Jumaat, 26 Februari 2016

GTK TRIP TO MELBOURNE ~MARU KOALA AND ANIMAL PARK (PART TWO - DAY 2)


 
MARU KOALA & ANIMAL PARK
1650 Bass Hwy, Grantville VIC 3984, Australia
Bayaran Masuk Untuk Dewasa: AUD20
Untuk Kanak-Kanak : AUD11
Website - Di SINI

Assalamualaikum semua pembaca yang budiman. Jom kita sambung lagi trip akak ke Melbourne ni. Ok selepas kita orang pi melawat Warrook Farm kami pi melawat pula Maru Koala & Animal Park. Nak masuk kat sini kena bayar juga tau. Alhamdulillah. tiket masuk akak dan group telah pun termasuk dalam package. Makanan untuk kanggaro juga dah termasuk dalam package. Makanan ni dijual dengan harga AUD2 dalam bekas bulat kecil je. Ada juga khidmat juru foto di sini dengan kadar bayaran AUD15 untuk amik gambar dengan Koala. Dekat Maru ni jika kita tengok binatang macam kangaroo tu di lepaskan saja jadi kita boleh pegang2 dan belai2 dia serta bagi makan pada binatang2 ni. Memang excited sangat ok. Semua kangaroo di sini jinak2 belaka. Tapi ada juga yang pemalas berbaring jer....berat badan kot. Lain2 binatang pun ada juga tengok la gambaq sendiri ok binatang2 yang ada ni. Jom layan gambaq........







 













 
Kawasan dalam Maru ni memang luas sangat dan banyak mempunyai berbagai haiwan peliharaan dan ternakan yang boleh kita tengok dari dekat dan boleh di pegang2 seperti kangaroo, koala, burung unta, wallabie, wombat, keldai dan banyak lagi lah. Penat juga nak pusing2 dalam ni sebab luas tapi cukup puas hati bermain dengan binatang2 dan bagi makan kepada binatang2 tu.












 

 


 
 
 
 
 

Haaaa ni lah Koala. Binatang yang suka tidoq. Biasanya koala akan tidoq selama 18 hingga 22 jam sehari. Memang pemalas sungguh koala ni. Aman tenteram sungguh kerja dia tidoq sahaja. Patut lah masa kami pi ni nak tgk mata dia pun tak nampak dibuka pun asyik tutup jer. Takut juga nak pegang sebab takut dia terkejut ok.



 





Lama juga kami kat Maru ni. Memang enjoy sangat2. Dekat sini pun ada disediakan ruang solat akak lupa pula nak amik gambaq nya. Café puan ada jika nak makan2 halal tu tak jamin juga ok. Ok lah no hingga sini jer. Sebab lepas ni nak pi kilang buat chocolate pulak. Hmmm sebenarnya kami nak pi Philip Island, ni on the way ke Philip Island tu yang singgah2 byk tempat tu sebelum sampai Philip Island ok. Memang seronok jalan jalan bercuti ke Melbourne ni. Harus explore semua tempat ok. Ok lah tgu next entry akak ni. Pi kilang chocolate pulakkkk......
 
to be continue.........

Salam sayang dari akak,




Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

© MY JOURNEY | Design By MaiGraphikDesign