Sabtu, 11 Oktober 2014

SEPANJANG PERJALANAN KE BOPPART......




Assalamualaikum semua.....pembaca yg budiman yang tak jemu2 nak baca entry akak yang serba ringkas ni. Apa khabar semua? Semuga baik dan sht2 sejahtera ok. Pagi 18/4/2014 akak sarapan kat hotel jer....makan telur, buah kiwi dan conflakes je yang boleh mkn. Nasi pun dah mkn dlm bilik hotel utk kenyangkan perut kan nak teruskan perjalanan hari ni ke Boppart, Jerman. Dalam perjalanan tu kami singgah di sini. Rumah kincir angin yang besar ni. Rata-rata kat Amsterdam ni terdapat kincir angin anda boleh lihat sendiri bila berkunjung ke sana. Bas kami berhenti sekejap je kat sini utk ambil gambar. Jadi la kan. Dulu tahun lepas akak dah pergi Zaanse Schans tuan/puan boleh baca kat sini ok.







Bergambar dengan bunga daffodils



Lepas tu kami pi melawat kilang buat keju ngan klompe. Rasa-rasa akak dah datang melawat pada tahun lepas. sat na nak recall balik. OOooo bukan kedai yang sama kedai yang lain. Tapi rasa cara demo dia sama ja. Cuma kedai ni kecil sedikit dari yang dulu akak pi melawat tu. Hari ni hujan pulak. Sejuk nya sampai ke tulang hitam. Akak cuma bergambar je......jom layan gambaq.....










Demo buat keju pula.....rasa dah boring dengo....layan je....





















Singgah di salah satu perhentian rehat. Berposing lagi....







Dah sampai Boppart.....Germany.....tempat yang sama tahun lepas. Hotel pun sama.....ahaks. Baca di sini untuk entry tahun lepas....
Di Boppart ni akak tidor semalam jer. Aktiviti sama macam tahun lepas naik cruise juga. Jom layan gambaq.....




Masa akak pi sekali ni musim bunga jadi rata2 ada bunga tulip dan cherry blossom atau bunga sakura. Hati pun jadi berbunga-bunga. Cantik. Akak jenjalan je keliling bandar ni mengimbau kembali kenangan tahun lepas. Masih sama seperti dulu. Ok lah yer nti akak sambung lagi esok akak akan ke Nuremberg dan Prague pula......tunggu ye......
to be continue.....

Salam sayang,





Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

© MY JOURNEY | Design By MaiGraphikDesign