Selasa, 13 November 2012

FREMANTLE...PERTH DAY 4.

Selepas habis ronda-ronda kat Kings Park tu....keesokan hari kami semua pergi ke Sunday market dekat Belmont. Cuci mata....pasar pagi Ahad di sini byk menjual barang2 terpakai semua jenis barang ada dijual dgn harga yg murah dari 50sen hga 50AUD...tengok la jenis brg apa...ramai juga org putih ni dtg shopping kat sini.....

Sunday Market

Lepas tu kami g shopping kat BigW sebuah shopping mall yg terkenal juga kat Perth ni...di Cockburn Gateway...nak tau semua pakat dok beli Correll....boleh tahan murah la juga...design baru kalau kat Malaysia ni harganya RM665.00 satu set dekat sana dapat la dlm 55AUD ke 80AUD. Tapi depa kata kat USA lg murah...dalam 19USD je....tak tau la aku tak penah sampai lg USA....nak p juga one fine day...



Destinasi kami seterusnya Fremantle City....E-Shed Market. Org kata kat E-Shed Market ni souvenir murah sgt. Memang murah pun...Beruang Koala, Kanggaroo yang kecik-kecik tu...12 ekor 2AUD je.T Shirt juga murah. Ada satu kedai Indon tu mmg murah...Jurujual nya pandai cakap melayu.Boleh tawar-menawar lagi.

E-Shed Market


Nah shopping sakan nooo...

Dekat Fremantle Market


Marry Go Round depa kata mcm London Eye...


Selepas Fremantle destinasi terakhir kami ialah tengok sunset di Beach.....tak ingat nama dia....










Malam terakhir Fakri, Shah dan Zailan yg telah dilantik jd Bendahari sdg bermesyuarat dan   mengira semua perbelanjaan makan, minum, minyak kete, tempat tinggal dan kereta sewa....untuk dibahagikan kpd semua yg terlibat dalam percutian ini. Akhir sekali menteri kewangan telah menetapkan 68AUD seorang kene bayar kepada PIC. Semuanya berpuashati dan tidak ada bantahan....


Makan malam terakhir di Perth. Aku masak sup tulang je....dan sayur kobis...LICIN.

Akhir sekali kami semua mengucapkan jutaan terima kasih kepada tuan rumah Aminudin bin Othman dan isteri Suraya Hanie bt Bastani kerana melayan kami dengan baik sekali. Kami sungguh berbesar hati dan seronok semasa bercuti di Perth, WA.

Hari terakhir kami semasa di Perth Airport...yg mana flight kami delay selama lebihkurang 5jam. Air Asia telah bayar kepada kami 20AUD seorang untuk duit makan.





Makan seafood basket dan fish and chip je....

Sepatutnya flight 6.50pg...delay 11.50pg ada masalah tenikal sikit...

Beli juga handbag Guess.
Ni dia....flight kami yg delay tu...

Dlm flight baru jumpa mkn nasi lemak Pak Ali....boleh le....RM18.00.

Kami selamat sampai di KUL pada jam lebihkurang jam 6.10ptg. Alhamdulillah selamat....Percutian kali ini ke Perth, Australia cukup happening dan sungguh meninggalkan kesan yang mendalam kepada kami semua...Kami semua akan bercuti lagi ke Perth bila ada kelapangan dan cukup wang....
HINGGA BERTEMU LAGI DI PERCUTIAN SETERUSNYA....BYE....BYE...BYE....

Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

© MY JOURNEY | Design By MaiGraphikDesign