Selasa, 29 Oktober 2013

HONEYMOON KE BALI 2-5 OKTOBER 2013(DAY 2 PART 1)

Hari kedua kat Bali ni dah bangun awal2 pagi dan terus keluar gi jenjalan kat pantai Kuta. Tak la cantik mana pun pantai nya kotor lg ada sbb ada benda2 yang org2 Hindu Bali tu sembahyang ditinggal je kat pantai tu. Taik anjing belambak2...kebersihan kurang kat pantai ni. Ntah lah agaknya akak pi pantai yang port dia yang tak berapa elok kot.






Dah penat jalan balik ke hotel semula tgu Pak Yuyun dtg amik utk gi sarapan pagi. Pagi tu kami bersarapan di Warung Pojok Segitiga Emas. Makan pagi kat sini mmg sedap nasi berlauk mcm kat bawah ni. Harga pun berpatutan. Sarapan pagi 4orang baru IDR167,500.







Selepas sarapan kami dibawa ke kilang membuat batik. Hish mahai2 batik nya tak termampu beli. Rasa2nya batik kita kat Terengganu tu lagi menarik. Jalan2 jer cuci mata. Daerah ni adalah daerah Batu Bulan. Semua perusahaan kat daerah Batu Bulan ni membuat batik.


Pas tu dibawa pergi ke kedai painting. Org membuat lukisan tangan di daerah Lot Tunduh. Kedai nya mcm terpencil je dan tak de org yang nak dtg utk beli pun. Lukisannya mmg cantik2. Tapi mahai bukan main. Tak beli pun tgk jer le.....jom layan gambaq.


Selepas tgk painting dibawa melalui daerah Celuk tempat org membuat silver. Tapi kami tak singgah pun. Pastu ke daerah Mas Desa tempat perusahaan ukiran kayu tak singgah juga sbb nak pi Tegallalang ni kene lalu daerah2 tersebut. Akhirnya kami sampai di Tegallalang. Tempat sawah padi ditanam berteres di lereng bukit. Cantik sangat kat sini. Nyaman dan tenang sbb padi masa tu sedang menghijau. Ada juga tempat2 jualan tapi akak tak beli pun sbb tak minat sgt. Yang minat tu pacthwork dia tu tapi mahal dan kalau nak bawa balik pun tak muat beg. Jadi x beli ler....



Kat sini ada juga dijual lukisan yang harganya jauh lebih murah dari rumah kedai tadi tu. Ntah lah tak tahu nak menilai kualitinya. Tahap lukisan nya yang unik tu macam mana. Nampak mcm sama je. Dilukis atas kain kanves menggunakan cat minyak. Sungguh cantik lukisan2 tu. Sejuk jiwa memandang.....

Destinasi kami seterusnya ke Kintamani utk tgk gunung Batur. Gunung berapi yang masih aktif. Kami dibawa makan di Restoran Batur Sari sambil menikmati keindahan gunung Batur. Sgt2 cantik sekali permandangan di sini. Kami sempat juga bergambar berlatarbelakangkan gunung dan tasik Batur. Kat sini kami tak mkn nasi pun. Kami makan buah2an sahaja.Selepas makan buah2an terus solat di Musolla yang disediakan ditingkat bawah restoran ini.





Sepanjang jalan ada jual buah2an tempatan.

Kami kemudian dibawa ke tempat memproses kopi. Dapat minum kopi free gitu. Tapi kami tak beli kopi pun. Rasa2nya kopi kat Msia lagi best kot. Jom layan gambaq......
















Lepas tu kami pulang ke Kuta semula untuk makan tengahari yang agak lewat sbb dekat Batur Sari Kintamani tadi kami tak mau makan kerana kenyang lagi semasa sarapan pagi tadi. Jadi bila sampai kat Kuta kami pun dibawa ke Restoran Sederhana Bintaro Nasi Padang. Makanan mmg sedap masakan padang. Kami makan sampai puas. Lauk yg tak mahu dimakan jgn diusik nanti kene caj. Ok juga restoran ni harga berpatutan.



Selepas makan ni baru lah kami pergi shopping.....tgu ye entry bab shopping kat Bali ni sbb akak dah ngantuk nak tdo dulu....bye...good night....
Salam sayang,






Sabtu, 19 Oktober 2013

HONEYMOON KE BALI 2013(DAY 1)


Assalamualaikum semua. Apa khabar? Baik...Alhamdulillah semoga kalian semua diberi rahmat oleh Allah swt. Ni akak nk citer sikit pasai pi Bali ni....Awal tahun ni juga masa tu dalam bulan 4 tak silap akak. Akak dan kengkawan akak dah booking tiket nak pi Melbourne dah buat payment pun.....cadang nak fly in September 2013 time spring. Tut tut my hubby pun dah beli tiket utk akak 2org ngan hubby utk fly ke Bali. Mak ai dah bertindih ni. Kata hubby sempena ulangtahun perkahwinan kami yang ke 5tahun. Kejap je kan. Yela pada 4 Oktober 2008 kami menikah. Tahun ni genap lah 5 tahun anniversary kami. Flight akak pi Melbourne tu dari 27 September hingga 5 Okt gitu. My hubby beli dari 2 hingga 6 Oktober, 2013. Nak buat mcmana bila pi tanya kat AA mmg dah tak boleh tukaq lg. Hai jawapnya korbankan lah fly to Melbourne tu. Nak buat camna dah terbeli. Tu la tak mau bincang dulu main beli jer tiket tu....
Kapal terbang AA Indonesia yang bawa akak ke Bali.
Alkisahnya semasa akak nak pi Bali ni kebetulan persidangan APEC kat sana. Bila akak nak check in web, Flight depart kita org dah boleh check in. Tapi flight return kita org tak boleh check in? Dok p k ni kenapa? Tanya AA dia kata Lapangan Terbang Ngurah Rai Denpasar tutup sbb Persidangan APEC dari 6 hga 9 hb Okt 2013. Sudah flight akak 6hb Okt....pada mulanya balik jam 5ptg. dah tukar ke 8.30 mlm. AA yg tukarkan sendiri. Satu jer AA ni bila nak tepon tak boleh tu yang susah tu. Kene buat Life Chat ngan AA. Atau Twitter atau E-Form. Kalau yang E-Form ni dalam seminggu baru dapat tau jawapan nya. Akak lagi 5h nak tobang dah adoi kacau. Risau pun ada juga sbb takut tak boleh balik. Last last lagi 2h nak tobang baru dapat email dari AA yang kata airpot tutup sebab persidangan APEC. AA bagi no tepon AA Indonesia utk call buat pertukaran tiket untuk balik nanti. Akak pun call dan tukar tiket balik pada 5hb. jam 19.10mlm. Lepas tu baru buat check in web utk return boarding pass. Alhamdulillah ok. Jadi kita org ni rugilah satu hari dan AA tak bagi ganti rugi apa2 pun....hampeh.

Alkisahnya waktu AA buat promosi tu akak dan hubby dok kata nak pi Bali, masa tu tiket baru je RM260. Kira murahlah tu. Alkisahnya lagi adik my hubby nak ikut pula 2org suami isteri. Booking utk diaorg pulak harga dah jatuh RM900+++. Mahai kan tapi depa nak ikut juga. Ok la tu. Akak pun buat research baca blog2 yang ada trip ke Bali. First akak booking hotel dulu cari hotel yang murah2 sgt sbb mlm je nak tdo. Dapatlah tempat penginapan kami di Matahari Guest House area Kuta. Sbb yang kat tepi pantai tu semua dah habis yg murah2. Ada yang mahai je. Jadi untuk 4mlm kami dapat hotel RM275.00 utk 2org. Boleh sangatlah kan. Murah.
Masa nak landing cantik gambar dari udara

Passtu baru cari ground kat sana. Sbb bila dah baca blog depa suggest utk amik ground kat sana lagi senang nak pergi satu tempat ke tempat yang lain sbb jauh antara satu2 tempat tu. Akak pun terpikat dgn Pak Isme Yanto. (isme_tours@yahoo.com). Akak asyik dok wassap je dgn Pak Isme ni dan akhirnya dia bagi good price utk akak lebihkurang IDR1,150,000. utk 5H4M tuk transpot serta amik dan antar ke airport. Murah kan. Alhamdulillah....Sapa2 yang hendak perkhidmatan Pak Isme ni silakan no telefon dia ialah: +6281338614174.

Sehari sebelum bertolak adik ipaq akak dari Ipoh dah datang tdo kat rumah sbb jam 4pg dah nak pi airpot flight kitaorg jam 9.25pg. Pagi tu kami bertolak ke airpot Mus, Mamin dan Dira yang antaq. Sampai airpot kami solat subuh dulu. Pas solat pi check in luggage, ok luggage tak over pun amik 20kg je masa pi. Masa balik nanti amik 30kg. Cuma check in dua beg je utk 4 orang. Hand luggage bawa la sorg satu jgn lebih 7kg dah lah. Pas tu baru pi breakfast. Jam 8.45 dah boleh masuk kata adik AA yang bertugas tu. Semasa check in tu AA mmg check giler2 strick habis tali pinggang kasut semua kena buka. Tak penah lah kene check cam gini.

Alhamdullillah lepas semuanya lancar. Flight pun tak delay ok jer.
 Selepas terbang dalam masa lebih kurang 3jam dalam jam 12.30 tengahari kami sampai kat Ngurah Rai International Airport, Denpasar, Bali. Sebenarnya airport ni bukan dekat Denpasar. Dekat Tuban yang benar nya. Turun flight pemeriksaan lancar je. Keluar dari pintu utama terus orang Pak Isme telah tunggu. Pak Isme tak boleh bawa sbb ada tugas lain katanya. Yuyun Bokhari nama supir ni. Sangat2 berbudi bahasa dan peramah serta baik budinya. Sesiapa yang ingin perkhidmatan Yuyun ni boleh wassap di nombor +628179764006.

Selepas masukkan bagasi dlm kijang kami terus dibawa ke tempat makan. Restoran Ayam Tulang Lunak Malioboro. Akak yang nak pi makan kat sini sbb baca dalam blog depa kata sedap. Mungkin tak kena dgn selera akak kot...Igt kot sedap sangat, tak lah berapa sedap makan kat restoran ni. Ayam dan tulang dia mmg boleh kunyah sampai lumat. Boleh le makan sbb lapar. Harga? Boleh tahan juga IDR300k utk 4org mkn. Tgk ode ler....




Selepas makan tengahari kami pi solat kat Masjid Nurul Huda.
Akak difahamkan rumah2 ibadat kat Bali ni mmg berdekatan aja antara satu dgn yang lain. Sebelah masjid ni ada gereja dan kuil. Tak amik pula gambo kuil tu. Cantik masjid ni dan bersih. Di perkarangan masjid ada penjaja yang menjual gado2 dan jagung. Tak tahu lah halal ke tidak. Tak berani la nak beli.

Gereja


Seusai solat destinasi kami seterusnya ke Uluwatu yang terletak di Barat Daya Bali di Wilayah Desa Pecatu. Sebenarnya akak mmg tak tahu...rupa2nya kat Bali ni kita kena pi melawat kuil. Kuil org Hindu Sanskrit. MashaAllah nak tgk laut kena bayar utk masuk ke kuil tersebut pi tgk laut tu. Macam tak sesuai dgn jiwa akak je. Kene pakai tali pinggang kuning pulak tu. Tiket masuk org tempatan murah jika org luar(pelancong) mahal pulak harganya. Akak dah lupa bayar berapa agak2 nya IDR20k satu kepala. Permandangan nya Subhanallah mmg sangat2 cantik. Akak tak tahu nak cerita pasai kuil ni....jom kita layan gambaq.....


















Kat Uluwatu yang ketinggian nya 97m dari paras laut ni monyet mmg byk sgt2. Agak nya depa ni bela kot monyet2 ni. Siap bagi makan keledek, pisang bagai. Monyet2 ni semua garang2 belaka asyik nak rampas barang yang kita bawa jer. Takut akak dibuatnya. Monyet ni paling suka ragut cermin mata hitam orang. Hi...bahaya kan.....monyet terlampau....


On the way balik dari Uluwatu akak singgah kat Padang2 Beach. Turun amik gambar je kat tebingnya. Sbb nak turun ke bawah tersangatlah jauhnya. My klik tak mau turun sbb sakit kaki kate deme. Tak kan akak nak turun sorg2 kot. Tak best la kan...cian akak tak dapat pi kat pantai dan tgk laut dari jauh je. Depa kata tgk laut dpt pahala.... Dah lah tak dapat nak pi Nusa Dua kerana jalan utk pelancong ditutup sbb ada APEC tu. Nak pi Tanjong Benoa pun tak kesampaian. Hmmm tak apalah tak ada rezeki nak pi nak buat cam mana. Kalu ikut kan hati mmg tak datang dah kot Bali ni sbb kebudayaaan nya byk yg Hindu. Kalu free tu akan pi la juga kot. Ada gak tempat2 yang best macam kat Jimbaran tu makan  fuhh sedap giler.
Tempat Julia Robert berlakon





Haa GWK Cultural Park ni akak tak masuk sbb mahai sgt nak masuknya IDR80k. Bukan ada apa pun kat dalam tu. Cuma nak pi tgk patung kudung tangan macam gambar kat bawah ni. Nama Monumen ni Garuda Wisnu Kencana (GWK). Alhamdulillah Nak Yuyun bagi tau kalau tidak akak terkena juga.











Air Kelapa je minum sampai ke Bali kat Msia pun byk. Tp air kelapa ni termahal di nusantara IDR28k

Selepas tu kami pi pantai Jimbaran untuk makan malam dan tengok sunset. Mmg cantik sunsetnya dgn hidangan makanan seafood yang enak2 disulami pula dgn muzik pengamen yang mendendangkan lagu2 evergreen. Ha...ni mmg akak suka dan happening sbb sesuai dgn sambutan anniversary akak yang ke 5tahun. Masa kat meja akak pengamen ni nyanyi lagu Widuri mmg syahdu telinga mendengarnya. Selagi tak bagi duit selagi tu lah pengamen ni tgu dan nyanyi lagi sampailah diberi upahnya. Kene tahu tu jika sapa2 yg nak ke sini kene stanby duit kecik ok.

Pengamen
Rata-rata di sepanjang jalan ada benda alah ni(gambar kat bawah)...rumah ibadat org2 Bali yang beragama Hindu. Tempat depa sembah dewa2 depa gitu. Akak difahamkan kat Bali ni tak boleh buat bangunan tinggi2 nanti dewa2 depa marah....oooo cam tu rupernye....Panjor yang dianyam drp daun kelapa dan dipasang kat buluh panjang serta dicacakan kat tepi2 jalan. Sangat2 kreatif org2 Bali ni.






Begitu juga replika2 yang byk terdapat ditepi2 jln di sepanjang jalan di Bali. Mmg cantik dan kreatif binaan nya. Sekali tgk naik seram pun ada. Itulah Bali....kota yang penuh dgn kuil dan replika patung2 dewa mereka siap ada nama2 lagi. Kepercayaan mereka amat mendalam rata2 akak jumpa org2 Bali ni sepanjang masa dok sembahyang baik kat tepi laut kat kedai ka, kat pasar dan lain2 tempat lagi. Bila di tanya Nak Yuyun tu katanya mmg bulan Oktober ni bulan perayaan mereka...tu yang depa dok sembah2 sgt2 tu....meriah.


Gambar malam
Selepas makan malam kat Jimbaran tu akak baru la pi check in kat hotel Matahari Guest House kat pekan Kuta. Akak booking dgn Agoda.com je murah sikit drp Booking.com. Bila tanya kat reception yang akak ni book hotel ni, mula mula 4mlm. Tapi kena balik awai sehari tak leh dapat duit balik ka? Dia kata tak boleh sbb dah bayar ngan Agoda. Kalau bayar cash dia akan tolak satu malam. Akak rugi lah kat situ sbb akak bayar guna debit kad. Kad kredit tak da pun. Ni akak nak habaq pi kat hampa lain kali hampa booking bayaq guna kredit kad. Bila dah sampai kat hotel hampa bayaq cash je. Boleh juga. Pengalaman akak la ni....sekadar nak kongsi  bersama supaya hampa tak terkena nanti. Hmm akhirnya dapat rehatkan diri dihari pertama akak sampai ke Bali ni. Hotel ni ok lah juga sbb murah je kan dekat ngan tempat shopping pula tu mmg bebaloi dok hotel ni, bersih, cadar dan towel diganti setiap hari cuma satu je kedekut shower gel...letak ciput je...kita kena bagi tau kat reception letak shower gel lebih sikit. Sabun ketoi dah la tak dak. Kettle ada, tv ada aircond pun ada. Teh kopi gula pun ada. Maggi indon pun ada kena bayaq la kalau nk mkn. Akak bawa maggi sendiri je....kot lapaq2 boleh mkn.

Malam tu akak tak kuar lagi sbb penat. Esok je igt nak ronda2 shopping kat kota Kuta. Ada shopping kompleks Matahari dan banyak kedai2 di kota square. Dekat je jalan2 lebihkurang 5minit sampailah kat tempat shopping. Esok akak akan dibawa ke Tegallalang dan Kintamani. Tgulah next entry akak ye....semuga anda semua seronok membaca coretan akak ni dan jgn segan silu nak komen sekurang2nya akak boleh perbaiki lagi coretan akak yg serba kekurangan ni....ok bye hga ketemu lagi di lain entry.....

 Salam sayang,




© MY JOURNEY | Design By MaiGraphikDesign