Selasa, 11 Disember 2012

PULAU KARIMUN...REGARDLESS OF THE DATE...

Aku ingin abadikan perjalanan ku ke Pulau Karimun di entry ini. Aku pernah menjejakkan kaki ku ke Pulau Karimun satu ketika dahulu. Aku pergi dengan menaiki feri daripada pekan Kukup, Johor. Kukup merupakan sebuah mukim yang terletak di selatan negeri Johor, di dalam daerah Pontian berhampiran Pontian Kecil, Tanjung Piai. Kukup mempunyai sebuah jeti dan feri menuju ke Pulau Karimun di Indonesia. Kukup di bawah pentadbiran PBT Majlis Perbandaran Pontian, Johor.


Me@Jeti Kukup.

Kami bertolak lewat malam dari Kuala Lumpur menaiki bas persiaran yang disewa ke Jeti Kukup. Sampai diawal pagi sambil menunggu perkhidmatan feri dibuka kami minum pagi dahulu di Terminal Feri Kukup. Setelah membeli tiket RM85.00 pergi balik kami bertolak ke Pulau Karimun yang mengambil masa satu jam untuk sampai ke sana daripada Jeti Kukup.



Dalam feri
Jeti Tanjung Balai Karimun
Tidak lah istimewa sangat Pulau Karimun ni jika dibandingkan dengan tempat-tempat lain di   Indonesia. Tapi boleh le jika nak luaskan pemandangan tengok tempat orang. Yang istimewa di sini hmmm...urutan tradisionalnya...huh sungguh hebat. Tiap-tiap hari aku mengambil kesempatan membelai badan di bilik hotel. Urut selama 2jam sangat-sangat happening...segar dan sihat. Hmmm puas.


Munsi dan Zana.
 Puas kami naik beca di pulau ini.....bas tak nampak la pulak cuma yang ada beca je.....ojek ada la....

Me & Masahila.
 Shopping....memang la acara paling best sebab yang pergi ni....semuanya jutawan segera. Tapi kebanyakan kedai-kedai di sini menjual pakaian lelaki sahaja seperti seluar jeans, bag dan kasut kulit. Pakaian wanita ada juga tapi tak banyak. Aku ada juga membeli seluar jeans Mercedes yang hingga kini masih elok dipakai.....cuma lusuh sedikit le....murah sangat lebihkurang RM45.00 sehelai.


Kami tinggal di Hotel Rasa Sayang.


Memang best pergi melancong ni. Kita dapat melihat budaya satu-satu masyarakat di tempat tersebut. Saya juga merasa puas dengan percutian kali ini. Jika ada ruang dan waktu saya akan pergi lagi ke Pulau Karimun, Tanjong Balai ni. Ok then.....bye...PERMISI BU hingga berjumpa lagi di entry yang lain.

Rabu, 5 Disember 2012

PADANG ~ BUKIT TINGGI, INDONESIA...TINGGAL KENANGAN....

Pada bulan April 2004 aku dan kawan-kawan telah melawat Padang-Bukit Tinggi....di Sumatera Barat, Indonesia. Kami semua menaiki pesawat...ntah aku tak ingat dah samada Mas Airlines atau Air Asia.....Kami selamat mendarat di Lapangan Terbang Tabing, Padang setelah berada lebih kurang 1 jam dalam pesawat. Pemandu pelancong telah sedia menunggu kami dengan bas Pariwisatanya. Kami meneruskan perjalanan dari Padang ke Bukit Tinggi yang akan memakan masa lebih kurang 2 jam. Dalam perjalanan kami singgah di Air Terjun Lembah Anai yang tingginya lebihkurang 30 meter.

Air terjun Lembah Anai.
Menurut pemandu pelancong kami sesiapa yang basuh muka dan mandi di Air Terjun Lembah Anai ni akan jadi muda.....Apa lagi semua kawan-kawan yang lain telah membasuh muka mereka....terutamanya orang lelaki....hmmm biasalah nak mude...

Bergambar dengan CC Ani Ib.
Landasan_kereta_api_Lembah_Anai.jpg (686×500)

Rumah Gadang.
Rumah Gadang ini merupakan rumah adat Minangkabau  yang mana bentuk bumbungnya macam tanduk kerbau. Sesiapa yang datang ke Padang ini tak sah jika tidak melawat rumah gadang ini....macam makan nasi tanpa kuah lah orang kata..... Rumah Gadang yang kami lawati ialah Istana Baso Pagar Ruyung....sungguh unik istana ini....Dalam perjalanan kami didendangkan dengan lagu Ayam Den Lapeh....sedap juga lagu ni jadi halwa telinga kami.....     

Luruih lah jalan Payakumbuh, Babelok jalan Kayu Jati, Dima hati indak kan rusuh, 
Ayam den lapeh, hoi..hoi … ayam den lapeh, Mandaki jalan Pandaisikek, Manurun jalan ka Biaro, Di ma hati indak lupek, Awak takicuh, ohoi … ayam den lapeh....
Sikua capang sikua capeh,Saikua tabang sikua lapeh,Tabanglah juo nan karimbo, Ai lah malang juo, Pagaruyung jo Batusangkar, Tampek mandaki dek urang Baso, Duduk tamanung tiok sabantar, Oi takanang juo, O hoi … ayam den lapeh

Nuansa Malinjau Resort, Bukit Tinggi.
Nak sampai tempat ni....kene lalu kelok 44.  Disini ramai peniaga-peniaga tempatan menjual Cross Stitch di Subuh hari hingga ketengah malam. Murah sangat....hmmm terbeli la juga 2....3...






Muzium Rumah Kelahiran Buya Hamka menjadi tarikan pelancong terletak berhadapan dengan Tasik Maninjau. Dalam muzium ini terdapat pelbagai gambar, barang peninggalan serta buku-buku Ulama Nusantara, Buya Hamka. Haji Abdul Malik Karim Amrullah atau lebih dikenali dengan jolokan Hamka yakni singkatan namanya, beliau dilahirkan di Maninjau, Tanjung Raya, Kabupaten Agam, Sumatera Barat pada 17hb. Februari, 1908. Beliau meninggal dunia di Jakarta pada 24hb. Julai, 1981 pada usia 73 tahun. Beliau merupakan seorang sastrawan Indonesia, ulama, ahli falsafah dan aktivis politik. Beliau juga diiktiraf sabagai Pahlawan Nasional Indonesia. Beliau juga merupakan salah seorang Indonesia yang paling banyak menulis dan menerbitkan buku. Beliau juga digelar sebagai Hamzah Fansuri di era moden. Beliau diberi gelaran Buya yaitu panggilan untuk orang Minangkabau yang asalnya dari abi atau abuya dalam bahasa Arab yang membawa maksud ayahku atau seseorang yang dihormati.

Museum_Rumah_Kelahiran_Buya_Hamka.jpg (754×500)

Pantai Air Manis Padang.
Pantai Air Manis berkaitan erat dengan legenda Malin Kundang di Sumatera Barat. Malin Kundang adalah karakter dalam dongeng yang berubah menjadi batu, bersama-sama dengan kapalnya, setelah durhaka kepada ibunya. Di tepi pantai, terdapat batu Malin Kundang dan beberapa perlengkapan kapalnya, yang juga berubah menjadi batu. Berdasarkan cerita, Malin Kundang dikutuk oleh ibunya karena menolak untuk mengakui ibunya setelah bepergian ke daerah lain dan menjadi kaya. Macam cerita Si Tanggang lah.....lebihkurang la....

BatuMalinKundang.jpg (400×300)

20101115061542!BatuMalinKundang.jpg (299×205)

PANTAI AIR MANIS

Bergambar disalah satu kelok....semasa melalui kelok 44.
Kelok 44 adalah kelokan yang terdapat di  Kabupaten Agam Sumatera Barat. Kelok 44 merupakan daerah yang berbukit berada di atas Danau Maninjau yang dilingkari jalan yang berbengkang-bengkok dan berkelok dilerengnya. Kelok 44 merupakan selekoh tajam berjumlah 44 belokan. Itulah sebabnya jalan ini dinamakan Kelok Ampek Puluh Ampek. Setiap kelokan memang patah dan tajam. Setiap kelok itu diberi nomor berturut. Sepanjang perjalanan dari Bukit Tinggi menuju ke danau ini, kita semua akan melihat pemandangan yang sangat indah berupa sawah-sawah padi yang berbentuk seiring, pancuran-pancuran air dari sungai yang bertingkat-tingkat, serta hijaunya deretan Bukit Barisan. Kelok 44 juga merupakan ikon dalam pelancongan ke Padang~Bukit Tinggi ini.

Bukittinggi_Torre_del_Reloj.JPG (1536×2048)
Jam Gadang
Jam Gadang adalah nama untuk menara jam yang terletak di pusat kota Bukit Tinggi. Menara jam ini memiliki jam dengan ukuran besar di empat sisinya sehingga dinamakan Jam Gadang, sebutan Bahasa Minangkabau yang berarti "jam besar". Jam Gadang dibuat tanpa menggunakan  besi peyangga dan campuran simen. Campurannya hanyalah kapur, putih telur dan pasir putih. Keunikan dari Jam Gadang sendiri adalah pada kesalahan penulisan angka roman empat (IV) pada masing-masing jam yang tertulis "IIII". Kesahalan penulisan tersebut juga sering terjadi diserata dunia, seperti angka 9 yang ditulis "VIIII" (sepatutnya IX) ataupun angka 28 yang ditulis "XXIIX" (seharusnya XXVIII).

2011_jamgadang_dokar.jpg (3456×2304)
Banyak kete kuda di Bukit Tinggi ni.....
Lirik Lagu Mudiak Arau

Anak urang Sabu Andaleh, yo mamak oi
Singgah karumah si Sutan Mudo, si Sutan Mudo
Singgah karumah si Sutan Mudo, si Sutan Mudo

Bia abih oi bialah tandeh, yo tuan ei
Hati den kanai kabaa juo, kabaa juo
Hati den kanai kabaa juo, kabaa juo

Indak dapek musim manyiang, yo mamak oi
Musim manuai den nanti juo, den nanti juo
Musim manuai den nanti juo, den nanti juo

Indak dapek oi tarago bujang, yo tuan oi
Baranak ampek den nanti juo, den nanti juo
Baranak ampek den nanti juo, den nanti juo

Ondeh mandeh sansai badan
Ondeh mandeh sansai badan
~~~~~~~~~~
Sungguh indah saat bercuti ke Padang~Bukit Tinggi ni....sekiranya ade masa terluang dan rezeki yang murah akan ku jejaki lagi kaki ku ini ke Ranah Minang....hmmm makan duduk bersila di tepi sawah padi yang sepoi-sepoi hembusan bayunya.....makan masakan minang di restoran Pak Datuk.....jalan-jalan di Pandaisikek hasil kraftangan Minang....menikmati keindahan alam semulajadinya yang nyaman di tepi tasik Maninjau.....melihat tarian piring yang hebat....piring tak jatuh pun......macam-macam lagi.....yang mana hingga kini masih segar dalam ingatan....yang mana telah pun menjadi KENANGAN ABADI.......Ranah Minang......hingga ketemu lagi di suatu masa dan ketika...........
© MY JOURNEY | Design By MaiGraphikDesign