Assalamualaikum semua pembaca yang budiman....apa khabar bersua kembali kita di ruangan ini. Entry kali ni akak nak cerita akak pi pasar bunga terapung kat Amsterdam ni.
Nama pasar ni BLOEMENMARKT Amsterdam. Pelik la sikit nama nya kan. Bahasa depa la. Sapa2 yang bercuti ke Amsterdam ni tak sah kalau tak pi tempat ni. Jika nak pi amik la tram Line No 4, 9, 13, 14, 24 dan 25 dari Dam Square. Turun la dekat Muntplein stesen. Atau jika naik tram Line No 1, 2 dan 5 turun di Koningsplein stesen. Floating flower market ni buka dari jam 9 pagi hingga 5.30 petang dari hari Isnin hingga Sabtu. Pada hari Ahad dia buka lewat sikit dari jam 11 pagi hingga 5.30 petang. Tiada bayaran masuk di kenakan. Macam pasar pagi lah. Suka hati nak pi ka tak.
Pasar ni mmg terkenal terletak dipesisiran canal macam terusan atau parit la. Canal tu sedap sikit. Sesiapa yang melancong ke Amsterdam ni wajib singgah tau utk tengok sendiri floating market ni. Pasar ni merupakan pusat penjualan bunga dan anak benih yang paling terkenal di Belanda dan ia merupakan salah satu tempat tarikan pelancong yang utama. Ingat kot berniaga bunga dalam air rupanya atas darat je. Ha ha ha nama floating tapi tak pun. Akak berjalan dari satu kedai ke kedai tgk2 jer tak beli apa2 pun sambil menikmati keindahan bunga2 yang bewarna warni serta menghidu bau bunga yang harum seperti bunga rose dan lavender yang cukup mengasyikan. Dan ia mmg akan menjadi kenangan seumur hidup akak. Yang paling banyak bunga Tulip dan benih2 tulip. Kawan2 akak semua beli benih bawa balik dan depa tanam kat Malaysia ni hidup dan berbunga......akak tak beli pun. Jom layan gambaq....... ha tgk gambar bunga di bawah ni pokok bunga Amaryllis yang kawan akak Hjh Missnah beli benihnya macam kat gambar bawah ni. Kak Miss tanam sebulan je dah keluar bunga daun tak de pun......haaa jadi mmg buleh idup lah jika kita beli benih dari sana bawa ke Msia ni......cantik kan.....
Ni la benih2 tulip tu..... |
Benih Bunga Tulip ni macam bawang besar. |
Kami jumpa kedai halal apa lagi terus pi mkn ler. Macam2 kami ode. Harga boleh tahan ler. Sedap jgn kira sangat sbb janji kenyang. Sory lah ye gambar akak amik ni kurang jelas ke ape tak tahu ler blur je. Mungkin kurang fokus kot sbb dah lapar nak mkn.
Haa kat sinilah nanti pada lewat petang ni kami akan naik cruise ni. Pusing canal ni. Boleh tgk keindahan bandar Amsterdam di waktu malam. Tahun lepas akak datang juga Amsterdam tapi hanya melawat redlight district zone je. Tak payah la pi tgk lg benda tu. Dalam entry terdahulu akak ada cerita kat sini kalau nak baca.
Ok lah setakat ni utk hari ni. Lepas naik cruise tu kami balik hotel tdo. Malam ni dah tdo hotel lain dah......hotel yang cantik dan selesa sikit. Ok bye hingga bertemu lagi di lain entry. Esok pagi2 akak dan kawan2 akan teruskan perjalanan ke Jermany dengan menaiki bas......tguuuu ok....
to be continue......