Sabtu, 15 Mac 2014

CNY VACATION ~ MEDAN KUALANAMU ( DAY 1 & 2 )


Assalamualaikum semua....lama juga akak tak update blog ni.....busy tahap gaban ni. Haa....ni akak nak cerita pasai percutian yang akak, yang tidak dirancang ni tup tup terus je my hubby buka mulut raya Cina ni nak pi mana sbb dia cuti 4h. Apa lagi akak pun tanya dia nak pi dlm negeri ka apa? OOooo dia jawab dlm Msia tak mau pi la dah serik tahun lepas kami sekeluarga pi Cameron Highland jem giler tau, berejam rejam kat atas bukit tu.....dia dah serik kalau pi masa musim perayaan ni mmg sgt teruk jalan nya. Boleh dikatakan semua tempat jemmmm. Apa lagi akak pun buka AA tgk tiket....cadang nak pi Chiangmai tiket mahai pulak. Last last dapat Medan. Airpot baru dia Kuala Namu. Haaa murah sikit tiket. Mula tu cadang nak pi 2 org jer....tup tup dah jadi 10 orang. Syok juga ramai2 pi ni. Semua adik beradik dan anak buah nak mengikut. Jom layan gambaq.....









Akak pun terus cari hotel booking melalui booking.com je. Satu hari kami tido di Medan, next day pi Parapat dan tdo kat sana 1h dan malam terakhir tdo di Medan semula. Hotel??? hotel murah2 je sbb nak tdo mlm jer kan. Jadi la....Ok flight kami mlm tu jam 9mlm pada 30 Jan 2014 hingga 2hb Feb 2014 flight balik jam 9mlm delay sejam. Biasa la lewat ni....Sampai di Medan mlm tu akak dah amik ground package Pak Rizal mmg murah dan bebaloi package Pak Rizal ni. Sapa-sapa nak pi Medan boleh contact Pak Rizal ni. Nombor nya ialah +6285275603660. Sampai je kat Medan malam tu Pak Hery sedara Pak Rizal yang tgu. Pak Rizal ada tamu. Hari keempat baru Pak Rizal bawa kita org. Malam tu kami terus dibawa makan mlm di Restoran Sederhana masakan Padang. Lepas makan malam baru dihantar ke hotel utk beradu......zzzzzz.





Masjid Raya yang sgt cantik senibinanya.


Hari kedua kami di Medan. Pagi tu terus bangun awal pagi kerana nak bertolak ke Parapat dah. Kami bersarapan di hotel soto nasi oklah sbb lapaq mkn la jugak. Walaupun tak menepati selero. Dalam perjalanan ke Parapat yang jauhnya lebih kurang 170km dari kota Medan memakan masa selama lebih kurang 5 jam perjalanan yang agak membosankan kerana terlalu lama. Dalam perjalanan kami singgah juga di kedai2 menjual dodol yang enak2. Macam2 jenis dodol ada dijual dodol durian, dodol biasa dan dodol berperisa mcm2 lagi pun ada. Akak sempat juga membeli sekilo dodol durian yang lazat dgn harga IDR30k. Murah kan....Rata-rata di tepi jalan menuju ke Parapat ni terdapat gerai2 yang menjual dodol dan bermcm mcm jenis kerepek.




Sepanjang perjalanan itu kami hanya mampu melihat permandangan perkampungan yang mmg sungguh indah pada awalnya terdapat byk masjid2 yang baru dibina dan masih dlm pembinaan. Ternyatalah bahawa kawasan perkampungan yang kami lalui majoriti penduduk nya beragama Islam. Ada juga di tengah2 jalan terdapat tabung2 yang diletakan untuk sesiapa yang nak menderma wang bagi menampung pembinaan masjid di kawasan kampung itu. Akan tetapi setelah beberapa jam ke Utara menuju Parapat kami dah tak nampak masjid lagi hanya nampak gereja pula. Rumah2 mereka juga ada kubur. Begitu juga ladang2 tanaman seperti sawah padi terdapat juga kubur. Mula2 tgk seram juga. Kami diberitahu bahawa sekiranya ahli keluarga seperti datuk nenek yang meninggal akan di kuburkan dlm kawasan rumah atau ladang supaya anak cucu lain akan datang tidak menjual tanah tersebut kepada orang. Jalan2 menuju ke Parapat ni sungguh sempit dan berbiku2 juga. Kereta berselisih amat menyeramkan dan amat laju. Begitu juga gaung2 yang terlalu dalam rasa macam seram juga. Akhirnya kami sampai ke satu kedai jual bepang (org Msia panggil lah). Kedai ni nama Paten yang menjual ting-ting, teng-teng, tong-tong dan macam2 lagi. Dodol bijan pun ada. 8 jenis Paten harganya IDR180k. Paten ni kalau tak silap akak terletak di Permatang Siantar. Jom layan gambaq.....






Bersama kakak ku yang satu Hajah Jamilah.




Kami sampai dah tengahari di Parapat, terus makan tengahari di Rumah Makan Nikmat ni. Harga boleh tahan juga. Makanan seperti masakan Padang juga. Boleh le makan bila lapaq sedap ja mkn. Selepas mkn baru check in hotel Danau Toba International Cottage. Bilik akak berhadapan dengan Danau Toba bestnya....yeahhh....



Danau Toba International Cottage Parapat - Pandangan
Ihsan Google
Danau Toba International Cottage Parapat - Bilik Tetamu





Selepas check in kami semua turun semula dengan berjalan kaki ke jetty untuk ke Samosir Island. Dalam Danau Toba ni terdapat sebuah pulau yang dinamakan Pulau Samosir. Di Pulau Samosir ni terdapat sebuah perkampungan Tomok. Perkampungan orang2 Batak. Kami menaiki feri ke situ. Bayaran akak tak pasti sbb pak Heri yang byr semua. Rasa2 mcm IDR8k seorg. Best juga naik feri ni boleh tgk permandangan yang indah ciptaan Allah swt. Di samping tu juga dpt melihat anak2 kecil org2 Batak ni yang amat pandai menyelam ke dasar Danau Toba ni. Dia org selam cari duit siling yang dilemparkan ke dalam Danau Toba ni. Aksi ini kita boleh tengok semasa menunggu di atas feri. Selagi tak penuh feri tu tak jalan. Dah penuh baru dia jalan. Jom layang gambaq.....







Danau Toba adalah sebuah danau vulkanik dengan ukuran panjang 100 kilometer dan lebar 30 kilometer yang terletak di Provinsi Sumatera Utara, Indonesia. Danau ini merupakan danau terbesar di Indonesia dan Asia Tenggara. Di tengah danau ini terdapat sebuah pulau vulkanik bernama Pulau Samosir.

Pulau Samosir adalah sebuah pulau vulkanik di tengah Danau Toba di provinsi Sumatera Utara. Sebuah pulau dalam pulau dengan ketinggian 1.000 meter di atas permukaan laut menjadikan pulau ini sebuah pulau yang menarik perhatian para pelancong.

Tuktuk adalah pusat konsentrasi turis di Pulau Samosir. Dari Parapat, Tuktuk dapat dihubungkan dengan feri penyeberangan. Selain perhubungan air, Pulau Samosir juga dapat dicapai lewat jalan darat melalui Pangururan yang menjadi tempat di mana Pulau Samosir dan Pulau Sumatera berhubungan. Ihsan wikipedia.




Setelah lebih kurang 40 minit perjalanan kami pun sampai di Samosir Island tu. Terdapat 5 jenis kaum Batak ni. Pertama Batak Simalungun yang kebanyakan nya terdapat di kawasan Permatang Siantar, Kedua Batak Toba byk terdapat di Danau Toba, Ketiga Batak Karo yang rata2nya beragama Kristian byk terdapat di Brastagi, Keempat Batak Mandailing yang hampir semuanya beragama Islam dan Kelima Batak Pak Pak terdapat di kawasan Aceh Tenggara. Jom layan gambaq.....









Rumah Adat menjadi kebanggaan orang2 Batak. Ia mempunyai tiga tingkat. Tingkat atas sekali tempat letak makanan dan barang -barang. Tingkat tengahnya tempat tinggal ahli keluarga manakala di bahagian bawah rumah (kolong) tempat kurungan ternakan seperti babi atau ayam. Terdapat sebuah balai dibina di hadapan Rumah Adat. Balai ini tidak berdinding, tetapi beratap, berlantai dan bertiang. Balai ini adalah tempat tidur anak-anak lelaki Batak yang berumur 10 tahun. Pada siang hari balai ini didatangi oleh anak-anak dara untuk menenun ulos iaitu kain selepang tradisional orang Batak Toba. Terdapat ukiran cicak dan empat butir payu dara diabadikan pada gelegar depan balai. Cicak ini mempunyai makna dalam budaya orang Batak Toba. Cicak melambangkan makhluk yang ada di mana-mana dan tempat tinggal cicak kebiasaannya di rumah. Cicak itu merangkak menghala ke arah payu dara. Ini bermakna walau seseorang anak Batak itu merantau jauh dia pasti pulang ke kampung halaman nya. Payu dara pula melambangkan kesuburan wanita. Orang Batak amat mementingkan saiz payu dara yang besar. Bila besar payudara nya subur lah orang itu.
Kubur orang Batak Toba pula diletakkan di halaman rumah dan tempatnya tinggi di atas bukit, kerana mereka percaya bahawa simati lebih dekat dengan Dewa.









Petang tu bila sampai ke Parapat semula drp Pulau Samosir kami terus pi makan malam kat kedai Rumah Makan Islam Murni. Boleh tahan juga masakannya harga biasa biasa juga. Kami mkn tu satu kepala jatuh harga lebih kurang RM12 seorg. Tgk lauk juga la, apa yang kita ambil. Malam tu juga jalan jalan cuci mata kat gerai2 di tepi jalan di Parapat. Boleh ler jika nak melontar kat sini harga ok murah la juga. Selepas selesai semua kami membeli jagung bakar yang dijual oleh embah yang sgt tua di tepi jalan. Mmg sedap jagung nya manis sgt2. Setongkol jagung RM1.50. Kami bawa bekal balik ke bilik hotel untuk mkn di lewat malam nanti. Kami sampai ke hotel dan tidak kuar lagi terus berehat.Esok nak ke Brastagi pula.....Ok lah ye hga di sini dulu entry akak ni. Jangan lupa tgu entry akak seterusnya.....Tragedi di Parapat......bye....

to be continue.......

Salam sayang,






Komen
1 Komen

1 ulasan:

herrycutibajetmedan berkata...

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya dari Herry Cuti Bajet Medan menyediakan Pakej percutian bajet ke Medan, Indonesia dengan harga yang sangat bajet tapi selesa dan menyenangkan. Pakej termasuk semua, anda hanya perlu bawa duit untuk shopping. Tidak risau lagi kos tambahan. Hubungi:

Facebook: Herry Cuti Bajet Medan
Instagram: herry_tour_medan
Email: herrycutibajetmedan@gmail.com
Call/WhatsApp: +62 813 9788 0156 (Herry)
+6013 4618637 (Ina)

© MY JOURNEY | Design By MaiGraphikDesign