Jumaat, 5 Ogos 2016

SALAM AIDILFITRI JULAI 2015/1436H



Assalamualaikum semua.... hish sibuk teamat sangat akak nak update blog pun sangkut2. Apa-apa tak pa la kan janji akak tulis sikit2 untuk simpanan akak dan family juga kan. Ok tahun ni 2015 akak beraya bersama keluarga di Kampong Alor Kubu, Bagan Serai, Perak kampong atuk akak ok. Memang best sesangat sebab beraya bersama keluarga sebelah akak. Mak Abah semua ada. Kami adik beradik semua mak sedare anak sedare semua dah janji nak raya di kampong ini.


Sehari sebelum raya semua dah balik. Buat ketupat serta rendang dan masak beramai2 untuk juadah berbuka puasa petang tu. Macam2 ada. Petang tu semua berbuka di kampong. Suasana memang berbeza. Sungguh seronok. Makanan juga semua yang sedap2 dan fresh.

Tiba pagi raya semua bersiap untuk pergi solat di Masjid Jamek Bagan Serai. Di awal pagi dah pi dah sebab ramai orang nanti tempat tak de.  Aktiviti pagi raya yang syoknya....selepas solat sunat hari raya kami semua balik ke rumah atuk dan apa lagi..... aktiviti memancing bermula. Orang beraya kami memancing ikan dalam parit. Mau tidak nya letak joran terus ikan makan umpan dan terus dapat ikan haruan, puyu, temekong, ikan sepat dan ikan belida dan lain2 lain. Memang seronok la sangat sampai tak pi beraye kemana pun. Kami dapat ikan yang byk.  Petang u baru berjalan raya ke rumah mak sedara bapak sedara berhampiran.

Besoknya hari raya kedua. Kami masak nasi lemak sambal santan ikan haruan.  Mavelos sungguh. Sebab byk ikan yang dapat mak akak masak kari ikan haruan campur ubi kayu....Perrghhh sedap......memang tersangatlah happening beraya di Bagan Serai ni. Sioq sungguh.

Raya ke tiga baru kami semua bertolak ke Penang pulak rumah mak sedare bapa sedare sebelah Abah pulak. Makan lagi di rumah Maksu Mah dan Pak Su Hashim  di Kubang Semang makan nasi tengahari bersama kari ikan yu.....mmg lazat dengan sambal belacannya. Selepas tu ke Mengkuang pula rumah Makngah Meah tapi sayangnya dia tak ade di rumah. Beraya lagi ke rumah Maklang Noida dan Paklang Jalil di Taman Telok Air Tawar, Butterworth. Makan ketupat palas yang lazat dengan kari daging kambing. Hmmmm asyik makan je. Selepas tu pi pulak rumah Makteh Noraini dan Pakteh Harun makan lagi mee rebus yang sedap Eina buat....Sungguh kenyang hari tu.

Memang tak selesai lagi hari tu tak sempat ke rumah Makcik yati dan Pakcik Rashid sebab suami ku dah ajak balik ke Bota pula. Lewat petang raya ke3 tu akak dan suami balik ke Bota untuk beraya di kampong suami pula.

Raya tahun 2015 ni sungguh bermakna bagi akak sekeluarga kerana beraya di rumah atuk walaupun atuk dan nenek akak dah tiada jadi kami sekeluarga balik beraya di kampong atuk. Mengimbau kenangan lalu semasa kecik2 dahulu. Mandi sungai, terjun parit cari ikan naik sampan naik basikal dan lain2 lagi. Keadaan sebegitu tidak akan ada lagi susah untuk digambarkan. Begitulah serba ringkas kisah raya tahun 2015. Semuga kita berjumpa lagi di hari raya tahun 2016. In Shaa Allah....Bye....



 
Sorry baru post sbb banyak gambar yang di upload dah hilang nak kena cari dan masuk semula. Cuma takut tak post kenangan raya tahun 2015 ni yang akak post dulu ok. Semuga menjadi cacatan sejarah.


Salam sayang,




Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

© MY JOURNEY | Design By MaiGraphikDesign