Sabtu, 23 Ogos 2014

KEUKENHOF, AMSTERDAM, HOLLAND.


Assalamualaikum semua pembaca yang budiman.....sambung lagi citer akak kat Amsterdam ni. Ngeri juga bila dengar Amsterdam kan sbb peristiwa MH17 tu la kan. Kesian kpd semua penumpang2 yang menjadi mangsa. Walaubagaimanapun di sini akak nak ucapkan takziah kepada keluarga penumpang dan krew. Alfatihah semuga mereka ditempatkan bersama2 org yang beriman. AMIN.





Pagi 16 April 2014 (Rabu) akak bgn awal sbb dah puas tdo mlm td. Bgn pg2 terus siapkan bekalan bawa nasi nak pi Keukenhof dah. Tak sabaq nak pi dah aish. Sebelum tu sempat posing dulu kat area hotel kita org tu. Sambil2 jalan nak pi stesen keretapi bergambar je akak ni. Untuk kenangan kan. Bukan selalu dtg pun jd kena amik gambar byk2 ler. Hotel LM Meininger tu dekat sgt ngan stesen ketapi Amsterdam Sloterdijk bejalan kaki 5 minit je dah sampai. Dekat kan.






Kami naik ketapi dari Amsterdam Sloterdijk tu ke Schiphol untuk amik bus ke Keukenhof. Tiket dah beli baca entry........DI SINI.  


Sampai Schiphol bus lambat lagi. Bus kalau tak silap akak setengah jam sebiji. Ntahlah tak igt dah jika salah tolong betulkan ok. Jadi kami amik peluang bergambar di I AMSTERDAM ni. cantik tempatnya dan amat berpuashati. Ni kat airport semlm lah. Tapi semlm kami tak jumpa bende ni. Bila tanya org dekat sgt dgn tempat kami bergambar semasa sampai smlm. Sapa2 yang sampai Schiphol wajib tau bergambaq kat sini ok. Jom layan gambaq......





Puas bergambaq kami jalan pi tempat shuttle bas tu. Sampai2 ja org dah penuh Q. Mak ai ramainya. Kami pun ikut Q juga. Bila bus sampai kami tak dpt naik lagi sbb bus dah penuh tgu bas yg lain pulak. Alahai nasib. Tu la dok sibuk amik gambaq sgt.








Bus 858 ni la yang bawa kami terus ke Keukenhof. Bila nak balik nanti pun kena naik bus ni jugak. Bas express ni amik masa lebihkurang 45 minit sampailah kat Keukenhof. Ladang bunga tulip terbesar di dunia di daerah pekan Lisse.



.....Ihsan Wikipedia.

Keukenhof, terletak di Lisse, Belanda, juga digelarTaman Eropah, adalah taman bunga terbesar di dunia. Keukenhof dibuka dari minggu akhir Mac hingga pertengahan-May. Waktu terbaik untuk melihat bunga tulip adalah sekitar pertengahan-April, terpulang pada cuaca. Ia terletak di antara bandar-bandar Hillegom dan Lisse, selatan Haarlem di Holland Selatan, barat laut Amsterdam, dan dapat mudah didatangi dengan bas dari stesen-stesen Haarlem atau LeidenTaman ini terletak di daerah bernama Duin en Bollenstreek.

Keukenhof (yang dalam bahasa Belanda bermaksud Kebun Dapur) adalah sebuah taman bunga yang terletak di Lisse, Belanda, dan merupakan taman bunga terbesar di dunia. Menurut pihak pengurusan Taman Keukenhof, terdapat tujuh juta kuntum bunga yang ditanam setahun sekali di taman tersebut.

Taman ini dibina pada tahun 1949 oleh calon ibu negeri Lisse, yang merupakan kota kecil dekat Amsterdam. Iaitu untuk membuat sebuah pameran bunga agar penanam bunga dari semua penjuru Belanda dan Eropah dapat mempamerkan bunga mereka yang akan membantu Belanda sebagai pengekspot bunga terbesar di dunia. Dalam waktu 50 tahun Keukenhof telah menjadi sebuah taman bunga terbesar di dunia.

Keukenhof dibuka setahun sekali pada minggu terakhir bulan Mac sampai pertengahan bulan Mei. Saat terbaik untuk melihat bunga tulip adalah pertengahan bulan April, bergantung pada cuaca. Setiap tahun Keukenhof akan dibuka pada 19 Mac sampai 21 Mei.



Jom layan gambaq yang menceritakan seribu makna.........
























Daffodil























MasyaAllah sungguh cantik. Bunga tulip, dafodil, lavender, sakura dan byk lg tak terhitung jenis bunga2 yg terdpt di sini. Dah penat berjalan berehat pula. Makan bekai yang dibawa sebelum teruskan lagi perjalanan dlm ladang tulip ni. Mmg tak terdaya nak habiskan semua kerana dah penat berjalan. Syukur Alhamdulillah dapat jejakan kaki di sini.



















































Bunga Sakura (Cherry Blossoms) bunga nasional Jepun ni pun terdapat di Keukenhof ni. Bunga ni hanya berbunga setahun sekali sahaja iaitu sekitar awal April hingga akhir April sahaja. Sungguh indah Ya Allah bunga bungaan ciptaan Mu Ya Robbi.












Lewat petang tu kami dah penat nak jenjalan lg. Semua amik keputusan nak balik dah. Kaki dah mula sakit2. Almaklumlah semua dah 50 siries. Ye le luas Keukenhof ni je dah 32 Hektar ada yang kata 80 Hektar ntah le yang mana betul. Bayangkan mana nak larat. Semasa nak balik keluar je pintu gerbang Kuekenhof tu ada bus stop 858 utk ke Schiphol. Boleh je tgu Q kat situ. Akak ni ni mmg penggemar bunga semua jenis bunga akak suka. Entah bila pula akak dpt berkunjung lagi ke Keukenhof ni tak tahu lah. The Garden of Europe nama yang diberikan kepada Keukenhof. Cukuplah entry akak setakat ni. Tgu entry akak utk esok kami akan pergi ke Floating Market, Amsterdam.....bye....bye Keukenhof. Impian dah tercapai sudah.....Alhamdulillah.

Salam sayang,





Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

© MY JOURNEY | Design By MaiGraphikDesign