Ahad, 6 Julai 2014

PHI PHI ISLANDS KRABI....YANG MEMUKAU....HARI KEDUA.


 Assalamualaikum semua readers....apa khabaq? Semuga semua sht sentiasa. Ni akak nak sambung crita pi Krabi hari tu. Tak abis lagi la.... Hari kedua akak bgn awai2 nak cari tempat breakfast halal. Kedai dekat hotel akak gambaq kat atas tu pagi2 tak buka lagi. Kedai tu buka petang2. Kami pun berjalan kaki kat pekan Krabi cari kedai mkn muslim. Tak jumpa yang ada halal semua tutup. Agaknya depa meniaga mlm ja. Nasib kami la. Kami jalan2 tanya org lagi. Depa kata kat pasar. Kami pi dan mmg jumpa org siam juai nasi kerabu dan ayam goreng panas2. Rezeki kami la dpt sarapan kat situ. Kami mkn cepat2 sbb jam 8.00pagi dah nak pi hopping island. Nanti van datang amik kami kat hotel.




 Pagi tu sarapan mmg sedap sgt. Nasi kerabu dan ayam goreng panas2. Murah betul. Lepas makan kami cepat2 berjalan kaki balik ke hotel semula utk tunggu van amik ke Aonang Beach. Nak pi Phi Phi Islands hari ini. Pakage ni pun kami amik kat hotel je. Satu kepala dia amik RM120. Pi naik speed boat. Sebenarnya ada byk package kita boleh pilih yg mana satu kita nak. Phi Phi Islands ka, 4 Islands ka, Hong Islands ka. Tapi harga berlainan la. Akak pilih Phi Phi Islands je. 8.00 pagi hga jam 4.00 ptg. Pakage ni siap dgn mkn halal sekali. Dalam package ni dia akan bawa kita pi Maya Bay, Bamboo Island, Viking Cafe, Lohsamah Bay, Pileh Bay, Monkey Beach, Phi Phi Don dan Hin Klang. Snorkeling pun termasuk dalam 2 tempat snorkerling. Mmg best.

 



Van sampai tepat pada waktunya. Lebihkurang 40 minit kami bertolak sampailah ke Aonang Beach. Agaknya jika van ini tak kutip peserta mungkin sampai Aonang dalam setengah jam aje. Sampai Aonang kami dibawa ke satu tempat menunggu oleh satu syarikat Barracudas Tour. Kami tunggu kat situ lama juga lebih kurang setengah jam utk cukupkan org seramai lebih kurang 30-40 orang satu speed boat. Bila org dah cukup baru kami dibawa ke bot utk ke Phi Phi Islands. Jom layan gambaq......





Jumpa kawan baru keluarga En. Zul dari Klang yang bercuti bersama ke Krabi.







 




 

Tengahari tu kami dibawa mkn di Maiyada Resort. Semua package yang ada makan di sini. Mmg restoran muslim org Siam. Ada tempat solat lagi. Makanan yang disajikan pun ok la sbb lapaq semua bedal. Mmg simple sgt mknan nya. Cukup utk kenyang. Boleh ler.....





 

 



 

Lepas mkn round Islands lagi. Jom layan gambaq....yang sungguh cantik permandangannya. Sejuk mata memandang kebesaran Allah swt yg menciptakan bumi ini.....SubhanAllah.....



 


 





 




































Petang tu dalam jam 5 lebih kami dibawa ke Aonang Beach semula. Chartered bas dah mula tunggu. Bas 2 biji dah penuh jadi kami kena naik tut tut ni. Best juga sbb open air. Tut tut ni akan hantar kami hingga ke hotel. Kena bagi tahu hotel mana yang kita tinggal je. Kami tak sempat pun nak ronda2 pekan Aonang tu sbb semua dah letih. Nak balik hotel dan rehat pula. Almaklum lah dah berumur ni cepat letih......sampai hotel terus bersihkan diri dan tdo......zzzzz. Malam pula nak keluar cari makan......




Malam tu sebelum cari restoran mkn. Cari benda ni dulu kat watsons dalam shopping komplek. Mmg ada satu shopping komplek kat Krabi ni yang kami jumpa dan dapat beli benda ni sbb anak buah kirim krim untuk cantik ni. Cantik ke? Ntah le tak pernah cuba pakai. Harga boleh tahan juga RM95.00 satu.


Ya mlm tu juga konon tak mau mkn restoran yang dekat hotel kita org tu. Nak cuba restoran lain. Amik ko. Makan di restoran ni Rabeabs Kichen Halal Food. Nama je cantik tapi tak sedap dan mahai. Tak tau la selera org lain. Selera kami mmg tomyam dia tk sesedap restoran dekat hotel kami tu. Harga pun berpatutan.





Lepas mkn jalan nak pi night market pula. Rupa2nya night marketnya 3h je seminggu. Hari Khamis malam Jumaat, Jumaat malam Sabtu dan Sabtu malam Ahad. Kami terus balik hotel cadang nak pergi urut tapi dah penat dan malas nak pi terus balik hotel berkemas beg sbb esok pagi2 dah nak balik ke Msia. Sampai lobi hotel terus booking transpot utk hantar kami ke airpot jam 6.00 pagi sbb flight kami jam 8.25 pagi. Awal kan tu la tersilap booking masa tu awai sgt.....











Pagi tu seperti yang dijanjikan van dah ready jam 6.00 pg tgu kami 4 org dan ada lagi 2 org bangsa Cina org Msia juga yang nak ke airport. Sampai airport igt nak sarapan tapi takut dan was2 tahap kehalalan toiyibbannya kami hanya beli air mineral dan mkn bekai biskut yang dibawa je. Nti sampai Msia baru mkn puas2. Kapalterbang tak delay pun ok je. Lebihkurang jam 11pg kami touchdown LCCT. Alhamdulillah selamat. Itu lah serba ringkas percutian pendek akak ke Krabi. Memang seronok dan bebaloi...... Ok lah hga bertemu lagi di lain entry. Selepas ni akak nk buat entry akak ke 10 negara Europe termasuk Europe Timur pulak. Tguuuuuu ok......bye...... 

Salam sayang,







Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

© MY JOURNEY | Design By MaiGraphikDesign