Isnin, 7 Januari 2013

FAMILY TRIP TO SINGAPORE CITY......EXPERIENCE OF A LIFETIME(DAY2)

 Hari Kedua pagi-pagi buta lagi kami dah bangun...bersiap...ye le...bas dah sedia menunggu. Pemandu bas tu mmg sgt prihatin terhadap waktu....jam 7.00 pagi dah ready utk bawa keluarga kami ke Lion City ni...kali ni kami dibawa ikut Woodland Checkpoint pulak...ikut Woodland ni free tetapi tersgtlah ramai org sbb sok dah nak Krismas... Q panjang beb....bersabo je le....

Merlion.
 Mula-mula kami dibawa ke Merlion Park...tak sah kalau masuk Singapore tak mai tengok menatang ni....ramai sungguh orang pada hari tu....kami sempat juga bergambar beramai-ramai untuk kenangan.

   
Bergambar di hadapan Marina Bay Sand Hotel yg atas hotel ni ada swimming pool.
Ni dia...swimming pool dia....seram aku....
Eye Of Singapore....Singapore Flyer.

Art Science Museum
Kami diberi tahu gabus ditengah-tengah laut tu untuk acara semasa new year....mcm azam yang dibuat dan dicampakan ke dlm laut tu apabila malam new year lampu2 tu akan menyala di gabus tersebut dan kelihatan sungguh menarik dan cantik sekali dgn warna warni kehidupan.

Esplanade
Bot yg tak sempat kami naik...

File:Cavenagh Bridge 3, Dec 05.JPG
Jambatan tertua di Singapore...Cavenagh Bridge

Selepas melawat Merlion Park kami dibawa ke sebuah kedai Perfume di mana aku pun dah tak ingat lagi namanya....mahal juga harganya katanya ori...ntahlah tak tahulah ori atau pun falsu....aku tak beli pun....selepas tu kami dibawa untuk makan tengahari di sebuah Restoran Minang bernama Sabar Menanti berdekatan dengan Arab Street....makan tengahari kat situ memang puas hati harga pun berpatutan...boleh la...aku makan utk 2 orang dgn harga SD11.00. murahlah tu.....




Kami singgah solat di Masjid Sultan, Masjid tertua di Singapura. Selepas solat membeli belah di Bussaro Street, Arab Street....berhampiran dgn Masjid Sultan itu. Kemudian kami terus ke Mustaffa ala-ala Mydin gitu...masa terus mencemburui kami...kami tak sempat nak shopping lagi sebab harus pergi ke Sentosa Island lagi untuk mengejar show....Song Of The Sea pada jam 7.40malam.


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgB_7w0Mzw2H2WOjJFrjLhWjG7ZlKAtne4WIVeOcBKAeTUEX2fQNmWMrhm5DZAjkk3gXCd1DCW7bFbwHgpLGJTKl1M_DOpKyimeIAen-LzwWhoMdWOoxCgBjbHk6RgNlV3Ed3-jkLAPcJ4/s1600/150605_446031222113243_1327564756_n.jpg
Masa tak cukup untuk kami naik cable car ni....
Tempat show Song Of The Sea dari stesen monorail.






Kami hanya sempat naik beach tram pusing-pusing Sentosa Island dan sempat bergambar di Siloso Beach.


Dhia Adra Natasya 7 bulan
Amani Sofea 1 tahun 9 bulan
 Selepas pusing-pusing kami semua terus ke tapak show Song Of The Sea mencari tempat duduk yang selesa utk tgu show bermula.



 

Selepas show kami bergegas berkumpul utk ke parking bas yg sedia menunggu. Percutian kali ini sangat bermakna walaupun masa terlalu singkat dan terlalu penat rushing untuk 2hari. Entah la bila dapat berkumpul semula untuk family trip begini....semoga percutian kali ini dapat meninggalkan kenangan manis yang sukar untuk dilupakan.....sehingga berjumpa lagi dilain entry.....bye....bye...bye...

Khamis, 3 Januari 2013

FAMILY TRIP TO SINGAPORE CITY......EXPERIENCE OF A LIFETIME(DAY 1)

Salam semua, rasanya dah lama juga tak update blog ni.....maklumlah sibuk sikit dan pergi bercuti yg sebenor nye....almaklum lah sekali ni p dengan famili sebelah my hubby....seramai 37 orang semuanya...wow besar kan....Tanggal 22 hingga 25 Dis 2012 kami mulakan perjalanan dengan konvoi beramai2 ke Johor. Kami bermalam di Layang-layang rumah anak sedare suami yang bekerja di Sime Darby Plantation Sdn Bhd. Ok la rumah banglo tu besar dan terdapat 6 bilik selesa untuk kami semua menginap di situ. Sampai telah lewat malam keluar tol Sedenak hai...rase-rasenya jauh la juga umah Hatim ni....tak penah pi kan tu lah terase jauh beno....Allhamdulillah kami semua selamat sampai kat rumah Hatim pada mlm tersebut. Hatim dan isteri Azimah telah menjamu kami dgn nasi tomato....hmm mmg sedap....catering masak. Mlm tu kami semua tdo dgn nyenayknya...sejuk...almaklumlah kawasan ladang kelapa sawit.

Pada keesokan harinya 23/12/12 (Day 1) kami akan bertolak ke US Singapura. Bas yang kami sewa telah sampai pada awal pagi seawal jam 7.00 pagi. Kami bersarapan nasi ayam di dalam bas dan membawa bekal nasi ayam dan air mineral untuk masuk ke USS. Sebab makanan di dalam USS tu semuanya mahal sangat. Alhamdulillah makanan yg kami bawa semua selamat dibawa masuk ke USS....lepas....ada juga depa kata tak boleh lepas makanan tu....nasib juge le....Nasib baik le....jika tak bg je makanan tu kat org yg jage tiket tu.....makan le kome....


Bas yang kami sewa
Kali ni kami masuk ke Pulau Singa ni melalui Tuas. Malaysia~Singapre Second Link di mana jambatan ini menghubungi Johor dan Singapore. Kene bayar tol lebihkurang RM8.50-9.00@$S3.40. Senang bila masuk ikiut Tuas ni kerana orang tak berape ramai tak payah naik tangga. Group kami yang bawa ibu mertua yg berkerusi roda ni amat mudah dan senang serta cepat sekali. Alhamdulillah....tdk lah mcm di Woodlands Checkpoint tu....beratur hai...pjg ....sgt...

Me & Hubby & Anak-anak. Nazua & Nadia x de dlm gambo ni.

Hah nak masuk dah ni....hari tu tak puas....berjimba-berjimba...




Me & Hubby
Rumah Shrek






Road Show.


Kene tgk guide dlm USS ni jika nak tahu semua games dlm tu...


Pada hari tu aku hanya dapat masuk tengok Lights Camera Action je...sbb jaga cucu...almaklumlah mummy dan daddy Dhia Adra Natasya ni nak g main games yang adventure sbb tak pernah main lagi. Aku jaga cucuku hingga jam 3 petang je... pass tu aku dan hubby pergi naik Madagascar...tu pun beratur lebih setengah jam sbb ramai orang. Pass tu kami tgk show Shrek dan Donkey Ride itu je yang kami sempat buat. Jadi lah org tua-tua ni tak sesuai nak main games yang lasak-lasak gitu. Darah gemuruh dan gayat.





Best juga show ni...terhibur...

Anak2 ku dan anak buah ku yg terlalu happy....

Pada sebelah petang jam 7 malam kami semua bergegas untuk pulang sbb bas yang disewa sedia menunggu di bawah USS ni...tempat parking bas. Kami semua berkumpul dan apabila telah cukup orang baru kami turun ke bawah untuk ambil bas.





Cuti Cuti Keluarga Geng Tok Kushairi
Biasa lah anak-anak buah masih tidak puas bermain games di dalam USS tu sebab terlalu lame utk beratur dan hanya dapat bermain beberapa games sahaja. Jadi depa tak puas lagi.....Kami juga sempat membeli souvenir seperti bekas air dengan harga $S8.90 dan $S11.90 bekas air ini yang ade lambang USS utk buat kenangan. Ada juga yang beli bekas air berkepalakan Tranformers, Shrek dll lg. Hai ada juga yang beli Almo....harganya $S39.90 lebih kurang RM100.00. Hish...hish...mahal tu...tapi nak buat macamana dah nak juga utk jdkan kenangan. Entah bila pula akan sampai lagi di USS ni tak tau lah.... Akhirnya pada malam itu kami semua keletihan dan keluar dari Kota Singa ke JB semula. Kami singgah makan malam pada jam 10 mlm dan terus pulang ke tempat kediaman untuk tidor.....Jangan lupa ini baru hari pertama....hari kedua esok pula akan masuk ke Kota Singa lagi....

to be continue.....
© MY JOURNEY | Design By MaiGraphikDesign