Assalamualaikum semua pembaca yang budiman. Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 57. 57 ni mmg meninggal kesan yang mendalam pada akak. Yer ler bila akak tgk jer no 57 ni hati mula tersentuh dan rindu makin meruntun terkenangkan seseorang yang pernah hadir dalam hidup akak. Sudah 13 tahun berlalu jika dia ada hingga sekarang ni sudah tentu umurnya 57 tahun dah. Tapi apakan daya Allah lebih menyayangi dia. Akak hanya mampu menghadiahkan Alfatihah buat suami tersayang Abdul Kamal bin Maun yang telah meninggal dunia pada 10 Mac 2001. Alfatihah.....semuga arwah ditempatkan bersama org2 yg beriman. Amin.
Hah cerita pasal merdeka pula tahun ni 2014 mmg best tema hari kemerdekaan negara kita DI SINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA........mmg awesome. Lagu temanya pun best dan menyentuh perasaan. Cer kita renungi lagu tema tersebut......jom.....
Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta
Cinta
Cinta kepada nusa
Kini dan selamanya
Tak berbelah bagi
Cinta bergema
Sejarah kebangkitan
Semangat bagai pahlawan
Alangkah oh bertuahnya
Kita
Punya rasa yang dalam
Pada pertiwi ini
Kita terus berganding ke mercu
Chorus
Di sini lahirnya sebuah cinta
Cinta yang semarakkan
Penyatuan kita semua
Di sini lahirnya sebuah cinta
Curahkan sepenuhnya
Jasa dan budi kita
Segala cabaran
Kita terus tempuhi
Jangan ada yang leka
Tetap berjuang
Di sini lahirnya sebuah cinta
Cinta yang semarakkan
Penyatuan kita semua
Di sini lahirnya sebuah cinta
Curahkan sepenuhnya
Jasa dan budi kita
Ayuhlah berbakti
Hingga akhirnya
**
*
Kita tahu Malaysia telah menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-57 pada 31 Ogos semalam. Demi menyemarakkan semangat cintakan negara, lagu tema telah dilancarkan dengan tajuk 'Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta' yang juga tema sambutan tahun ini.
Lagu nyanyian Bob Yusof ini merupakan ciptaan komposer terkenal Sharon Paul dan liriknya ditulis oleh Ahmad Fedtri Yahya.
'Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta' mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk berganding bahu mempertahankan negara. Pada masa yang sama bersama membangunkan Malaysia agar menjadi sebuah negara yang disegani.......
Lagu nyanyian Bob Yusof ini merupakan ciptaan komposer terkenal Sharon Paul dan liriknya ditulis oleh Ahmad Fedtri Yahya.
'Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta' mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk berganding bahu mempertahankan negara. Pada masa yang sama bersama membangunkan Malaysia agar menjadi sebuah negara yang disegani.......
Ihsan dari google....
Di sini akak ingin mengucapkan kepada seluruh rakyat Malaysia selamat menyambut hari kenerdekaan yang ke 57 tahun semuga negara kita aman dan damai. In Sya Allah....
SEMUGA NEGARA KITA MALAYSIA AMAN DAN TENTERAM SERTA PENDUDUKNYA BERSATU PADU. AMIN AMIN YA RABBAL ALAMIN.