Ahad, 26 Mei 2013

SWITZERLAND HERE I COME.......DAY 1

Assalamualaikum semua dan selamat sejahtera....Akak memang bercita-cita nak pi melawat Switzerland satu hari nanti. Alangkah seronoknya akak dapat tunaikan hasrat di hati akak dan dapat jejakan kaki akak kat Negara itu. Hakikatnya semua org pasti ada menyimpan keinginan dan impian untuk menjejakkan kaki ke Switzerland yang terkenal dengan Banjaran Alps nya dan digambarkan negara yang indah permandangannya. Itulah yang akak rasakan betapa bertuahnya akak dapat pergi ke sana yang membuatkan hati akak sangat sangat teruja.
Jom layan gambaq....yang boleh menceritakan segalanya....


Dalam perjalanan dari pagi untuk bertolak dari Paris ke Bandar Interlaken memakan masa lebih kurang 7-8jam gak. Kami naik coach dan singgah di Mulhouse satu tempat hentian rehat di sebelah highway. Sungguh cantik permandangannya tak jemu mata memandang. Walaupun rasa mengantuk mata ni ku tahankan jua demi untuk menikmati keindahan alam semulajadi yang telah diciptakan oleh Allah swt. Subhanallah sungguh indah ciptaan MU.





Kami bawa bekal nasi dan serunding serta Brahims. Makan didalam restoran dihentian rehat ni. Mat Saleh dan Minah Saleh semua pandang semacam je. Kami pun takut2 juga...bukan apa takut kena marah la pulak...tapi semua buat selambe je...makan cepat2 buat bodo jer...he..he..he...kenyang suda....Bukan apa dihentian rehat dan restoran ni makanan mmg tak halal yg halalnya cuma ayaq ja...tak kan nak minum ayaq sampai kembong kot...patut2 la...







Hah dah sampai border Switzerland la kot...tu ada tulisan Willkommen. Kami singgah lagi kat hentian rehat ni yang ada kedai jualan souvenir dan macam-macam lagi. Kat sini tandas dia mahai weh....mahai pun mahai le nak uat camner kan kan kan terpakse le juge dah nak ke tandas....1.2CHF lebih kurang RM3.00 le sekali masuk.



































Dah sampai hotel cantik permandangannya.




Hotel Schonbuhl, Wilderswil yang kami duduk







Kami sampai dah lewat petang. Perkara no 1...WIFI hah dekat hotel ni kene beli barang kat mini bar dia baru dia bagi password. Pastu wifi ni kalau kat lobby kita duduk dan guna laju le bila naik tdoq kat hotel hmm lembab dan tak leh akses. Kami beli coklat satu je...kami bijak jugak pas tu kongsi password ramai2. Ha ha...sok pg bila nk buka password dah ditukaq...lg bijak org hotel ni...he..he.he.ee..  Mlm tu kami tak ke mana2 pun dinner kat hotel je....mkn omputih mkn jagung dan bit. Masa mkn tak leh buka hp tidak dibenarkan dlm dining room. Ni kene akur sbb desiplin waktu mkn.... Akak tak mkn pun sbb tak kene ngan tekak akak. Last2 msk nasi dlm bilik hotel dan kami mkn dgn bekalan yg dibawa...hmmmm pak Brahims....lg sdp. Akak rase cukup la sampai disini sok kita sambung lg entry ni hari kedua akak kat Switzerland ni.....tgu tau...

to be continue....

Ahad, 19 Mei 2013

BONJOUR PARIS, PERANCIS(FRANCE) DAY 2

Assalamualaikum semua, Hari ke 2 di Paris......pagi-pagi lagi akak dan group dah bersiap kerana hari ni acara bebas kami jadi kene kuar jenjalan sendirian bhd. Kami semua hari ni sarapan kat hotel je makan le apa yg patut dan boleh dimakan. Akak mkn roti je cicah air kopi....hmm sdp juga di negara org ni sbb takut lapaq nti kalu tak mkn.




Lepas sarapan pagi kami semua kuar jalan kaki ke stesen bas. Hari ni kami akan pergi ke Eiffel Tower lagi sbb nak naik cruise dekat situ di jeti Beteaux Parisiens. 




Tengah akak jalan jalan tu terdengar satu suara yang sgt jelas "kakak beli beli key chain 8....5Euro".....murah...murah...". Wah bila akak toleh je nampak org kulit hitam ni yang jual pandainya dia cakap melayu....akak pun tergoda la juga dgn replika Eiffel Tower yang dijualnya jadi akak beli lah sikit untuk souvenir dan kenangan. Macam2 warna ada silver. gold dan warna tembaga. Ramainya penjual kebanyakannya orang kulit hitam yang jual. Tiada org kulit putih pun yg menjual benda tu.


Jom layan gambaq lagi....





Dominos pizza pun ada....utk delivery


Stesen Keretapi di Paris

Senibina disekitar kota Paris amat menakjubkan dan membangkitkan nostalgia di zaman revolusi Perancis semasa dahulu. Senibinanya yang halus dan unik. Sungguh indah mata memandangnya. Bangunan bersejarah inilah yang menjadi mercu tanda di tengah-tengah kota Paris.
Opera Garnier

Eglise De La Madeleine



Terdapat juga gerai jualan di tepi jalan ke Eiffel tower tu....tetapi amat mahal.
Ini lah jeti utk kami naik cruise 
Pagi tu setelah puas berjalan jauh dan berposing kami pun sampai di Jeti Bateaux Parisiens. Tiket cruise kami dah beli online cuma kat situ pi redeem tiket je. Satu tiket 10Euro seorg. Masa kami pi tu musim cuti sekolah la kot....ramai budak2 sekolah yang dtg dari England untuk melawat Paris. Apa lagi terus kami berposing dgn budak2 yang berumur 11, 12 dan 13 tahun. Comey comey blako....









Di atas cruise ada tour guide yang bercerita ttg sejarah Paris dan bangunan2 yg bersejarah di Paris. Kita boleh amik earphone di kerusi kita dan dengar. Ada 2 bahasa satu bahasa Perancis satu lg bahasa Inggeris. Pengalaman menyusuri Seine River ini sambil menghayati keindahan Eiffel Tower yg tingginya 320m serta mempunyai 1710 anak tangga juga diistiharkan sebagai tujuh keajaiban dunia dan bangunan2 lama yg bersejarah berlatar belakangkan panorama indah bersulamkan kota lama dan moden sudah pasti menjadi kenangan yang terindah dalam diri akak dan kawan yang lainnya yang terselit disanubari masing2 bila lah dpt lg dtg dan naik cruise begini. Pengembaraan dalam cruise ini memakan masa lebih kurang 1jam lebih dgn menyusuri Sungai Seine dan melalui bawah jambatan. Adalah dimaklumkan terdapat lebihkurang 36 jambatan yang merentasi Sg Seine ini yang panjangnya 776km. Semasa dalam cruise kita dapat menikmati monumen bersejarah seperti muzium, gereja tua, menara jam, bangunan lama, arca pemimpin masa lalu dan rumah serta apartmen yg bercirikan seni bina klasik Perancis. Tak heran lah jika orang mengenali Paris sebuah Kota Cinta yang tidak akan pupus dek zaman. 










Seusai menaiki cruise kami pergi cari makan di Kota Paris yang mana kami jumpa satu kedai org Turkey yg halal serta ada menyediakan tempat solat lagi. Kami mkn dan solat di situ. Harganya boleh tahan antara 8Euro dan 9Euro je.





Puas meronda kami pergi ke Galeries La Fayatte sebuah gedung membeli belah yang terkenal di Paris. Tapi mak ai punya la mahainya.....ye le barang2nya semua berjenama mewah. Kami tengok dan berposing je le....akak ada la beli minyak wangi yang botol kecik2 tu....boleh ler boleh tahan harganya....jadi le tuk buat kenangan....jgn idak....
Galeries Lafayette Pictures

Masa kat sini lah Mak De hilang malam tu. Kami semua dah takut dan semua berusaha cari Mak De yang umurnya 64tahun. Tapi masih sihat dan waras. Alhamdulillah akhirnya kami jumpa Mak De di tepi jalan dekat Metro Station. Masa tu ujan renyai2 pulak sejuk bukan main. Kami akhirnya pulang ke hotel malam tu dengan menaiki teksi. Harga seorg lebihkurang RM12.00 boleh la tak yah nak menapak jauh2 teksi anto sampai depan hotel.

Gambo kabur sikit dalam Galeries La Fayatte.

Tersergam mewah.
Akak rasa cukuplah citer pasai Paris ni. Satu je akak nak kobar Paris ni mmg la best tapi kotoq. Putung rokok, sampah merata-rata.  Sex shop pun byk tepi2 jalan. Idak le sesuai ngan jiwa akak yg dah separuh abad ni. Leh ler ko nak pi jenjalan tgk tempat org....Owh yer sok akak akan teruskan lagi misi percutian akak ke Switzerland pulak.....tgu entri akan datang......sabaq2 la no...akak cibuk cikit tak de mase nak update blog.....q byk lg....mcm2 nak taip ni tapi tak berkesempatan....sikit2 le lama2 jd bukit....kan kan....MERCI....MERCI...MERCI....kpd sesiapa yang sudi baca blog akak ni....MERCI tu dalam bahasa Perancis ialah terima kasih lah.....
to be continue......
© MY JOURNEY | Design By MaiGraphikDesign