawan-kawan kalau ada rezeki lebih melanconglah ke Kemboja ni....cukup-cukup menarik dan seronok. Aku pun kalau ada rezeki lebih akan jejak kaki lagi ke bumi Kemboja(Champa). Sehingga berjumpa lagi...BON VOYAGE....CAMBODIA....

© MY JOURNEY | Design By MaiGraphikDesign